RAW VERSION FULL WITH FLAWS
"Aku tak minta banyak. Aku cuma nak hidup dengan tenang, tolonglah!" - Ella
Dia, Ella. Hidupnya mungkin serba tidak indah tapi harapan membuatkan dia hidup hari demi hari.
Satu persatu kisah tersingkap. Satu persatu juga...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Aku bersyukur dengan perubahan jadual harian. Selepas selesai menjaga Isfahan, aku dapat bertarawikh di masjid. Sesekali Izhar akan menjemput aku pulang dan kami akan ke masjid bersama-sama. Ada hari, aku berbuka di rumah Kak Ismahani jika dia terlewat pulang.
"Tak apa, mami. Ella faham. Lagipun tahun ni Izhar ajak Ella beraya dengan makcik dia," ujarku, menyedapkan hati mami yang mengemas barang untuk pulang ke kampung.
"Makcik dia?"
"Haah, ya." Aku mengangguk.
"Makcik kau oranglah." Mami menepuk pehaku.
Aku tersengih hambar. Makcik Izhar kiranya makcik akulah eh?
Aku tahu mami serba salah nak ajak aku beraya di kampung sebab penerimaan keluarga mami tak begitu baik. Aku ni kira tempat mereka lepaskan geram sebab rasa ayah gunakan mami untuk tinggalkan aku. Lagipun mami nak bincang hal kahwin Nailah. Malas aku masuk campur. Nanti terkena tempiasnya aku tak tahan.
Bunyi tangga berderap membuatkan aku terkaku. Aku tahu itu Noah. Memang aku mengelak dari bertemu dengannya. Selalu keluar awal pagi dan balik lewat.
Nailah beritahu mami pujuk Noah untuk kembali semula ke rumah dan mami minta maaf berkali-kali sebab abaikan didikan agama anak-anaknya tapi Noah hanya mendiamkan diri.
Aku bangkit meninggalkan mami di bilik dan menuruni anak tangga namun Noah pantas mengekori langkahku.
"Ella, aku..."
Aku berpaling menghadapnya dengan sebelah tangan aku angkat ke hadapan agar dia berhenti mendekatiku.
"Asalkan Noah usaha baiki semula keadaan dan gembirakan mami, apa yang berlaku sebelum ni Ella anggap benda yang dah lepas." Aku ketap bibir. Sukarnya untuk aku kekal bertenang bahkan sedikit pun aku tidak memandang wajahnya.
Aku tak kuat.
"Aku minta maaf."
"Minta maaflah pada Allah." Aku bergegas pergi.
🥀
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.