PENGENALAN

2.7K 116 3
                                    

Suatu ketika dulu, sebuah meteor yang besar telah jatuh ke atas bumi. Kerana meteor itu, satu spesis makhluk yang mengerikan dan menggerunkan wujud dan akan menyerang manusia.

Para makhluk ini dipanggil Dark Monsters. Mereka sangat kejam, ganas dan hodoh. Dark Monsters menyerang kaum manusia dan mana-mana makhluk yang di hidup di atas bumi.

Kerana kehadiran Dark Monsters, dunia menjadi huru-hara. Orang-orang semakin takut keluar dari rumah. Kampung demi kampung diserang sehingga musnah menjadi padang pasir.

Untuk bertahan hidup, manusia perlu berubah dan memusnahkan spesis Dark Monsters agar dunia mereka kembali aman.

Pertubuhan tentera yang istimewa dibina di serata dunia. Tentera-tentera yang istimewa itu dipanggil sebagai X-Forces.

________________

Jessica Mark Janson ialah seorang ahli X-Forces yang terkuat di dalam Organisasi Black Flag.

Dia dikenali sebagai seorang wanita yang cantik dan kuat tapi malangnya, hati dan matanya hanya untuk seorang lelaki dari Organisasi yang sama. Nama lelaki ini ialah Vernon Benjamin, seorang X-Forces dalam Top #2.

Ditambah lagi, Jessica berada di kedudukan Top #5 kerana dia ingin membuktikan kepada Vernon yang dia ialah seorang yang kuat dan layak bergandingan dengan Vernon.

Sayangnya, Vernon tidak menyukai Jessica. Jessica tidak mengalah dan tetap mengejar lelaki itu. Pelbagai cara yang dilakukan oleh Jessica untuk membuatkan lelaki itu menyukainya kembali.

Sahabat baik Jessica, Cris melarang Jessica untuk membuang waktu dengan mengejar Vernon kerana lelaki itu tidak akan pernah memandang Jessica dengan perasaan yang sama tapi sudah terlalu dalam dilamun cinta, Jessica mengabaikan nasihat Cris.

Malah, Jessica berubah menjadi seorang gadis yang posesif dan kuat cemburu. Semua perempuan yang mencuba mendekati Vernon akan dihalau atau diugut oleh Jessica untuk menjauh dari Vernon.

Perbuatan Jessica itu bukan saja membuatkan Vernon menjadi marah malah menjadi semakin benci dengan diri Jessica. Dia tidak suka hidupnya diatur dan dikongkong oleh gadis posesif seperti Jessica.

Hubungan Jessica diantara kawan-kawan Vernon juga tidak baik kerana mereka juga tidak suka melihat cara Jessica bersikap di sekitar Vernon.

Kerana Vernon masih mengabaikan dia, Jessica mengugut Vernon yang dia akan membunuh diri jika Vernon masih tidak mahu datang kepadanya.

Jessica akan berlapar, tidak mahu makan atau minum apapun selagi Vernon tidak datang untuk menemuinya.

Apa yang Jessica tidak tahu Vernon memang tidak mahu menemui Jessica lagi dan itu menyebabkan Jessica untuk berlapar selama hampir satu bulan.

Dalam masa satu bulan itu, Jessica meninggal dan rohnya keluar dari tubuh dia, hanya meninggalkan satu roh dari dunia lain masuk ke dalam badan Jessica.

Jesse ialah seorang gadis yang bersekolah di Universiti dan sedang menghabiskan semester terakhir dia tapi niatnya terhalang kerana flat tempat dia tinggal terlibat dalam kebakaran dan Jesse meninggal kerana tidak sempat keluar dari flat itu.

Kini Jesse yang menghuni tubuh Jessica dan menerima semua memori lama Jessica. Saat Jesse melihat semua memori itu, kepalanya menjadi sakit.

Sedangkan subjek tersusah yang dia belajar di Universiti pun tidak mampu buatkan dia sakit kepala tapi memori yang Jesse terima ini betul-betul membuatkan dia sakit kepala.

Semua benda yang Jessica lakukan sudah tidak dapat diperbaiki; nasi sudah menjadi bubur.

Jesse hanya mampu hidup dengan masalah yang telah dibuat oleh Jessica sebelum ini.

Jesse sangat marah dengan Jessica kerana bersikap bodoh. Sejak awal Vernon memberikan petunjuk yang dia tidak menyukai Jessica tapi Jessica tidak pernah melihat petunjuk itu.

Kenapa? Sebab dia terlalu jatuh cintalah yang menyebabkan dia tidak nampak semua petunjuk itu.

Semenjak Jesse yang tinggal di dalam badan ini dan ini ialah kehidupan baru Jesse, Jesse berjanji yang dia tidak akan pernah bersikap bodoh lagi dan tidak pernah mengulangi kesalahan Jessica sebelum ini.

2. Season 1 : This Is My FateWhere stories live. Discover now