57 | Kusut

294 41 26
                                    

Aku melangkah laju dengan hati yang sakit hingga aku terhenti di sini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku melangkah laju dengan hati yang sakit hingga aku terhenti di sini. Tak tahu apa yang membuatkan aku sebodoh ini, berdiri di hadapan pintu studio Issabella di tingkat dua bangunan kedai tidak jauh dari kafe.

Kenapa sukar untuk aku lepaskan setiap orang yang muncul dalam hidup aku? Sedangkan terang-terangan mereka menyingkirkan aku dari hidup mereka.

Tangan aku menggigil, tak mampu menekan loceng pintu. Dengan lemah, aku melabuhkan duduk di hujung anak tangga.

Aku benci diri aku sebodoh ini. Separuh hati ingin terbang pada nenek, meminta penjelasan namun separuh diriku takut menghadapi realiti. Dalam masa yang sama, aku rasa kehilangan seorang demi seorang. Aku sudah kehilangan Issabella dan ayah. Dashi, Diana Akasuki juga sudah jauh dari aku walau jauhnya mereka itu dari sudut yang berbeza. Dan kini aku mungkin akan kehilangan Izhar dan Ibu Ara termasuklah Iskandar yang terluka kerana aku.

Terlalu banyak perkara yang berlaku sampai aku tak tahu nak buat apa.

Hujan mula merintik turun. Tanpa berfikir panjang, aku berlari anak meredah hujan menuju ke hentian bas.

Sampai di rumah, aku terus meluru masuk. Sakit mencucuk di tapak kaki tidak aku pedulikan. Kasut yang lembab dari semalam aku jinjit bawa naik ke bilik dan campak ke penjuru dinding. Pintu dikunci. Tingkap ditutup. Langsir ditarik agar tiada cahaya yang mencuri masuk.

Aku berbaring di atas tilam tanpa mempedulikan baju yang basah kerana hujan dan menarik selimut menutup seluruh tubuh. Entah aku gila atau terlalu serabut dengan semua yang terjadi, aku rasa macam ada suara garau dalam kepala yang mengejek-ngejek aku.

Aku tekap telinga tapi tak mampu mengusir suara-suara itu. Kepala mula terasa sakit berdenyut-denyut aku cengkam dengan kuat. Suara Nailah diikuti derapan kaki menuruni anak tangga seakan menyucuk pendengaran. Bingit!

Tik.

Tik.

Tik.

Bunyi hujan rintik menimpa tingkap terdengar satu persatu. Hujung selimut aku tolak, memandang ke arah langsir yang menyembunyikan tingkap di sebaliknya.

Aku mengengsot perlahan, menarik langsir dan menolak daun tingkap. Bau hujan yang lembab dan segar memenuhi ruangan bilik, bagaikan terapi untuk aku. Bau yang sama ketika aku mengalami tekanan di hospital dulu. Bau yang menemani waktu-waktu aku sendirian selepas ketakutan dituduh sebagai pembunuh Haniesya.

Perlahan-lahan aku tarik tilam rapat ke tingkap. Terhenti apabila melihat tangan aku dipenuhi rambut yang gugur. Aku pegang kepala. Tanpa sedar aku menggenggam rambut dengan terlalu kuat hingga banyak rambut yang gugur di tangan.

Ah... gila ke aku?
Semuanya akan menjadi lebih baik... kan?

Aku berbaring mengiring memandang ke luar sana. Langit mendung berarak bersama sayup-sayup dentuman guruh berantai. Seolah-olah segalanya kembali tenang.

Aku pejamkan mata.

Pergilah...

🥀'One day I'll disappear and it won't matter

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🥀
'One day I'll disappear and it won't matter.'

Flizwn,
441words
1808212303
#lenyap

Ella rehat seketika hingga semuanya reda.
Maaf semua.

The Ella's : Ini Hidup Aku (NO-EDIT/RAW - On Hold)Where stories live. Discover now