Benarkah dugaan bertunang ni selalu membuatkan kita jauh dengan bakal teman hidup kita?
Sebab itu yang aku rasakan sekarang.
Di antara aku dan Iskandar.
Jauh.🥀
"Ada sesuatu saya nak beri pada awak."
Kerana ayat Iskandar inilah aku menjemput dia datang makan malam di rumah. Memang mami minta aku ajak Iskandar datang bila-bila, kata mami biar mesra.
Tapi, Iskandar sudah dua jam lewat dari waktu yang dia janjikan tanpa mesej atau panggilan telefon sedangkan kami berjanji solat Maghrib bersama sebelum makan. Aku biarkan saja kerana kalau dia rasa dia perlu beritahu aku sebabnya, dia sendiri yang akan hubungi aku. Noah pun dah balik ke rumah sewanya. Mami suruh makan dulu kerana tak nak dia menunggang motor lewat malam.
Kelam kabut aku mencapai tudung apabila mendengar laungan salam dari luar rumah. Mami pun ikut menggelabah sebab lauk pauk dah ditutup bila lama sangat menunggu tadi.
"Waalaikum..." Aku terhenti di muka pintu. Bukan Iskandar yang muncul, tapi Dashi. Dia nampak termengah-mengah dengan wajah serba salah, menggaru belakang kepala sebelum tersengih tanpa sebab.
"Hai." Dia angkat sebelah tangan, menyapa aku yang pasti jelas ada riak kecewa. Dalam hati, aku dapat mengagak yang Iskandar takkan datang. Kalau tak, kenapa Dashi yang muncul di sini?
Dari kejauhan, terdengar derap langkah orang berlari mendekati kami.
"Ya Allah, laju gila kau lari woi!" Begum muncul, menongkat kedua tangan ke lutut dengan nafas laju. Seperti Dashi, dia juga tersengih memandang aku. Sengihan yang menutup segala rasa ralat tapi aku tak mampu nak senyum semula. Hujung seluarnya basah kerana hujan baru sahaja berhenti tadi.
"Ella, panggillah Iskandar masuk. Sejuk kat luar tu," laung mami.
Aku tolak daun pintu seluas-luasnya, memberi laluan mereka masuk ke dalam rumah. Mereka saling berpandangan, teragak-agak nak masuk atau tidak.
"Eh? Ingatkan Iskandar je yang datang." Terkelip-kelip mata mami memandang mereka berdua. Dah macam banduan dah aku tengok, dua-dua diri tegak dengan kejanggalan tak bertapis. Iyalah, yang janji datang tu bakal menantu bernama Iskandar tapi yang muncul makhluk sesat dua ketul ni.
"Ella jemput kami, makcik," beritahu Begum.
Mami pandang aku meminta kepastian. Aku ketap gigi menahan sabar. Libatkan aku pulak Begum ni.
"Ella takut Is tak selesa datang seorang diri sebab Kak Ismahani tak boleh datang, jadi Ella minta dia orang datang sekali." Terpaksa aku coverline sebab tak nak mami bersangka macam-macam pada Iskandar.
YOU ARE READING
The Ella's : Ini Hidup Aku (NO-EDIT/RAW - On Hold)
Genç Kız EdebiyatıRAW VERSION FULL WITH FLAWS "Aku tak minta banyak. Aku cuma nak hidup dengan tenang, tolonglah!" - Ella Dia, Ella. Hidupnya mungkin serba tidak indah tapi harapan membuatkan dia hidup hari demi hari. Satu persatu kisah tersingkap. Satu persatu juga...