52 | Asing

264 42 30
                                    

Lama-lama aku renung kipas yang berputar, rasa macam otak aku pun berputar sekali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lama-lama aku renung kipas yang berputar, rasa macam otak aku pun berputar sekali. Semuanya gara-gara Iskandar balas mesej aku sepatah-sepatah je. Rasa nak patah-patahkan juga jari tu. Selama ni taip mesej punyalah panjang lebar, tapi sekarang bila kita tanya dia jawab macam tak reti mengeja.

Aku baca semula mesej perbualan kami. Mesej perbualan yang mengundang geram di hati.

'Mami kata bos nak masuk meminang hujung minggu ni. Maaf sebab bertanya. Saya betul-betul terkejut.'
- Ella

'Em.'
- Bos

'Apa maksud em?'
- Ella

'Ya.'
- Bos

'Ya tu maksudnya betullah bos akan datang?
Dengan keluarga bos ke?'
- Ella

'🥰.'
- Bos

Eyy, tak tenang aku macam ni. Sepanjang malam aku tak boleh nak lelapkan mata. Berdebar, takut, cemas, tak keruan. Tak sangka dia betul-betul maksudkan ayat dia tempoh hari.

Tiba-tiba aku teringatkan ayah. Mami kata, ayah dah maklum tentang hal peminangan Iskandar tapi ayah tak bagi kepastian samada ayah boleh datang atau tak hujung minggu ni. Takkan ayah tak nak kenal siapa lelaki yang sanggup beristerikan aku? Malah ayah tak hubungi aku langsung. Hanya mesej aku yang kekal tak berbalas.

Bunyi ketukan di pintu dan namaku diseru Noah buatkan aku kalut capai tudung.

Kami sama-sama terdiam saat aku buka pintu. Noah bawa baju aku yang sudah berlipat. Mesti mami yang suruh. Bertahun-tahun tak ada orang lipatkan baju aku, kali ni rasa aneh pulak. Berhati-hati aku mengambil alih pegangan.

"Terima kasih."

Noah tidak menjawab, hanya tersenyum hambar. Dia tahu ke pasal peminangan Iskandar nanti?

          "Noah."

Dia terhenti di depan pintu biliknya.

          "Dah lama tak ada orang azan dalam rumah ni. Satu hari nanti, kalau Noah dah ready nak jadi imam dan bilal, beritahu Ella tau."

Dia mengangguk perlahan selepas diam seketika. "Jaga diri," ucapnya sekilas sebelum hilang di balik pintu.

Ya Allah, aku lepaskan segala kenangan hitam di antara kami. Moga dengan itu, Dikau gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik buat kami.

🥀

🥀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Ella's : Ini Hidup Aku (NO-EDIT/RAW - On Hold)Where stories live. Discover now