05 | Penyangak Berdengung

378 47 12
                                    

------------------MEMORI KECIL,THROWBACK------------------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

------------------
MEMORI KECIL,
THROWBACK
------------------

"Kecik-kecik dah pukul orang. Orang tanya tak jawab pulak tu. Kurang ajar!"

Aku, yang berusia 9 tahun, langsung tiada peluang membela diri. Memandang budak lelaki berbadan gempal yang berpura-pura menangis padahal selama ini dialah yang membuli aku. Aku hanya mempertahankan diri dengan melibas beg sekolah yang sudah koyak lalu bahagian zip terkena pada pipinya. Kesan calar hingga berdarah yang terlalu sedikit.

Cikgu pula membiarkan saja ibu kepada budak lelaki itu menghamburkan ayat-ayat yang kasar seolah-olah aku dah cukup matang untuk memikirkan baik buruk perbuatanku.

"Mana mak bapak kau tak datang-datang lagi? Kecutlah tu anak buat onar!" Wanita itu masih tidak berpuas hati, entah kenapa.

Sebagai seorang budak yang ketakutan, sungguh aku mengharap mami atau ayah hadir segera untuk membelaku. Namun, hampir satu jam aku menelan maki hamun, tidak ada sesiapa pun yang datang. Akhirnya mereka pergi bersama senyuman kemenangan budak lelaki itu.

"Kamu tunggu di sini sampai mak ayah kamu datang. Dah banyak kali jadi macam ni. Kamu ni sebenarnya ada mak ayah tak?"

Aku tahu tak patut seorang cikgu berkata begitu tapi mungkin sebab aku anak murid yang selalu memberi tekanan padanya, jadi bukan salah dia untuk berkata begitu.

Tak ada cikgu yang sempurna, kan?

Aku hanya menunduk dan menunduk. Masih mengharap ada seseorang yang akan datang memihak padaku. Hingga waktu persekolahan berakhir, aku duduk di kerusi hujung bilik guru. Tiada siapa yang ingat padaku hingga akhirnya aku berlalu sendiri.

Aku terserempak dengan Noah ketika keluar dari bilik guru. Dia hanya menjeling dan melangkah pergi tidak peduli. Tiada siapa tahu kami adik beradik tiri. Nailah juga memberi amaran agar tidak memberitahu sesiapa. Mungkin malu dapat adik buruk macam aku. Tapi, aku memang tak ada sesiapa pun selain dari mereka.

Balik rumah, mami pula mengamuk kerana beg yang koyak. Aku mengayuh basikal lari ke rumah nenek yang agak jauh dari situ.

Neneklah yang jahitkan butang untuk beg lusuh ku, mengganti zip. Neneklah yang mengelap air mata dan memujuk. Nenek jugalah yang mengajar aku erti sabar, erti mengadu pada Tuhan, erti mengharap dan tidak putus asa.

 Nenek jugalah yang mengajar aku erti sabar, erti mengadu pada Tuhan, erti mengharap dan tidak putus asa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Ella's : Ini Hidup Aku (NO-EDIT/RAW - On Hold)Where stories live. Discover now