Mood aku kurang baik hari ni bila Dahlia, pembantu peribadi Datin Yui, mak si Diana Akasuki tu datang beritahu aku yang Datin Yui minta jasa baik aku agar tidak terlalu dekat dengan anak dia memandangkan Diana Akasuki dah masuk kerja semula. Aku hanya mengangguk, tak nak Dahlia susah hati sebab dia hanya penyampai amanah sahaja.
Dari hujung lorong, aku nampak Iskandar sedang berjogging mendekati belakang kafe. Kain putih yang tergantung di leher digoyangkan, melambai pada aku. Tak nak dia hidu apa yang jadi malam kelmarin, aku membalas senyumannya.
"Saya harap lepas ni awak boleh bersedia," ujarnya selepas memberi salam pada aku. Bersopanlah sangat kan, saja nak usik hati aku. Semalam seharian dia tak datang ke kafe.
"Bersedia apa?"
"Kita akan kerap berjumpa, dan sekali sekala mungkin akan makan sekali dengan mama saya. Saya nak kita saling kenal mengenali dengan lebih cepat."
"Kenapa nak cepat-cepat. Saya tak ke mana pun. Selalu je ada kat sini." Aku tersengih janggal. Berdebar jugak dia cakap macam tu. Mana pernah ada orang serius dengan aku selama ni.
"Sebab awak selalu ada kat sini la saya kena cepat. Lepas kita kahwin, awak tak perlu kerja kat sini dah. Awak kerja dengan saya je..."
Bukan ke aku memang tengah kerja dengan dia?
"...kat rumah kita."
Aku terbatuk kecil. Berdehem sedikit. Bukan gatal tekak pun, cuma rasa macam tak tahu nak balas apa. Kesungguhan Iskandar buatkan aku takut. Takut dia kecewa.
Waktu kafe baru menerima pelanggan, Izhar muncul tiba-tiba. Meminta izin dari Iskandar untuk pinjam aku dan Iskandar seperti biasalah, dia setuju aje. Aku serba salah sebab orang lain dah mula bekerja.
"Abang minta maaf sebab ganggu masa kerja Ella tapi abang akan fly ke Indonesia dalam seminggu macam tu. Abang kena jumpa Ella sebelum pergi," jelas Izhar.
Tiba-tiba rasa sedih pulak. Memanglah selama ni Izhar duduk jauh tapi bila tahu dia nak pergi lagi jauh dari aku, rasa macam kena tinggal pun ada.
"Balik nanti, Ella kena bayar hutang dengan abang."
"Hutang apa?" Terkejut aku.
"Ella tak beritahu pun hubungan Ella dengan Is. Tahu-tahu, korang dah saling ziarah mak masing-masing. Tak acilah macam ni. Sedih abang." Wajah hampa Izhar bukan dibuat-buat.
YOU ARE READING
The Ella's : Ini Hidup Aku (NO-EDIT/RAW - On Hold)
ChickLitRAW VERSION FULL WITH FLAWS "Aku tak minta banyak. Aku cuma nak hidup dengan tenang, tolonglah!" - Ella Dia, Ella. Hidupnya mungkin serba tidak indah tapi harapan membuatkan dia hidup hari demi hari. Satu persatu kisah tersingkap. Satu persatu juga...