The Dashi's | Empat

252 37 14
                                    

         "Ella!" panggil Iskandar dengan suara yang direndahkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         "Ella!" panggil Iskandar dengan suara yang direndahkan. Ella berlari anak mendapatkan Iskandar.

          "Kalau kita buat goodies bag macam ni okey tak? Saya tak nak bagi roti macam plan ma." Iskandar halakan skrin handphone. Gambar yang diambil dari Pinterest ditunjuk satu persatu.

          "Emm... mesti mahal kalau macam ni." Dahi Ella berkerut.

          "No, jangan cakap macam tu. Kita dah bincang tentang bajet kan?"

          "Tapi..."

          "Bukan awak je yang kahwin, saya pun kahwin jugak dalam majlis tu." Iskandar buat muka cemberut dengan pandangan nakal. Laju Ella menjauh setapak. Merah padam mukanya.

           "Nanti ma cakap apa pulak."

           "Bukan ma yang kahwin." Senang betul Iskandar menjawab. Ella dah berpeluh tapak tangan.

Dashi hanya memerhati drama sebabak itu dengan senyuman simpul.  Ikan keli yang bergerak-gerak dalam besen dah dilupakan. Dia rasa comel sangat bila dua orang yang dia kenal sekarang dah nak kahwin.

           "Ikutlah bos tapi apa-apa kena bincang dengan ma dulu. Saya nak masak ni. Dah lapar." Ella melarikan diri ke arah open kitchen.

🍂

          "Tolong jangan cakap macam tu lagi depan Is dan Ella

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tolong jangan cakap macam tu lagi depan Is dan Ella. Aku tahu kau tak suka Is tapi jangan kacau hubungan orang lain."

Diana Akasuki hempas plastik sampah ke tanah. Panas hati dengan ucapan Dashi. Selangkah dia mendekat berhadapan dengan Dashi biar lelaki itu tahu dia serius.

"Kau lupa ke Ella tu macamana? Waktu awal kerja dulu, lupa ke dia bayarkan makanan ganti atas kesalahan budak kitchen yang buat bodoh bila ada special request? Lupa ke dia ambik overtime tapi duit tu masuk kat Mar Anas sebab dia rasa bersalah Mar Anas lambat datang kerana dia? Kau yang handle semua masalah kat kafe tu, tak nampak ke?"

"Apa kaitan dengan Is?" pertikai Dashi. Dari tadi dia menahan sabar bila Diana Akasuki seolah-olah cuba memprovok Iskandar. Jelas-jelas beritahu Ella tak sesuai bersuamikan Iskandar.

The Ella's : Ini Hidup Aku (NO-EDIT/RAW - On Hold)Where stories live. Discover now