58 | Kosong

289 46 21
                                    


🥀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🥀

Aku terjaga ketika Maghrib hampir menjelang. Terkebil-kebil aku tengok langit yang gelap, tak sangka selama ini aku tertidur.

Aku menjengah bilik Nailah. Kosong. Lantas aku bersegera mandi dan angkat wudu'. Terpaksa qada' solat Zohor, diteruskan dengan Asar dan tak lama selepas itu terdengar azan Maghrib berkumandang. Aku biarkan saja bilik suram tidak berlampu. Hanya ditemani simbahan lampu jalan yang menerobos melalui tingkap yang terbuka. Hujan masih turun, gerimis halus menenangkan.

Usai solat, aku buka almari dan habiskan sisa-sisa makanan yang Ibu Ara bagi waktu aku pulang dari sana. Lapar tapi selera makan langsung tiada. Hanya kerana tak nak jatuh sakit, aku paksa juga diri mengunyah makanan.

Handphone yang terdampar di lantai berkelip beberapa kali tanda ada panggilan masuk tapi aku hanya renung tanpa perasaan. Aku tak tahu apa patut aku buat sekarang.

           "Ella." Suara Maira kedengaran diselangi ketukan pada pintu. Bayang kaki terlihat di bawah celah pintu tapi aku tak rasa nak sahut panggilannya.

           "Ella tak balik lagi kut, mami."

           "Tak apalah. Nanti mami cuba call dia."

Langkah mereka semakin menjauh menuruni anak tangga. Aku menyelinap semula ke bawah selimut dan memejamkan mata. Melarikan diri dari dunia realiti.

Lari sejauh yang boleh walau hanya dalam mimpi.

Lari sejauh yang boleh walau hanya dalam mimpi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🥀


"Diana?"

Dia tarik muka semasam yang boleh. Oh, baru aku teringat dia dan Begum pernah datang rumah ni cari aku.

"Aku dengar kau dah berhenti kerja. Apasal tak roger aku?" Marah nadanya.

"Aku..." Rasa sedih semalam kembali melingkar dada.

The Ella's : Ini Hidup Aku (NO-EDIT/RAW - On Hold)Where stories live. Discover now