RAW VERSION FULL WITH FLAWS
"Aku tak minta banyak. Aku cuma nak hidup dengan tenang, tolonglah!" - Ella
Dia, Ella. Hidupnya mungkin serba tidak indah tapi harapan membuatkan dia hidup hari demi hari.
Satu persatu kisah tersingkap. Satu persatu juga...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Encik Dashi!" Aku membentak keras agar dia tahu bahawa aku bercakap dengan keyakinan. "Saya tak suka Iskandar dan saya tak mungkin sukakan dia!"
"Tapi-"
"Macam mana saya nak suka dia kalau saya sukakan awak!"
Diam.
Oh, Tuhan.
Aku lihat wajah Dashi yang terkejut. Reaksinya itu menyedarkan aku bahawa aku baru sahaja buat aksi berani mati kerana mengaku yang aku sukakan dia! Aku ingat aku bercakap dalam hati tapi... rupanya terluah di bibir.
Habislah... habislah...
Aku pejam mata seketika, menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum dihembus sekaligus menghilangkan rasa kesal kerana terlepas kata. Alang-alang dah terlepas, mungkin aku patut akui saja. Sampai bila aku nak simpan. Kan?
Aku tahu riak wajah Dashi seakan tidak meyakini apa yang dia dengar sebentar tadi. Dengan berat hati, aku mengulangnya.
"Ya. Saya sukakan awak, Dashi."
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dari riak terkejut, wajahnya mengendur lemah, memandang aku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan.
"Kau... suka aku ke?"
"Ya, saya suka awak, Dashi." Merah padam muka aku sekarang.
Jelas Dashi tidak menyangka dengan pengakuan aku namun apa yang nak aku dalihkan? Aku juga yang merana nanti. Penat rasanya mengusir perasaan yang mengganggu hari-hari dalam hidupku.
"Maaf kalau buat awak tak selesa. Hati saya tak boleh menipu walaupun saya cuba nafikan." Aku tunduk menekur hujung kasut. Aku takut melihat reaksi seterusnya. Aku takut mendengar jawapan Dashi. Aku nak lari dari sini tapi tak mampu.
"Kau tak boleh suka aku. Ya, aku tak selesa."
Zap!
Macam ada satu anak panah tercacak di dada dengan kejujurannya. Pantas aku mendongak memandang tepat wajahnya yang suram.