RAW VERSION FULL WITH FLAWS
"Aku tak minta banyak. Aku cuma nak hidup dengan tenang, tolonglah!" - Ella
Dia, Ella. Hidupnya mungkin serba tidak indah tapi harapan membuatkan dia hidup hari demi hari.
Satu persatu kisah tersingkap. Satu persatu juga...
Notes : memang tak mudah jadi seorang wanita, kan? Dia bukan tonggak keluarga mahupun kerjayanya tapi dia kena utamakan rumahtangga, suami, anak-anak dan ibubapa juga kerjaya walaupun dirinya sendiri lelah sendirian separuh jiwa.
Dialah yang pertama bangun dalam dingin dinihari dan yang terakhir terlelap. Dialah pertama yang merasa masakan namun dialah yang terakhir merasa kenyang.
Yang terakhir sekali adalah dirinya dan dunianya dalam waktu yang bersisa.
Shout out to all women out there. You are amazing infinity~
Lama tak update, kan? Macam tak sempat nak tamatkan hujung September ni *kerai* sorrylah korang 😭 kalau ada typos and errors, beritahu tau. Ai naik juling baca panjang sangat haha
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
🥀
Diana Akasuki sudah keluar sebelum tengahari. Katanya Jururawat Hanania tak dapat jaga aku hari ni. Entah kenapa aku tak nak bertanya lagipun aku rasa lebih baik lepas bangun dari tidur. Demam pun dah kebah.
Aku keseorangan memandangkan Dashi juga tiada. Puaslah aku membalas mesej-mesej dan panggilan tak berjawab dari telefon bimbitku yang retak hujung skrinnya. Diana Akasuki beritahu aku Dashi yang carikan telefon bimbit tu pagi-pagi buta lepas hantar aku mendapatkan rawatan di rumahnya.
Banyak budi mereka berdua yang aku kena balas. Mungkin takkan terbalas pun.
Ada tiga panggilan tidak berjawab dari Evercare House. Lupa pula nenek merajuk aku tak datang berbuka dengan dia walhal puasa dah melepasi tujuh hari.
Izhar pula cemas bila Iskandar tanyakan pada dia kenapa aku tak datang kerja. Panggilan dia pula aku tak jawab semalam.
Iskandar lagilah... dia boleh selfie muka tertanya-tanya dia bila aku tak balas mesej. Siap ugut nak masuk meminang lagi kalau aku tak mesej dia semula. Sedar tak sedar aku terhibur dengan sisi mengada dia yang satu ni.
Tapi hal meminang, hal jadi isteri dia, dia suka aku dan yang berkaitan dengan perasaan, entah kenapa aku tak ambil serius walaupun ada waktu berdebar jugalah bila dia tunjuk sisi caring dia.
Dengan semua yang terjadi, baru aku sedar seorang demi seorang hadir dalam hidup aku hingga aku tak lagi merasa keseorangan.
Tapi masalahnya, dengan muka berparut macam ni, macamana aku nak berdepan dengan mereka semua?
Jauh mengelamun, tiba-tiba pintu bilik terbuka luas menyentakkan aku. Dashi masuk dengan tergesa-gesa menuju ke almari.
Dalam terkejut yang amat sangat, aku capai selendang yang terdampar di tepi kepala katil. Cepat-cepat aku lindungi rambutku yang tidak berikat. Menggeletar tanganku kerana masih ada rasa takut yang bersisa.
Namun Dashi macam terlupa yang aku ada di biliknya. Habis dibuka satu persatu pintu almari dan laci yang ada mencari sesuatu. Wajahnya berkerut seribu, nampak susah hati.