Matahari mula nampak terik. Lambat aku hantar susu hari ni sebab tolong mami kemas rumah. Pagi tu baru nampak mereka bergaduh dari ruang makan sampai ke tingkat atas. Bersepah dan ada pinggan yang pecah.
"Ella!"
Mungkin aku penat sangat sampai terdengar-dengar suara Diana Akasuki panggil nama aku.
"Ella!" Bunyi hon kedengaran.
Aku menoleh ke arah jalan raya. Begum dan Diana Akasuki melambai melalui tingkap yang terbuka.
"Korang buat apa kat sini?" Hairan. Mimpi ke?
"Asal matikan handphone? Kau ingat kau tu ada manager ke nak urus panggilan keluar masuk kau? Diva betul! Penat tau call dari malam tadi. Kitorang pergi rumah kau, mak kau kata kau keluar hantar susu. Aku ingatkan mak kau bergurau rupanya, kau memang hantar susu eh?" Diana Akasuki sudah keluar dari kereta, mendekati aku yang masih tak percaya dengan kewujudan mereka di depan mata.
Aku hanya tersengih. Memang aku matikan handphone sebab tak nak bebankan otak fikir apa-apa lagipun hari ni kafe tutup.
"Baru nak ajak pergi makan patin tempoyak kat Temerloh." Begum pula mendekat selepas memarkirkan kereta di bahu jalan.
"Temerloh... bukan kat Pahang ke?" Otak aku loading sekejap.
"Ada ke Temerloh lain?"
"Jauhnya nak pergi, semata nak makan patin tempoyak? Kat sini kan banyak kedai jugak," pertikai aku.
"Ni mesti tak pernah pekena, itu yang tak tahu. Plus, hari ni birthday aku. Jomlah," ajak Begum, nampak beriya.
"Laa... birthday hari ni ke? Sorry, tak tahu. Happy birthday." Aku tayang gigi.
"Jomlah. Takkan aku berdua je dengan Tam ni." Diana Akasuki buat muka terpaksa.
"Siapa Tam? Aku ke? Kuajaq eh hang." Begum tunjuk muka sendiri. Mentang-mentang dia berkulit hitam manis, gelap-gelap sawo matang macam tu, dapat nama Tam terus.
"Habis tu nak aku panggil Teh?"
"Korang, gaduhlah dalam kereta. Saya nak kena buat kerja ni." Aku kembali menapak mendekati basikal.
"Ala, jomlah Ella." Muka Diana Akasuki macam nak marah. Nak ajak orang makan macam nak ajak bergaduh.
"Kerja la." Aku tunjuk botol kaca yang berbaki.
"Jom aku tolong hantar." Begum tawarkan diri.
Huh?
Akhirnya diorang pun terkait sama dengan kerja aku. Aduh, segan aku. Lajulah sikit bila tiga orang buat kerja. Dengan Diana Akasuki sekali jadi penghantar susu.
YOU ARE READING
The Ella's : Ini Hidup Aku (NO-EDIT/RAW - On Hold)
ChickLitRAW VERSION FULL WITH FLAWS "Aku tak minta banyak. Aku cuma nak hidup dengan tenang, tolonglah!" - Ella Dia, Ella. Hidupnya mungkin serba tidak indah tapi harapan membuatkan dia hidup hari demi hari. Satu persatu kisah tersingkap. Satu persatu juga...