Hyunjin berjalan dengan senyuman yang melebar. Dirinya gembira setelah membayar makanan buat Jihee tadi.
Niat asalnya tadi dia mahu ke tandas, tetapi mungkin nasibnya baik kerana dia sempat melihat Jihee dan rakannya berjalan ke arah snack bar sekolah. Terus sahaja kakinya dengan ringan melangkah ke sana.
"Hari yang baik," ujarnya.
Namun senyumannya mati bila ada seseorang berdiri di hadapannya.
"Hyunjin ah," seorang pelajar perempuan cuba meraih tangannya.
"Kau nak apa?" tangannya ditarik.
"Saya ada benda nak cakap," ujar gadis bertanda nama Kim Chaewon itu.
Hyunjin mengetap bibirnya. Dia memandang sekeliling sebelum lengan Chaewon yang berlapik dengan uniform sekolah itu ditarik ke arah sebuah kelas kosong di hujung blok.
"Cakap cepat. Kawan-kawan aku tengah tunggu aku kat kafe," dia melepaskan Chaewon lalu menutup pintu.
"Saya mengandung," ujar gadis itu.
"Tch, tahniah. Tu je kau nak cakap? Buang masa betul lah," dia ketawa sinis sebelum berjalan ke pintu.
"Dia anak awak Hyunjin ah,"
Langkah Hyunjin terhenti. Dia kembali menghampiri Chaewon.
"Kau cakap apa? Anak aku?"
Chaewon mengangguk.
"Ya. Kandungan saya dah enam minggu. Enam minggu lepas awak yang sentuh saya malam tu," lengan Hyunjin dipegang.
"Tch, yaa. Aku ni tak bodoh tau. Aku tak pernah sentuh perempuan tanpa protection. Kau jangan nak buat cerita," lengannya direntap kuat dan tubuh Chaewon ditolak perlahan.
"Saya tak buat cerita. Ni memang anak awak. Tolonglah percaya," air mata Chaewon sudah pun mengalir.
Hyunjin mendengus kasar.
"Berapa? Berapa kau nak? Aku bayar," soalnya.
"Saya tak nak duit awak. Saya cuma nak awak bertanggungjawab je,"
"Gila. Kau cermin diri kau dulu Chaewon ah. Perempuan macam kau ni mana sesuai dengan aku. Rumah kau tu, kalau bukan sebab aku nak kan kau. Tak ingin lah aku jejak. Jijik," ujar Hyunjin selamba.
"Hyunjin ah, sampai hati awak,"
Hyunjin membuka beg dompetnya dan kesemua wang yang berada di dalamnya dikeluarkan.
"Kau ambil duit ni, kau pergilah gugurkan atau buat lah apa yang patut. Rasanya dah lebih dari cukup. Jangan cari aku lagi lepas ni dan jangan berani nak bercakap tentang ni dengan sesiapa. Kalau tak, kau tahu lah nasib kau dan keluarga kau yang berniaga kat pasar tu,"
Wang tadi dicampak ke muka Chaewon sebelum dia berjalan keluar dari kelas tersebut. Chaewon yang ditinggalkan jatuh terduduk.
Air matanya mengalir dengan laju. Tambah sakit bila melihat wang yang bertaburan di lantai. Baru kini dia sedar yang Hwang Hyunjin memang lelaki yang berbahaya seperti apa yang didengarinya saat dia mula berpindah ke situ empat bulan lepas. Dan dia sudah tersilap langkah kerana mempercayai lelaki itu.
***
"Woi, kau tak nak balik ke?"
Hyunjin tersentak dari lamunannya.
"Bila masa Miss Yura keluar?" dia memandang kelas yang hampir kosong.
"Dah sepuluh minit. Seungmin dengan Felix pun dah blah. Kau kenapa?"
Jisung yang sudah siap mengemas barangannya kembali duduk di kerusinya. Hyunjin memandang rakan-rakan sekelasnya yang berjalan keluar. Bila hanya tinggal mereka berdua, barulah dia membuka suara.
"Kim Chaewon,"
"Kenapa dengan Chaewon? Dia nak get back ke? Ah, jangan cakap dia tak tahu rule yang kau guna untuk semua girlfriends kau,"
"Lebih kurang. Tapi tu bukan point penting dia. Ada yang lagi penting," Hyunjin mengusap belakang lehernya.
"Serius sangat kau ni. Ada apa sebenarnya?"
Hyunjin mengetap bibirnya sebelum dia membisikkan sesuatu ke telinga Jisung.
"What the f**k?" Jisung menekup mulutnya.
"Eh bodoh, bukan kau pakai protection ke? Macam mana? Sumpah lah? Weh, aku tak percaya lah. Entah-entah dia nak game kau je," Jisung mula tidak senang duduk.
Risau dengan masalah sahabatnya itu.
"Aku pun rasa macam tu at first. Tapi, bila aku ingat balik, rasanya-,"
Jisung memandang Hyunjin, menanti lelaki itu menghabiskan ayatnya.
"Aku rasa malam tu aku tak pakai,"
"What? Kau biar betul?"
Hyunjin mengangguk.
"Malam tu aku tak rancang pun macam selalu. Kebetulan je aku terserempak dengan dia, aku offer nak hantar dia balik. Lepas tu, bila dia cakap yang parents dia takde kat rumah aku stay kat situ lama sikit. Then, its happened,"
"Kau ni bodoh kan? Tak reti bersabar ke?" kepala Hyunjin ditolak perlahan.
"Eh, peluang depan mata waktu tu. Manalah aku tahu sekali je dia terus boleh mengandung,"
"Tch, tu lah kau. Dulu waktu belajar sains kau tidur,"
"Ah kau, cakap orang. Ni, kau ada cadangan ke tak macam mana nak selesaikan semua ni?"
Jisung menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Jap, kita tanya Seungmin dengan Felix lah. Diorang bijak sikit,"
"Kepala otak kau lah. Nak mampus ke? Tak pasal-pasal aku yang kena nanti. Kau macam tak kenal diorang je,"
Jisung tersengih.
"Kau ada bagi dia duit?"
Hyunjin mengangguk.
"Cukup dah lah tu. Banyak tak kau bagi? Cukup untuk bayar kos klinik?"
"Manalah aku tahu. Bukannya aku pernah pergi gugurkan baby,"
"Betul jugak tu. Hmm, kalau macam tu kau tunggu je lah sampai dia cari kau semula. Kalau dia diam tu, maknanya duit tu cukup," ujar Jisung sambil bangun.
"Okay. Kau memang boleh diharap lah Han Jisung. Tak sia-sia aku cerita pada kau," Hyunjin bangun dan mengemas barangnya.
"Aku datang dengan driver harini. Aku balik dulu lah,"
Mereka melagakan tangan mereka sebelum Jisung berlalu keluar kelas. Hyunjin memakai beg sekolahnya dan dia sempat memandang ke luar tingkap.
"Hujan pula dah,"
YOU ARE READING
Mistake
Fanfiction"Falling in love with you is the biggest mistake I've ever done," Warning (15++) Start| 4/9/2021| End |30/10/2021|