26 | Sarat

321 46 43
                                    

Tak tahulah sampai bila cover Ella ni nak permanent

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tak tahulah sampai bila cover Ella ni nak permanent. *tekupmukaatasmeja* Quotes berubah, tajuk berubah, masa publish pun berubah.

By the way, korang bahagia dengan siapa bergandingan bersama Ella?

🥀

Rindu pula nak tengok keletah Isfahan yang putih gebu tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rindu pula nak tengok keletah Isfahan yang putih gebu tu. Bulu mata melentiks bukan main lagi kalah aku yang wanita ni.

Lepas kali terakhir aku pulang menjaga dia minggu lepas, Kak Ismahani beritahu dia bercuti dan dah ada pengasuh lain sebagai pengganti memandangkan aku akan mula bekerja selepas kafe dibuka.

Aku masukkan telefon bimbit ke dalam beg apabila sampai di sebuah restoran makanan Jepun yang nampak mewah. Di bahagian tengah ruangan restoran, terlihat Issabella bersama kawan-kawannya. Meja itu pula digabungkan dengan satu lagi meja yang diduduki kaum lelaki. Pastinya bakal pengantin lelaki dan pengapit dia. Rancak mereka berbual membuatkan aku semakin berat hati nak melangkah.

Tapi kalau aku tak munculkan diri, nanti Issabella ingat aku tak support dia pula. Dengan berat hati, aku ambil tempat dan duduk di kerusi yang kosong. Tiada sesiapa perasan kehadiranku, mujurlah.

Linda, kawan Issabella yang jelas tidak menyenangi aku terus memasamkan muka dan berpaling ke arah sana. Mujur gadis di sebelahku yang agak gempal orangnya menyapa dan tersenyum padaku. Tidaklah terasa asing.

Memang sengaja aku melambat-lambatkan langkah waktu ke sini. Aku taknak berlama-lama dengan mereka. Nampaknya mereka semua baru sahaja menikmati hidangan masing-masing.

Issabella hanya tersenyum sikit pada aku sebelum kembali berbual dan ketawa. Aku tak nak merendah diri tapi aku rasa makin lama aku makin mengecil di tempat duduk. Mungkin saja halimunan ditambah lagi dengan kelaparan.

Tapi aku tak pandai nak buat pesanan kat restoran macam ni. Kena tunggu pelayan datang ke macamana?

Mujurlah ada air kosong yang siap dituang dalam gelas di atas meja. Aku teguk perlahan-lahan sambil sesekali melirik mata memandang ke arah bakal suami Issabella.

The Ella's : Ini Hidup Aku (NO-EDIT/RAW - On Hold)Where stories live. Discover now