07 | Biar

343 43 9
                                    

🥀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🥀

Pagi-pagi dah ada missed call dan mesej dari Iskandar. Tanya pasal aku okey dan selamat sampai rumah ke tak malam tadi.

📲 Ella :
- 'Alhamdulillah syukur, saya sihat walafiat selamat sampai dihantar oleh Abam Dashi yang baik sekali malah dia sangat budiman, memastikan saya masuk ke dalam rumah dengan...'

Eh, sekejap. Dah kenapa aku nak taip panjang lebar ayat dramatik bagai ni? Mungkin sebab masih sakit hati dengan Iskandar yang acah-acah caring pelawa nak hantar pulang, akhirnya dia yang tinggalkan aku. Laju-laju aku padam semula mesej tadi.

📲 Ella :
- 'Alhamdulillah.'

Itu saja yang aku taip dan aku tekan butang 'hantar'.

Tiga lagi mesej dibuka. Semuanya dari Izhar. Cet! Aku takkan balas apa-apa. Sebab dialah makin banyak benda jadi dalam hidup aku.

Hari ni, aku ada sesi rakaman untuk siri animasi di studio Issabella. Dia ada beritahu tarikh rakaman dipercepatkan. Aku akan gunakan upah yang aku dapat untuk bayar baki hutang aku pada Izhar. Sebahagian aku akan guna untuk beli kek. Dah berapa minggu aku lalu lalang depan kedai kek yang terkenal tu. Menggigil usus tengok banner kek yang bertingkat-tingkat. Lama sangat mengidam ni. Self reward sesekali. Kesian diri aku, siapa lagi nak belanja kalau bukan aku sendiri, kan?

Eh, lupa! Aku kena beli kasut baru. Huk huk.

Hujung bulan ni pula aku akan tarik suku dari gaji kerja di kafe untuk habiskan semua baki hutang dan aku akan merdeka dari Penyangak Berdengung itu!

Seronoknya!

Dari berbaring, aku terus berdiri menuju ke bilik air namun tiba-tiba sahaja pandangan menjadi gelap. Sedar-sedar aku dah terduduk di atas lantai. Kepala terasa berdenyut. Aku memang tak boleh bangun tiba-tiba selepas berbaring lama. Mesti rasa nak pitam.

Selesai semua rutin pagi, aku buka peti sejuk. Tak ada apa nak makan. Ada susu kotak yang tak dibuka lagi tapi tak berani nak sentuh. Nailah kalau buka peti sejuk dan tak ada air manis nak diminum, mengamuk dia. Buah epal pun ada dua biji. Kalau aku makan nanti kena beli lain pula sebab mami akan bising dikeranakan Maira kena makan buah hari-hari supaya dia membesar dengan sihat. Aku tengah tak ada duit ni. Tinggal RM3 yang masih setia terselit dalam dompet nipis.

Jenuh menyelongkar dapur, aku hanya bancuh Milo yang tinggal kerak. Tuang air panas dalam balang, biar larut semua Milo yang keras tu, lepas tu tuang balik dalam cawan dan minum.

Milo O panas. Sedap ada umph!

Kasut aku yang tergantung depan kipas, aku capai dan telek tapaknya. Malam tadi aku tuang gam sebanyaknya supaya dia tak tertanggal lagi dan mujur pagi ini ia kering dengan baik.

Ketika melangkah ke luar rumah, aku pandang kasut Dashi yang terdampar di lantai. Dah siang macam ni, baru nampak jelas warna dan material kasut dia. Macam mahal. Aku lap dengan cermat dan masukkan ke dalam beg kain. Jenuh pulak kalau kena ganti nanti.

The Ella's : Ini Hidup Aku (NO-EDIT/RAW - On Hold)Where stories live. Discover now