11 | Diana Akasuki

368 48 24
                                    

Aku mengharungi malam dengan tangisan dan esakan, hinggalah aku sampai di hadapan bangunan ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku mengharungi malam dengan tangisan dan esakan, hinggalah aku sampai di hadapan bangunan ini. Studio Issabella gelap gelita dan aku tak bawa apa-apa pun termasuklah handphone dan dompet. Mestilah Issabella tiada. Mungkin dah pukul 12 malam sekarang.

Kalau dia ada pun, sudi ke dia untuk bercakap dengan aku?

Hati bagai merajuk, membawa diri tidak mahu berpatah balik pulang ke rumah. Aku alih haluan ke arah kafe. Bandar masih bercahaya dengan beberapa orang yang melepak di restoran yang masih dibuka.

Hampa.

Kafe pun dah gelap gelita. Maknanya sekarang mungkin sudah pukul 1.00 pagi atau lebih. Seluruh badan terasa sakit dan penat setelah jauh melangkah. Bau kari yang melekat di baju semakin menusuk hidung.

Tiada pilihan, aku duduk atas lantai di depan pintu laluan staff. Aku taknak menangis terlalu lama, nanti sakit kepala akan menyerang lagi. Sekarang pun dah rasa berdenyut-denyut. Aku taknak tertekan. Esok hari terakhir bekerja dan tak mungkin aku bercuti lebih awal dari mereka. Diana Akasuki pasti bertambah-tambah membenci aku.

          "Aahh!!"

Tegak aku berdiri apabila mendengar jeritan di belakang.

Diana Akasuki tersandar di dinding, mengurut dadanya dek kerana terkejut yang amat dengan kehadiran aku yang tidak diundang. Baru teringat yang dia bermalam di kafe malam ni.

          "Bukan ke kau..." Dia tidak meneruskan katanya, memandang aku dari atas ke bawah.

          "Kau jatuh dalam tangki najis ke?"

Aku tunduk, kembali sebak. Akulah najis tu.

          "Oi, apasal nangis? Bukannya aku cakap kau najis pun!" Kaget Diana Akasuki bila aku teresak perlahan.

Sungguhlah aku sedang sedih teruk. Breakdown. Bila nak bercakap je, air mata keluar dulu.

           "Masuklah cepat!"

Aku mengikut langkahnya dengan lemah.

          "Hish, aku baru mop tau. Cepatlah masuk bilik air. Bau kari!"

Kemarahan Diana Akasuki kerana tompokan kotoran di lantai tidak aku pedulikan. Aku menonong masuk ke bilik mandi dan duduk di atas penutup tandas. Sekali lagi aku menangis di situ. Tak tahulah kenapa sedih sangat. Mungkin sebab aku dah menahan perasaan ini begitu lama.

          "Oh, gosh! Kau nak jadi hantu tandas ke menangis macam ni?"

Merungut-rungut Diana Akasuki sambil menyinsing lengan baju dan seluarnya. Rambutnya diikat tinggi. Pili air dibuka dan disiram pada tubuh aku.

           "Tak apa. Aku buat sendiri." Aku cuba capai pili air namun ditolak Diana Akasuki.

          "Kalau kau buat, sampai esok kau menangis. Tak pasal-pasal jumpa mati tergantung dalam tandas. Taknaklah aku! Eee... menyusahkan betul!"

The Ella's : Ini Hidup Aku (NO-EDIT/RAW - On Hold)Where stories live. Discover now