RAW VERSION FULL WITH FLAWS
"Aku tak minta banyak. Aku cuma nak hidup dengan tenang, tolonglah!" - Ella
Dia, Ella. Hidupnya mungkin serba tidak indah tapi harapan membuatkan dia hidup hari demi hari.
Satu persatu kisah tersingkap. Satu persatu juga...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Iskandar muncul tanpa pemberitahuan. Tahu-tahu saja mami panggil aku turun tolong Iskandar di dapur. Entah ribut apa, Iskandar bawa barang dapur untuk masakkan sarapan.
Aku tinggalkan saja Nailah yang minta aku urutkan pinggangnya selepas Subuh tadi.
"Mami tunggu sekejap ya, saya masakkan," ujar Iskandar pada mami yang mencuka.
"Emm... tengoklah. Mami tak biasa sarapan awal pagi." Acuh tak acuh mami membalas. Entah sejak bila mami tak biasa sarapan awal pagi. Bukan main merajuk mami sebab Iskandar tak muncul malam tadi. Bukan ke aku yang patut mencuka dan merajuk? Cuma tak sampai hati nak buat macam tu bila tengok muka Iskandar jelas tidak bermaya. Kepenatan.
"Kenapa tak beli je?" soalku sambil membantu bersihkan udang di sinki.
"Mami dah susah payah masak malam tadi, saya perlu usaha lebih untuk pujuk mami, kan?"
Jatuh kasihan aku tengok wajah lemah Iskandar. Nampak patah hati sungguh kerana tak dapat hadir malam tadi. Aku pun malas nak bertanya puncanya. Kalau dia rasa aku perlu tahu, dia akan beritahu.
"Pujuk mami je ke?" Aku menduga antara dengar dan tidak. Memandang udang segar yang bergenang di dalam besen.
Iskandar ketawa lunak, mencuit hatiku. "Awak merajuk ke? Wow, ini satu perkembangan yang baik."
Ish, ke situ pulak dia. Perkembangan yang baik apa bendanya?
"Rasalah yang saya ni tak bertepuk sebelah tangan. Untuk awak, kita pujuk nanti eh. Kita settle bab mami dulu," balasnya, menghadiahkan senyuman yang mampu menggetarkan jiwa.
"Siapa kata dia bertepuk sebelah tangan? Kan kita yang suruh dia masuk meminang," gumam aku separuh geram. Pantas aku memalingkan wajah. Tak nak tenggelam dalam perasaan berlama-lama. Kami bukannya ada hubungan yang sah, sekadar bertunang yang tidak menghalalkan cara.
Dia ketawa lagi. Seronok eh tengok aku macam ni.
"Tapi kenapa tak masak kat rumah lepas tu bawak ke sini. Susah-susah je nak siapkan semua," soalku.
Terdiam terus Iskandar, pura-pura sibuk dengan pisau di tangan.
"Awak tak beritahu ma, eh?" Aku meneka dan dia cuma tersengih dengan rasa bersalah. Aku rasa, ada sesuatu yang dia sembunyikan dari aku. Mungkin dia mula sedar yang Mak Uda tak nak aku jadi sebahagian dari keluarga mereka.
Entahlah. Aku perlu cari masa yang sesuai untuk tanyakan pada Iskandar. Aku berhak untuk tahu, kan?
"Lagipun saya masak ni sebab nak raikan genap 100 hari kita bertunang." Iskandar memutar arah perbualan.