36 | Janji

301 49 34
                                    


'Buku ini adalah RAW VERSION (tanpa edit, typo, lewah dan beberapa kesalahan penggunaan perkataan.) Sebarang kecederaan pembacaan di hadapan mohon bertabah.'
- Zen

🥀

Masih berada di antara percaya dan tidak percaya, aku merasakan inilah Hari Raya yang sangat bermakna dalam hidup aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Masih berada di antara percaya dan tidak percaya, aku merasakan inilah Hari Raya yang sangat bermakna dalam hidup aku. Siapakan menyangka, beraya tanpa ibu dan ayah di sisi, di sebuah kampung yang asing dan keluarga orang lain, aku mendapatkan satu impian yang pernah aku impikan satu masa dahulu.

Rezeki Allah itu memang tidak terduga. Bahagianya tidak mengira tempat dan masa.

Selepas solat Raya, kami sempat berkumpul di rumah Nek Usu. setiap ahli keluarga bersalaman, ada yang sampai berjuraian air mata. Aku setia di sisi Izhar melihat semua babak itu.

"Jom bergambar lepas tu dah boleh beraya rumah orang!" laung satu suara.

Laman rumah Nek Usu memang kemas dan cantik dengan susunan pohon bunga yang berwarna-warni. Menjadi latarbelakang yang indah untuk bergambar.

"Kau orang ambil gambar sekali." Nek Usu melambai kami. Teragak-agak jugalah kami duduk sebaris dengan ahli keluarga yang lain.

"Jangan lupa ambil gambar geng kafe!" tingkah Begum, semangat.

"Eh, kau keluar. Kau bukan geng kafe," halau Begum bila Izhar ambil tempat di sisi aku di hujung anak tangga.

"Mana boleh. Adik aku seorang je perempuan tu." Izhar rangkul lenganku. Aku tersengih. Seronok jugak kena 'claim'.

"Ala, kenapa tukar baju? Baru nak bergambar berdua tadi," ucap Iskandar sambil memuncungkan bibirnya.

"Baju tadi dah kotor," balasku.

"Tak apa. Sedondon dengan aku, okey jugak." Tiba-tiba Dashi bersuara tanpa memandang kami. Dia berdiri beberapa langkah di sisiku membuatkan darahku terasa berderau tanpa alasan.

Ya, warna baju kami sedondon. Biru. Dan budak si acah-acah cameraman ni terus menerus ambil gambar kami.

"Ella, salam semua. Kita dah nak gerak ni." Izhar menarik tanganku menjauhi lelaki berdua itu.

"Nak balik dah ke? Tak nak habiskan raya dulu kat sini?" Nek Usu menggenggam kedua tanganku.

"Tak apa, nek. Saya nak bawa dia jumpa keluarga kami pula. Terima kasih banyak sudi terima kehadiran kami di sini," jawab Izhar.

Rasa sayu pula nak tinggalkan kampung ni. Walaupun ada yang tidak menyenangi kehadiran aku di sini namun layanan baik Nek Usu buatkan aku rasa dikasihi.

Erat tubuhku dipeluk Nek Usu. Kiri kanan pipi dikucup sambil menitip pesan. Paling terharu, siap bekalkan lauk dan terselit sampul duit raya.

"Kedai tak buka raya pertama ni. Nanti jangan lupa berhenti makan," pesan Nek Usu.

The Ella's : Ini Hidup Aku (NO-EDIT/RAW - On Hold)Where stories live. Discover now