Nota : Lama tak update. Nak buat macamana... *sobs* walaupun hati teringat-ingat tapi sehari kadang-kadang dapat tulis sebaris ayat je lepas tu benda lain menggamit.
Terimalah bab panjang lebar kali ini 😁 rasanya ni bab paling panjang. Ingatkan pendek je. Bila dah diceraikan plotnya, jadi panjang. No edit so yeah, sorry for typo-ing and any flaws.
Entah mana pergi fast-pace-project-nya... 😑
🥀
Orang kata, "People's change."
Begitu juga dengan aku. Perubahan ini terasa asing tapi bagaikan ada tembok yang menghalang aku dari berpatah balik pada 'Ella' yang lama.
🥀
Pulang dari rumah Kak Ismahani, aku terdengar azan Maghrib ketika hampir sampai ke rumah. Kayuhanku terhenti di depan pintu pagar masjid yang tersergam indah.
Azan yang terdengar terasa sayu mencarik rasa di hati. Tanpa berfikir panjang, aku menolak basikal masuk ke perkarangan masjid namun kelibat seseorang di luar pagar seakan aku kenal.
"Fong?" Aku hampirinya.
Lamunan Fong terhenti, mendongak memandang aku.
"Tayar pancit maa..." Keluar lenggok bahasa Cina dia sambil memandang tayar depan motornya. Kesian pulak aku tengok dia termenung begini.
"Ada apa-apa yang..."
"Tak perlu, Ella. Aku dah call kawan aku. Setengah jam lagi dia sampai. Kau pergilah. Tak cantik orang tengok kau dengan aku berdua kat sini. Tepi masjid pula tu."
Aku malu sendiri bila Fong cakap macam tu. Terus aku mengundurkan diri.
Selepas solat, aku selfie satu kali dan hantar gambar itu pada mami agar mami tahu keberadaanku. Cukuplah rasa risaunya pada Noah bergusar di hati.
Aku pandang chandelier di tengah-tengah masjid. Ada rasa sayu menerjah. Rasanya dah lama sangat aku tak luangkan masa 'berbual' dengan Tuhanku. Mengadu itu dan ini. Aku juga lebih banyak menghabiskan masa dengan kerja. Takut aku juga akan jadi seperti Noah.
Tidak memahami takdir Tuhan lantas meninggalkan dan mengabaikan semua kasih Tuhan selama ini.
Aku lupa... dalam kesibukan mengejar kasih sayang manusia lain di dunia, aku akan pulang ke pangkuanNya.
Ketika keluar dari masjid untuk pulang, Fong masih termenung di tempat yang sama.
"Balik dulu ya, Fong. Kawan kau tak sampai lagi ke?" Sengaja berbasa basi. Pelik pula kalau aku terus berlalu.
"Tak apa. Dah nak sampai tu," balasnya.
Baru aku hendak mula beredar, Fong menyeru namaku.
YOU ARE READING
The Ella's : Ini Hidup Aku (NO-EDIT/RAW - On Hold)
ChickLitRAW VERSION FULL WITH FLAWS "Aku tak minta banyak. Aku cuma nak hidup dengan tenang, tolonglah!" - Ella Dia, Ella. Hidupnya mungkin serba tidak indah tapi harapan membuatkan dia hidup hari demi hari. Satu persatu kisah tersingkap. Satu persatu juga...