68 | Hancur

291 39 15
                                    

          "Percepatkan?" Aku rasa tercekik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Percepatkan?" Aku rasa tercekik.

"Ya. Saya dah bincang dengan mama dan mama setuju. Kami dah tetapkan tarikh dengan mami awak, dan juga Ibu Ara. Tinggal persetujuan dari awak je."

Aku kuis hujung jari sampai rasa pedih. Tak tahu nak rasa apa. Blank. Macchiato yang Dashi belanja tadi pun masih tak hilang rasa kat lidah ni.

"Saya tak nak lambat lagi. Saya tak boleh nak jaga awak dalam keadaan kita 'jauh' macam ni." Lirih suara Iskandar membawa aku kembali ke alam nyata.

"Saya... saya perlu masa." Hanya itu mampu aku jawab dan seperti aku jangka, wajah Iskandar nampak hampa.

          "Maaf kalau awak rasa saya mendesak. Apapun keputusannya, awak yang putuskan."

"Tolong jangan salah sangka. Bukan sebab saya masih tak boleh terima bos tapi..." Aku ketap bibir. "Jujurnya bila kita bertunang, separuh hati saya mengharap kita akan merasa bahagia macam orang lain tapi separuh hati saya juga mengharap bos nampak realiti yang akan kita hadapi lepas berkahwin nanti. Saya bukan dari keluarga yang baik, saya sendiri bukan orang yang baik, jauh sekali perempuan yang bagus untuk dijadikan isteri. Saya cuma akan jadi beban."

Aku luahkan saja rasa hati ini. Tak nak Iskandar fikir bukan-bukan. Memang itu yang aku fikir sepanjang tempoh kami bertunang.

"Saya nak dapatkan kepastian," bicara Iskandar dengan nada rendah, sedikit sebanyak buatkan aku rasa cuak.

"Apa dia?"

"Walau cuma sekelumit, ada ke sayang awak untuk saya?"

Aku terbatuk tanpa punca. Straight to the point! Wajah aku kalih ke sisi sambil sebelah tangan menekap pipi yang terasa hangat. Nak meletup dada ni dibuatnya! Soalan jenis apa ni?

"Memang kena tanya ke?" soal aku tanpa mampu mengangkat muka. Bongoklah Iskandar ni. Macamana dia boleh tenang lepas tanya soalan cringe macam tu.

"Saya serius."

Aku kekal berpaling ke tepi, nak jawab apa ni?

"Okey. Memang awal dulu saya cuba belajar untuk... emm... untuk sayan... untuk terima bos. Tapi, iyalah. Kita pun dah bertunang kan. Sekarang ada la sikit." Ughh... apa benda aku cakap ni!

"Sikit apa?"

Rasa nak tolak je muka Iskandar. Lagi nak tanya!

"Ish, sayang la. Ada la sikit berbanding dulu. Kalau tak kenapa saya suruh awak masuk meminang? Sanggup pulak nak ambil hati ma yang complicated tu?" akui aku separuh geram. Tak memasal ter-mengumpat bakal mak mertua.

Akhirnya meletus tawa Iskandar. Aku tarik buku planner menghadang wajah aku dari terus dipandangnya. Malu gila!

"Malu sangat ke? Takkan tak ada orang lain yang pernah tanya soalan ni kat awak?"

The Ella's : Ini Hidup Aku (NO-EDIT/RAW - On Hold)Where stories live. Discover now