BAB 35

315 37 3
                                    

JESSE memasukkan seorang tentera yang sudah dia rawat masuk ke dalam kapal perang. "Stay still, jangan banyak bergerak, okey? Kita akan beredar dari sini kejap lagi..." ujarnya pada tentera yang cedera tadi.

Setelah itu, dia memandang semula ke arah zon perang untuk memeriksa sekeliling jika terdapat tentera yang masih hidup.

Setelah beberapa jam mereka bertarung dengan Dark Monsters, akhirnya mereka berjaya menahan semua makhluk mengerikan itu daripada sampai ke benteng pertahanan. Meskipun mereka sudah menang perang untuk kali ini, Jesse masih tidak mahu kembali ke base dan memilih untuk tinggal di zon perang ini untuk mencari para tentera yang masih bernyawa.

Kerana pilihannya itu, beberapa orang tentera juga memilih untuk tinggal dan menolong Jesse. Jesse merasa terharu dan bersyukur kerana mereka tetap tinggal di sana dan membantunya mencari tentera yang cedera.

Cris menepuk bahu Jesse sambil tersenyum bangga terhadap wanita itu. "Saya tidak sangka yang kau degil nak tolong tentera-tentera lain. You're the first one who broke the record, you rush into the battle zone and treat the wounded soldiers."

Jesse membalas senyuman Cris tadi dengan wajah gembira. "Saya tidak mungkin akan tinggalkan mereka di sini jika nyawa mereka masih boleh diselamatkan."

Cris sekadar ketawa sambil mencubit kedua pipi Jesse. "You've grown up, young lady. Sebelum ni saya tidak pernah nampak kau bekerja keras macam ni!"

"People changes, alright? Hey, pipi saya sakitlah!!"

Dari belakang mereka, ada Ace dan kawan-kawannya yang sedang berehat sambil memandang Jesse yang berbual dengan Cris. Ace pula duduk di atas sebuah bongkah batu manakala Connor dan Mark berdiri di kiri dan kanannya.

"She's a great woman, right?" Tiba-tiba Mark pula bersuara.

Ace dan Connor menoleh ke arah Mark tapi wajah mereka hanya menunjukkan ekspresi selamba saja.

"Kalau kau maksudkan dia sebagai seorang tentera dan doktor yang hebat, yes she may be a great woman... Tapi kalau kau maksudkan tentang dia yang sebelum ini, I have no comment," Connor membalas kata-kata Mark pula.

"Saya tidak cakap pasal apa yang berlaku pada dia sebelum ini. We all know that Vernon was the bastard one here, he shouldn't treat her like that."

Sedang Mark dan Connor bercakap antara sesama, Ace tetap mendiamkan diri tapi anak matanya sudah pun bergerak perlahan memandang ke arah Jesse. Melihat senyuman manis di wajah wanita itu, dia terfikir adakah wanita itu akan tetap memberikan senyuman yang sama ketika wanita itu masih tinggal di samping Vernon?

Senyuman di wajah Jesse itu membuatkan Ace tiba-tiba mengukir senyuman. Dia menundukkan kepalanya ke bawah dan membiarkan tangannya bermain dengan sebilah pisau yang sedari tadi dipegang. 

"So say, Captain..."

Ace menoleh ke arah Mark apabila lelaki itu tiba-tiba bercakap dengannya. Wajahnya sudah pun bertukar menjadi dingin. Tidak mungkin dia akan menunjukkan senyumannya, malas dia mahu menjawab soalan mereka jika ditanya macam-macam nanti.

"Apa pendapat Kapten kalau saya dan Jesse bersama? Kami tentu sepadan, bukan? Connor cakap saya tidak akan punya peluang untuk dapatkan hati dia tapi Connor tidak tahu, saya punya seribu satu cara untuk menangkan hati dia," Mark segera mengungkapkan apa yang dia rasa kepada Ace. 

Dia nampak sangat gembira, mungkin sebab dia yakin yang dia akan berjaya mendapatkan Jesse.

Connor hanya menggelengkan kepalanya sambil berpeluk tubuh. Kepalanya diarahkan ke tempat lain. Gayanya nampak yang dia sudah malas mahu melayan perangai tidak masuk akal Mark. "Jangan terlalu confident, Mark. Belum tentu Jesse akan suka kau juga."

2. Season 1 : This Is My FateWhere stories live. Discover now