RAW VERSION FULL WITH FLAWS
"Aku tak minta banyak. Aku cuma nak hidup dengan tenang, tolonglah!" - Ella
Dia, Ella. Hidupnya mungkin serba tidak indah tapi harapan membuatkan dia hidup hari demi hari.
Satu persatu kisah tersingkap. Satu persatu juga...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Iskandar dan Dashi tiada di kafe hari ini. Iskandar hantar mesej minta aku hadir awal memandangkan Begum perlu bantuan dari aku. Lukanya sudah dirawat, tapi masih terpaksa bekerja kerana tiada pengganti. Bekalan eletrik sudah kembali seperti biasa.
"Apasal kau lari malam tadi?" soal Begum ketika aku mula menyusun peralatan di dapur.
"Dah lewat sangat," dalih aku sambil tersengih.
"Tapi, aku tengok kau lari macam... ada sesuatu je?" Begum meletakkan kain di tangannya dan berdiri menghadap aku.
Aku mula menggelabah. "Tangan awak teruk sangat ke?" Aku cuba tukar topik.
"Tak teruk pun cuma aku ni tak boleh tengok darah. Pening. Rasa cemas je," jawab Begum, turut sama tersengih menunjukkan barisan giginya yang putih dan terus melupakan isu aku. Mesti dia segan mengenangkan betapa cemasnya kami malam tadi.
"Err..." bibir aku ketap kuat. Nak tanya ke tak?
"Dashi okey. Peristiwa malam tadi tu, kau lupakan je."
Macam tahu-tahu saja aku nak tanya pasal Dashi. Begum meneruskan kerja, membantutkan soalan aku yang masih tak puas hati dengan penerangannya.
Aku masih menanti balasan mesej Iskandar. Hari ni hari jadi Maira. Aku nak minta habis awal.
Ketika melewati kaunter, Diana Akasuki terbongkok-bongkok di situ entah mencari apa. Bunyi telefon bimbitnya kedengaran.
"Happy birthday!" Hampir pecah speaker telefon bimbit Diana Akasuki apabila dia menjawab panggilan video itu. Aku mengerling dari belakangnya, nampak ada beberapa orang di skrin telefon melambai-lambai dan saling berebut memberikan ucapan.
"Aku tengah kerja, serabutlah kau orang ni! Tak cukup susahkan hidup aku, buat surprise tak kena masa, sekarang nak ganggu kerja aku pulak," rungut Diana Akasuki.
Untungnya dia. Orang sibuk wish sampai serabut otak, aku ni, ayah sendiri pun lupa tarikh lahir aku. Nampaknya hari lahir Diana Akasuki sama dengan tarikh lahir Maira!
Tangan yang menyusun cawan, terhenti.
Ya Allah... hari ni ulangtahun kelahiran Maira... bermakna hari ini, ulangtahun kelahiran aku juga. Macam manalah aku boleh lupa?
Perlahan-lahan aku beredar masuk ke dalam bilik staff. Ada beberapa buah beg kertas terdampar di atas katil Diana Akasuki. Mungkin hadiah hari jadinya.
Oh, tidak! Aku tak boleh rasa cemburu. Selama ni elok saja aku hidup tanpa hadiah dan kek harijadi.
Ugh...
Aku baringkan tubuh di atas karpet. Saja nak layan perasaan sekejap. Ketika mengiring ke kiri, ada sesuatu di bawah katil yang menarik perhatian.
Kotak kasut... dari celah beg kertas yang aku kenal.