The Dashi's | Satu

319 38 9
                                    

Psst... sorry korang. Sebenarnya bab ni publish dulu lepas kejadian Ella dengan Fazley tu. Saya baru perasan terlepas beberapa bab sebab banyak sangat bab dalam draft ni. (T_T) takpelah. Saya publish je. Pendek je 🍂

          "Aku bertumbuk dengan Fazley

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku bertumbuk dengan Fazley."

"Hah? Kau apa?" Hampir terlepas pegangan topi keledar di sisi tubuhnya.

Terdengar keluhan berat Begum di hujung talian. Patutlah handphone bergetar sepanjang jalan tapi kerana kerana dia sedang menunggang, dibiarkan sahaja tidak menjawab.

"Aku baru masuk syif. Bila perasan Fazley tak ada kat dapur dan Ella tak ada kat depan, aku rasa tak sedap hati jadi aku cari diorang. Waktu aku masuk bilik stok, Fazley tengah angkat tangan pada Ella. Aku tak boleh fikir apa. Mendidih darah aku tengok dia buat macam tu. Sorry, Dashi. Aku dah timbulkan masalah." Suara Begum penuh kekesalan mengingati amaran Dashi agar tidak timbulkan kekecohan jika memang terbukti Fazley mengganggu Ella.

"Memang masalah, Begum. Apasal kau tak cincang dan goreng je dia terus?"

Begum terdiam seketika sebelum ketawa perlahan. Tak sangka Dashi akan kata macam tu tapi memanglah, siapa tak geram kalau nampak benda tu jadi di depan mata. Kalau yang diserang Fazley tadi bukan Ella, dia tetap akan bertindas balas yang sama.

"Dah, aku menuju ke sana. Tahan dia jangan bagi balik." Dashi berpatah balik ke arah motosikal yang terparkir. Mujur saja dia belum naik ke tingkat atas.

"Tapi Ella dah balik. Dia kata ada urusan yang nak diselesaikan. Aku pun tak sampai hati nak tahan tengok muka dia sedih macam tu."

Dashi mengusap perlahan hujung keningnya. Resah.

"Tak apa. Aku jumpa Fazley dulu." Talian diputuskan. Zip jaket dipasang semula hingga ke atas. Enjin motor berderum membawa tubuh meredah rintik hujan namun sampai di persimpangan, hampir-hampir dia terbabas apabila ternampak kelibat susuk tubuh di tengah-tengah hujan sedang berjalan di laluan pejalan kaki sebelum berhenti di sebuah pondok kayu kecil tidak hauh dari taman permainan.

Motor diparkir dan dia turut melangkah dalam rintik hujan mendekati pondok itu. Rasa hatinya tepat. Itu adalah Ella. Dia kenal gaya berjalan dan beg sandang itu walaupun suasana agak suram dalam limpahan lampu oren pejalan kaki.

Dashi membuka helmet, membiarkan hujan merintik menimpa rambutnya yang sudah basah.

Perempuan ni memang gila. Bersendirian dalam malam yang mula menjelma, hujan pula tu. Memanglah taman rekreasi ini kawasan terbuka tapi bahaya tu kalau nak jadi, tempat terang benderang pun tak jadi masalah.

Dashi melingas pandang. Tiada tempat terdekat untuk dia berteduh selain dari taman permainan yang kosong dan gelap. Dia duduk di hujung gelongsor, memandang ke arah Ella yang memeluk lutut. Sesekali tangannya menyapu wajah. Dashi tahu, Ella bukan mengusir tempias hujan tapi gadis itu sedang menyeka air mata, menangis hingga terhinggut-hinggut bahunya dan dia hanya mampu menemani dari jauh di dalam hujan yang tiada tanda untuk berhenti. Menjaga jika ada bahaya yang mampir. Menanti jika gadis itu memerlukan bantuan.

Kesal menyelit di hati. Andai dia tidak memutuskan persahabatan mereka yang kian terjalin, pasti dia sudah mendekat dan menjadi pendengar yang baik untuk Ella.

Berkira-kira samada dia patut menghubungi Iskandar tapi dia takut hanya akan memburukkan lagi keadaan. Mungkin Ella nak bersendirian, jika tidak, mengapa dia memencilkan diri begini.

Dashi mendongak sedikit ke langit. Terlalu banyak perkara menyedihkan yang ditanggung Ella dan dia harap hujan ini turun, meredakan ribut di hati Ella dan hatinya juga.

Perhaps.

Perhaps

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍂

534words
0509211858
#mengadatambahkomitmenT_T

The Ella's : Ini Hidup Aku (NO-EDIT/RAW - On Hold)Where stories live. Discover now