BAB 29

342 36 6
                                    

PADA malam itu, Jesse mengikuti Cris dan Stephen ke dewan makan. Mereka memilih tempat duduk yang berada di tengah dewan. Keadaan dewan makan pada malam itu sangat bising dengan kehadiran para tentera yang menjamu selera.

Jesse memandang sekeliling dan memerhati para tentera X-Forces yang ada di sana. Dia melihat ada kumpulan tentera yang dihantar dari kawasan kota ke pangkalan tentera ini dan ada juga kumpulan tentera yang sudah lama tinggal di pangkalan tentera ini. Mereka hanya pulang ke kota bila ada cuti istimewa.

"Saya dengar yang Kayden akan dihantar kembali ke kota pada malam ini. Katanya, kecederaan di bahu dia sangat teruk sehingga dia perlu dirawat di hospital besar." Ketika makan itu, Cris mula membuka gosip yang dia dengar dari orang lain.

Stephen yang sudah biasa dengan sikap Cris yang suka bergosip itu, hanya melirik ke arah Cris sebelum dia mengabaikan lelaki itu lagi. Hanya Jesse saja yang tidak mengabaikan Cris walaupun tidak mencelah percakapan Cris.

"Mungkin Kayden tidak akan dapat kembali ke zon perang untuk beberapa bulan ini."

Tanpa sedar, anak mata Jesse bergerak ke seluruh ruang di dewan itu. Kenapa? Kerana dia mahu mencari jika kumpulan Alpha ada atau tiada di dalam dewan ini. Dia cuma mahu melihat keadaan kawan-kawan Kayden. Adakah mereka juga risau dengan keadaan rakan mereka atau sebaliknya. Terakhir kali Jesse memeriksa keadaan Kayden, dia tahu lelaki itu masih boleh diselamatkan dan dia tidak akan mendapat masalah jika dia dihantar ke hospital secepat mungkin.

Memandangkan Kayden sudah dihantar kembali ke kota, bermakna keadaan Kayden baik-baik saja.

Jesse melihat Ace dan kawan-kawannya duduk di hujung barisan meja di sebelah kiri. Saat itu dia melihat Ace dan kawan-kawannya sedang berbual tapi tidak menunjukkan reaksi sedih atau berduka. Jesse tersenyum kecil. At least, dorang nampak baik-baik saja...

Seolah-olah merasa ada orang memerhatikannya, Ace pun menoleh ke arah tempat Jesse duduk. Pandangan mata mereka pun bertemu. Jesse yang tergamam kerana ditangkap oleh Ace kerana memerhati mereka, segera memusingkan kepalanya ke depan dan melanjutkan menjamu selera. Walaupun Jesse merasa tatapan mata Ace masih melekat padanya, Jesse sudah tidak berani memusingkan kepalanya ke belakang.

"Nasib baik masa tu kita jumpa Jess. Kalau tidak mungkin keadaan Kayden semakin teruk lagi nanti..."

Suara Mark menyedarkan Ace dan lelaki itu cepat-cepat memandang ke arah dua orang kawannya lagi. Dia tidak sedar pula yang dia sedang asyik memandang ke arah gadis yang berasal dari kumpulan Beta itu.

"Walaupun saya tahu Jess ada pengetahuan perubatan, saya tidak sangka pula kalau dia sangat pandai dalam bidang ni," Connor juga setuju dengan kata-kata Mark. Mereka bernasib baik kerana mereka terjumpa dengan Jesse. Kalau tidak, mungkin Kayden sudah tidak selamat sekarang.

Wajah Mark menjadi ceria dan bangga setelah mendengar Connor memuji Jesse. Dia segera mendekatkan wajahnya di tepi wajah Connor, hanya untuk Connor menolak kembali wajah Mark ke belakang.

"Kau pun setuju kan? Saya tahu kau memang suka dengan Jess. Saya sudah cakap yang dia itu special. Kau saja yang malu nak mengaku dari awal..."

"Shut up! Don't put your face in front of me! Kalau saya memang setuju yang Jess tu pandai dalam bidang perubatan, bukan bermakna yang saya suka dia. Kau mesti pandai bezakan dua benda tu, boleh tak?"

Mark hanya ketawa terbahak-bahak. "AHA! Saya tahu kau juga suka dengan Jess!"

Connor mengeluh kecil dan terus mengabaikan Mark. Nanti kalau makin dilayan, makin menjadi-jadi pula perangai dia. Connor menyedari yang Ace sejak dari tadi hanya mendiamkan diri.

2. Season 1 : This Is My FateWhere stories live. Discover now