RAW VERSION FULL WITH FLAWS
"Aku tak minta banyak. Aku cuma nak hidup dengan tenang, tolonglah!" - Ella
Dia, Ella. Hidupnya mungkin serba tidak indah tapi harapan membuatkan dia hidup hari demi hari.
Satu persatu kisah tersingkap. Satu persatu juga...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
'Morning, embun pagi.' - Izhar
Aku hanya mampu geleng kepala baca mesej Izhar yang dihantar pada jam 3.30 pagi tadi. Entah dia bangun awal atau dia tak tidur lagi. Siap hantar selfie dengan jam tangan dia. Nampak sangat nak tagih selfie dari aku. Nanti-nanti je la.
Sejak kami luangkan masa bersama tempoh hari, tersingkap sisi lain pasal lelaki ini. Aku rasa mungkin sebab kami sama-sama mendambakan keluarga untuk didampingi, jadi bila aku mula terima Izhar sebagai abang, dia meluahkan rasa bahagia dia dengan cara begini.
'Cepatlah kahwin. Geli tahu tak.'
Malas melayan dia mesej. Nanti melarat tah ke mana-mana, tak siap kerja aku.
Isnin.
Kafe tutup hari ni seperti biasa. Sebelum Subuh lagi aku dah siapkan sarapan. Nasi impit bersama kuah lontong dan sambal udang putih sebab itulah hidangan paling cepat aku boleh buat. Nasi impit dah masak dari malam tadi dan bahan sambal memang dah siap-siap kisar dalam peti sejuk.
Sempat aku mandi lagi sekali menghilangkan bau sambal di baju. Baru je aku berlunjur nak sapu minyak pada kaki yang lenguh, aku dengan suara garau ayah. Kelam kabut aku keringkan rambut dan menyarung tudung takut-takut Noah ada.
Ketika aku menjejak di tingkat bawah, ayah sedang bersarapan dengan mami dan Maira. Sumpah, aku rasa perut ni macam memulas dan hati rasa kembang kuncup semacam tengok ayah makan masakan aku.
Dengan muka tak malu, aku tarik kerusi dan duduk bersama namun tak sempat aku nak bernafas, ayah tiba-tiba berdiri dan naik ke atas walaupun pinggan masih bergenang dengan kuah lontong.
"Comelnya Maira hari ni," pujiku pada Maira yang bersanggul tinggi, menutup rasa ralat di hati. Rasa nak menangis. Selera hilang serta merta. Lambat-lambat aku menuangkan kuah ke dalam pinggan.
Tiba-tiba ayah muncul semula dan duduk di kerusi tadi. Sebuah beg kertas kecil ayah letakkan di tepi pinggan aku. Terkebil-kebil aku memandang ayah dan beg kertas itu silih berganti.
"Kelmarin Ella kerja, kami tak dapat ajak Ella keluar sekali," celah mami.
Aku genggam kedua-dua tangan di bawah meja. Tarikh hari ini akan aku ingat sampai bila-bila. Ayah belikan sesuatu untuk aku buat julung kalinya. Serba salah aku nak makan ke nak tengok isi beg kertas tu. Tak keruan rasa dia wei!
Ayah pula tenang saja, teruskan makan tanpa pandang aku.
Tak tahan dengan perasaan berombak ni, aku capai juga beg itu dan bawa ke riba.
Sebuah jam tangan berwarna hitam dengan tali jenis kulit terlihat indah dalam kotak yang turut berwarna hitam. Lama aku tunduk memandang jam itu hinggalah setitis air mata jatuh mengenai kotak jam membuatkan aku tersedar.