RAW VERSION FULL WITH FLAWS
"Aku tak minta banyak. Aku cuma nak hidup dengan tenang, tolonglah!" - Ella
Dia, Ella. Hidupnya mungkin serba tidak indah tapi harapan membuatkan dia hidup hari demi hari.
Satu persatu kisah tersingkap. Satu persatu juga...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Macamana nak sayang diri sendiri?
Aku tak pernah terfikir pun soalan ni.
"Who hurt you, Ella? Sampai kau rasa kau beban dalam hidup orang lain?"
Soalan Diana Akasuki semalam buatkan aku ingat balik masa lalu aku. Waktu Tingkatan 1 mami minta adik dia, Acu, jagakan aku untuk beberapa bulan sebab Acu pernah jagakan Nailah juga.
Ada bilik sendiri, kunci rumah sendiri, boleh makan bila-bila masa yang aku nak, aku rasa aku dah cukup bahagia waktu tu. Acu dan suaminya tak pemarah macam mami malah Acu tak kisah aku nak buat apapun dalam rumah dia tapi selepas seminggu yang pertama, aku mula sedar Acu tak senang dengan keberadaan aku.
Persembangan Acu dan suaminya selalu buatkan aku terdiam bingung memikirkan aku ni diterima atau tidak sebenarnya?
"Nak ajak kawan datang tidur sini pun susah jugak dah ada Ella duduk kat bilik tamu."
"Nak bercuti macamana? Kalau ada Ella, nak kena booking bilik untuk dia jugak. Takkan nak tidur sekali dengan kita."
"Mereput jelah duduk rumah jaga dia. Karang dia mengadu kita tak jaga dia elok-elok pulak."
"Tak selesalah nak berdua pun kena fikir takut Ella nampak kita peluk-peluk depan TV."
Semua ayat-ayat tu Acu cakap jelas-jelas sampai ke telinga. Bila aku kata aku okey je ditinggalkan seorang, Acu senyum manis kat aku sambil berkata nanti mami marahkan dia sebab tak amanah.
Aku cuba ambil hati Acu dengan kemas rumah dan memasak tapi end up Acu cakap jangan buat apa-apa yang menambah kerja dia. Waktu tu aku rasa tak berguna sangat. 13 tahun tapi masak tak sesedap mami. Kemas rumah pun tak secantik Acu. Aku alih sofa sebab nak sapu bawah karpet, Acu mengeluh dua tiga hari sebab ada kesan calar kecil di lantai.
Hinggalah aku ada kursus jati diri di sekolah, penceramah tu beri nasihat tentang masalah buli di sekolah. Aku jadi bersemangat nak pertahankan diri hingga aku melawan semula pembuli aku. Aku baling beg dia ke dalam kolam ikan sebab dia sorok kasut dan kerusi aku dalam kelas.
Pihak sekolah panggil penjaga aku dan si pembuli tu. Acu muncul dengan wajah manis seperti selalu. Aku fikir aku buat benda yang betul tapi sebelum Acu balik, Acu tarik bahu aku dengan kasar.
"Berhentilah buat apapun. Jangan tambah kerja orang, boleh tak?"
Waktu tu aku sedar, apa yang aku buat demi mempertahankan diri sebenarnya tak berbaloi langsung. Sebaliknya aku akan terus membebankan hidup orang lain. Aku patut hidup dengan senyap seolah-olah diri aku tak wujud.
Dan sekarang baru aku sedar itu yang aku buat selama ni. Cuba hidup sesenyap yang mungkin. Tanpa tarik mana-mana perhatian dari orang lain sampai Izhar dan Ibu Ara terasa hati aku tak bincangkan hal kahwin dengan mereka.