70 | Self Love

295 38 17
                                    

Hujung baju kurung putih gading yang berlabuci aku sentuh perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hujung baju kurung putih gading yang berlabuci aku sentuh perlahan. Aku datang sendirian untuk fitting baju nikah tanpa temujanji dan tanpa beritahu Mak Uda. Aku ubah semua rekaan tambahan yang Mak Uda minta bahkan aku minta dibuangkan dart di bahagian belakang baju. Tak nak nampak bentuk garis tubuh aku waktu majlis nanti.

Menggaru kepala jugaklah designer baju aku ni.

          "Maaf sangat sebab menyusahkan. Saya akan bayar sebarang caj tambahan. Dan satu lagi, next time tak perlu maklumkan apa-apa pada bakal mertua saya."

Laju je pereka pakaian tu mengangguk. "Saya ni faham sangat-sangat. Bukan sis seorang je yang klien saya pernah hadap. Tak apa, priority kami adalah pengantin tu sendiri."

Lega aku dengan jaminan itu. Sempat aku menebarkan pandangan ke sekeliling butik. Ada beberapa orang pengantin yang datang dengan peneman. Keluarga, mungkin juga kawan-kawan. Aku je 'lonely' la sangat, datang seorang diri. Nak ajak siapa pun tak tahu sebab mengejut je aku terjah butik ni.

Sementara menunggu mereka buka balik dart baju untuk ambil ukuran semula, aku membelek majalah yang bersusun di ruang menanti. Aku selak helaian tanpa sebarang minat.

Fikiran aku sangat terganggu dengan pengakuan Madihah. Dakwaan wanita itu berasas bila Abang Ishaq ceritakan kesusahan yang Mak Uda hadapi selepas ditinggalkan suami kerana perempuan lain. Lebih kurang macam mami, tertekan membesarkan kami tanpa ayah di sisi.

Lagi pula, Mak Uda ada tiga orang anak yang bagi duit belanja setiap bulan. Abang Ishaq memang bagi lebih, sebab dia lebih berduit dan nak ambil hati Mak Uda memandangkan dia jarang pulang. Mungkin ke duit-duit tu cukup untuk Mak Uda upah orang buat 'kerja' untuk dia?

Aku kena dapatkan penjelasan Mak Uda dan dalam masa yang sama aku kena yakinkan Mak Uda yang sesekali takkan aku 'rampas' Iskandar dari hidup dia.

Bunyi dentingan pada pintu menandakan ada pelanggan lain yang tiba namun tidak aku pedulikan hinggalah derap kaki itu berhenti hampir dengan aku. Perlahan-lahan aku mendongak.

          "Bos?" Tegak aku berdiri, terkejut melihat Iskandar di depan mata.

Dia hanya tersenyum dan menghulurkan cawan plastik berisi air.

           "Macamana tahu saya kat sini?" Aku sambut hulurannya.

           "Raifalia beritahu awak nak pergi fitting baju."

"Saya rasa bos upah Raifalia bukan sebab nak tolong saya tapi untuk jadi spy, kan?" Aku kecilkan mata. Iskandar ketawa lunak.

"Merangkap spy la sebab awak susah sangat nak update kat saya awak buat apa hari ni, kerja kat mana, ada masalah apa. Saya tanya je awak mesti cakap 'okey. Semua okey.' Macam tu je. Jadi terpaksalah tanya Raifalia," akui Iskandar buatkan aku serba salah. Memang aku jarang bermesej dengan dia. Rasa macam... tak selesa. Kami belum jadi suami isteri. Malas nak melebih-lebih.

The Ella's : Ini Hidup Aku (NO-EDIT/RAW - On Hold)Where stories live. Discover now