RAW VERSION FULL WITH FLAWS
"Aku tak minta banyak. Aku cuma nak hidup dengan tenang, tolonglah!" - Ella
Dia, Ella. Hidupnya mungkin serba tidak indah tapi harapan membuatkan dia hidup hari demi hari.
Satu persatu kisah tersingkap. Satu persatu juga...
Nota : Beberapa hari cuba pendekkan bab ni tapi susah nak fokus. Sebab dah lama tak update, saya biar sajalah jadi panjang berjela. Dan semua kesalahan tatabahasa, typo dan italic, tahap malas dia macam Super Saiya 😂
🥀
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Aku terjaga bila kaki terasa sangat sejuk kerana teralih dari lindungan selimut. Rasanya tadi aku terlena dengan helaian baju sejuk sahaja.
Pandangan aku tebar ke sekeliling. Langit malam cerah dengan cahaya bulan. Unggun api masih menyala dengan api yang sangat kecil. Aku tambahkan kayu dan ranting yang ada agar api kekal hidup.
Baru aku perasan, Diana Akasuki juga terlena di kerusi bersebelahan dengan aku. Mujur saja kerusi yang kami duduki boleh diturunkan sedikit penyandarnya. Dashi juga di kerusinya, terlena dengan berbungkus selimut macam kepompong. Iskandar baring di atas tanah rata dialasi sleeping bag yang tebal. Entah mereka tertidur di sini atau sedang temankan aku.
Begum, Fong dan Izhar tidak kelihatan. Mungkin ada di dalam khemah. Luna pastinya di dalam bilik atas kabin.
Berhati-hati aku melangkah tanpa bunyi. Suasana sedikit berkabus. Jam di kabin menunjukkan pukul 4.00 pagi. Patutlah aku terjaga. Memang kalau di rumah aku akan bangun sekitar waktu ini.
Ah... apa agaknya khabar di rumah?
Aku bersihkan diri ala kadar dan selesaikan solat sunat. Nampaknya bengkak di wajah sudah surut. Hanya tinggal luka lelesan kemerahan di bawah pipi. Mungkin esok lusa akan hilang. Harap tidaklah meninggalkan parut.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kabin lengkap dengan peralatan memasak. Cuma tak banyak bahan. Peti sejuk pun tak ada. Hanya ada peti sejuk beku yang sederhana besar.
Hampir 10 biji kentang aku kupas guna pisau hingga merah ruas jemari aku. Kemudian, aku masukkan ke dalam air yang ditadah dalam periuk kecil. Rendam seketika dan direbus.
Beralih ke island table, separuh plastik tepung anggaran setengah kilogram aku tuang ke dalam bekas. Satu sudu kecil garam dan 2 sudu gula diletak dan digaul mesra bersama tepung. Air sejuk dalam peti ais aku tuang sedikit demi sedikit sambil diuli hingga jadi doh. Aku bulatkan sebesar penumbuk. Ala, penumbuk aku kecil saja.