RAW VERSION FULL WITH FLAWS
"Aku tak minta banyak. Aku cuma nak hidup dengan tenang, tolonglah!" - Ella
Dia, Ella. Hidupnya mungkin serba tidak indah tapi harapan membuatkan dia hidup hari demi hari.
Satu persatu kisah tersingkap. Satu persatu juga...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ibu Ara melabuhkan duduk di sisi Izhar, diusap belakang tubuh anak lelakinya cuba untuk menenangkan suasana hati Izhar yang jelas sedang berkecamuk. Namun Izhar bangkit dengan kasar, meraup wajah berkali-kali.
"Abang tak faham. Betul-betul tak faham. Ibu tahu tak, depan mata abang sendiri mami tu pukul Ella tanpa belas ihsan. Jelas di muka Ella, dia hilang semua semangat dalam diri. Kalau macam tu sekali mami pukul, maksudnya memang Ella dah terbiasa makan pukulan mami. Bukan tu je, rumah kita berpuluh kali lebih baik dari rumah mami dia tu. Kalau ibu masuk ke bilik Ella, hanya ada satu perkara yang ibu akan fikir. Ibu akan bawa Ella keluar dari situ, waktu tu jugak!"
"Boleh Ibu Ara tanya?" Ibu Ara turut berdiri. Ada persoalan yang sudah lama difikirkan sejak Izhar beritahu dia ada adik bernama Ella.
"Apa yang sebenarnya abang rasa sekarang? Marah? Kalau marah, marahkan siapa? Dan sebenarnya ibu rasa pelik juga. Abang masih belum kenal lama dengan Ella. Ibu tahu sangat abang macamana orangnya. Abang takkan semudah itu percaya orang apalagi nak buat macam-macam untuk dia. Memang dia adik abang tapi, iyalah, dia masih lagi orang asing yang kita tak kenal sepenuhnya. Ibu tetap rasa ada sesuatu yang tak kena. Boleh ibu tahu?" soal Ibu Ara, lembut.
Izhar terdiam. Rambutnya diramas kasar dengan wajah merah padam. Dari dikuasai amarah, soalan Ibu Ara bagai merentap dia dari lautan emosi.
Dengan hati yang berat akhirnya dia mengakui segala perbuatan buruk dia terhadap Ella dahulu sebelum dia tahu Ella itu adik kandungnya. Mengucap panjang Ibu Ara dibuatnya.
"Ibu dan abah tak ajar abang aniaya orang! Apalagi orang yang tak tahu hujung pangkal. Kalau betul ada benda salah yang dia buat, selesaikan dengan cara yang betul!" marah Ibu Ara, kecewa dalam hujung nada.
"Abang lambat cari dia. Bila dah jumpa, abang tambah lagi benda buruk dalam hidup dia. Abang nak tebus semua, tapi Ella... dia macam wujudkan satu tembok antara abang dengan dia. Abang buat macam-macam, abang hias bilik yang terbaik dari bilik yang dia ada sekarang tapi..." Izhar tersandar di dinding. Perlahan-lahan tubuhnya melorot ke lantai lalu dibawa kedua lutut rapat ke dada, disembamkan wajah di situ.
"Anggaplah semua ni tebusan untuk salah abang pada dia. Jangan dibuat lagi. Pada sesiapa pun," pesan Ibu Ara.
Dia bersimpuh menghadap Izhar. Ditepuk bahu itu dengan lembut.
"Kita tak tahu apa yang dia hadapi. Mungkin dia terlalu takut menerima kebaikan orang sebab pernah dikecewakan berkali-kali," ucap Ibu Ara.
Dia tidak menjangka malam tadi Izhar berperang mulut dengan Ella dan pagi ini mereka bangun dengan nota dari Ella bahawa dia sudah pulang dan minta agar tidak bimbangkan dirinya. Dan seperti biasa, di penghujung ayatnya diselitkan sebaris kata kemaafan kerana dia menyusahkan mereka biarpun sebelum ini berkali-kali mereka meyakinkan bahawa Ella tidak menyusahkan mereka langsung.