RAW VERSION FULL WITH FLAWS
"Aku tak minta banyak. Aku cuma nak hidup dengan tenang, tolonglah!" - Ella
Dia, Ella. Hidupnya mungkin serba tidak indah tapi harapan membuatkan dia hidup hari demi hari.
Satu persatu kisah tersingkap. Satu persatu juga...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Aku baru habis syif waktu Begum mendekati aku.
"Ella, nanti terus ke padang tau. Terpulang kau nak bawa makanan apa pun tapi jangan bawa banyak. Buah pun okey," pesan Begum. Aku hanya mengangguk.
Petang itu kami bercadang nak buat piknik meraikan Diana Akasuki berhenti kerja. Tempoh hari masing-masing sibuk. Mesti sendu wanita itu mengenangkan tiada siapa peduli dia bekerja atau tidak.
Aku beli buah mengikut saranan Begum. Buah naga, epal hijau, epal merah, limau Sunkist dan pear masing-masing sebiji sahaja. Rasa seronok pun ada. Baru kelmarin makan ikan bakar tepi rumah, ni nak piknik pulak.
Ketika aku sampai di lokasi taman rekreasi yang dimaksudkan, Diana Akasuki sudah ada di situ. Bercekak pinggang nampak resah menanti kehadiran kami. Semangat dia melambai bila aku memenuhi ruang pandangannya.
"Lambatnya korang. Jadi tempe sunburn aku kat sini," rungut Diana Akasuki sambil mengipas muka dengan topi jerami yang bersulam indah.
"Kami semua baru habis kerja," balasku sambil membentangkan alas kanvas yang terdampar. Sempat aku memerhatikan kawasan sekeliling. Padang itu memang besar. Di hujung sana ada taman permainan. Pengunjung pun dah mula ramai tapi kawasan kami agak jauh sikit dari laluan orang.
Diana Akasuki turut membantu aku membetulkan kanvas dan meletakkan pemberat agar tidak terbang ditiup angin. Ulang alik kami dari kereta dia ke tapak piknik. Banyak sungguh barang dia bawak dah macam nak bina bangunan. Kerusi lipat pun ada.
"Sleeping bag? Serius la?"
"Aku standby je, mana tahu ada yang mengantuk."
Meletus ketawa aku dengan alasan Diana Akasuki.
"Kau bawak apa?" soalnya.
"Buah je. Begum tak bagi bawa makanan banyak-banyak. Ada pisau?"
"Ada. Tengok dalam beg hitam. Kupas dua biji je, Ella. Tak habis boleh bawa balik."
Aku terkedu bila gulungan beg kain hitam itu dibuka. Semua jenis pisau ada, macam Masterchef! Biar betul perempuan ni? Dia fikir apa waktu bawa semua barang-barang ni?
"Kenapa Ella?" tanya Diana Akasuki, perasan aku terkebil-kebil sendirian.
"Waktu bawak barang-barang ni, kau tak rasa ke macam..."Aku pandang Diana Akasuki.
"Too much?" Bibirnya menyungging ke sisi.
Aku mengangguk sebelum tawa kami bersatu. "Kau nak pindah duduk kat padang ni ke?"