20 | Membaca Takdir Tuhan

340 45 12
                                    

Nota : Menghampiri 10 malam terakhir, makin pilu hati ini. Janganlah kesibukan dunia ini menjadikan aku lupa bahawa aku akan mati satu masa nanti.

Maaf zahir batin.

Maaf zahir batin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🥀

Maghrib hampir menjelang ketika aku sampai ke rumah kerana kami singgah di masjid untuk solat. Aku minta Izhar turunkan aku di hujung simpang agar tidak menjadi persoalan jika mami atau Noah nampak kami berduaan. Aku tak bersedia untuk ceritakan pada mereka. Hari ini saja sudah cukup memenatkan.

Jantung berdetak kencang apabila mendengar hingar bingar dari dalam rumah. Suara Noah menengking tanpa butir yang jelas kedengaran diselangi suara mami memarahi. Pasti mereka bergaduh lagi!

Beg kertas di tangan terlepas saat melangkah masuk ke dalam rumah. Barang berselerakan, kerusi terbalik dan alas meja sudah terdampar di atas lantai. Di hujung tangga, Nailah memeluk erat Maira yang menangis ketakutan.

Wajah mami merah, tegang dan aku membaca riak mami sedang menahan air matanya. Noah pula nampak serabut. Dadanya turun naik. Ada kesan luka di tangannya, mungkin kerana mengamuk. Tak pernah aku tengok keadaan begini sekali. Noah selalunya tenang dan memendam walaupun mulutnya berbisa.

 Noah selalunya tenang dan memendam walaupun mulutnya berbisa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pergaduhan mereka terhenti dan aku menjadi perhatian.

Tanpa amaran, Noah menerpa dan merentap lenganku dengan kasar.

"Noah!" Suara mami melengking namun tidak dipedulikan.

"Jom, Ella. Kita keluar dari rumah ni! Aku bawa kau jauh dari sini," ucap Noah sambil menarik tanganku mengikut langkahnya menaiki anak tangga.

Dalam keadaan terkejut dan terpinga-pinga, aku terpaksa mengikut langkahnya. Genggaman Noah semakin erat hingga aku mengaduh kesakitan.

"Noah... sakit... lepaskan Ella..." Aku hampir menangis, takut melihat Noah yang seakan sudah hilang pertimbangan akal. Nafasnya menderu laju bagai lembu gila. Telinga seakan tuli, tidak mendengar rayuanku.

The Ella's : Ini Hidup Aku (NO-EDIT/RAW - On Hold)Where stories live. Discover now