44

120 20 2
                                        

Jihee berdiri di balkoni penthouse itu. Matanya memandang pemandangan bandar Seoul tengahari itu. Matanya dipejam perlahan.

"Noona suka?"

"Suka. Cantik. Saya suka tengok view macam ni. Lagi-lagi bila waktu malam. Cantik sangat sebab banyak lampu,"

Hyunjin tertawa lalu memeluk Jihee dari belakang. Sempat dia mencium kepala gadis kesayangannya itu.

"Kalau suka kenalah datang selalu ke sini," bisiknya.

Jihee segera memusingkan badannya menghadap Hyunjin.

"Okay. Tapi nanti jangan bosan pula sebab saya asyik ke sini," ujarnya dengan senyuman.

Hyunjin ikut tersenyum. Bibir Jihee dicium sekilas.

"Saya takkan pernah bosan dengan Noona. Kalau boleh saya nak stay dengan Noona setiap masa,"

Hyunjin tertawa perlahan sebelum tubuh Hyunjin dipeluk.

"Awak tipu," ujar Jihee sambil membuka matanya.

Dia ingin pergi dari situ namun pinggangnya tiba-tiba dipeluk dari belakang membataskan pergerakannya.

Dia merasakan lehernya dikucup pula. Matanya dipejamkan dan dia mula menikmati segala sentuhan itu.

"Hyunjin," tanpa sedar nama itu meniti di bibirnya.

Dia memusingkan badannya dan membuka mata. Namun dia tersentak saat melihat wajah di hadapannya.

"Jae-Jaehyun,"

Kenapa dia boleh lupa yang dia dan lelaki itu ke penthouse yang dihadiahkan orang tua Jaehyun sempena perkahwinan mereka minggu depan.

"Jae lepas. Saya-,"

"Wae? Tadi awak okay je," soal Jaehyun sambil memgeratkan lagi pelukan pada pinggang Jihee.

"Saya-,"

Jaehyun menghapuskan jarak bibir mereka. Tangannya beralih memegang bahu Jihee. Tubuh Jihee ditolak sehingga melanggar besi penghadang balkoni itu.

"Jae-" Jihee cuba menolak bahu Jaehyun namun tidak berhasil.

"Jaehyun!" jeritannya akhirnya mengehentikan Jaehyun.

Jaehyun memandang Jihee yang matanya sudah berkaca itu.

"Saya nak balik," ujar Jihee sambil menolak Jaehyun dan berjalan pergi dari situ.

"Kenapa? Sebab saya bukan dia?"

Langkah Jihee terhenti.

"Jae,"

Jihee berjalan kembali ke arah Jaehyun.

"Jae, please. Awak je yang boleh batalkan semua ni. Saya tak nak kahwin dengan a-,"

"No Jihee, no. Saya takkan ubah keputusan ni. Saya takkan lepaskan awak lagi. Cukuplah dulu saya pernah buat kerja bodoh sebab duakan awak dan biarkan awak jadi kekasih lelaki tak guna macam dia,"

"Jae-,"

"Jom. Taeyong Hyung dah tunggu kita,"

Jaehyun melangkah ke arah pintu. Jihee tiada pilihan lain selain menurut. Dia tahu dia sudah tiada peluang lagi untuk menhentikan semua ini.

***

Hyunjin menuang lagi soju ke dalam gelas lalu meneguknya rakus. Sisa di tepi bibirnya dibiarkan.

"Saya rindu Noona," ujarnya perlahan.

Seminggu dia mengabaikan gadis itu. Semuanya begitu susah buatnya. Berpisah dengan gadis kesayangannya.

Namun apakan daya, dia sedar diri. Dia terlalu banyak membuat gadis itu terluka dengan perbuatannya.

Tangannya mencapai sampul putih yang sejak tadi berada di atas meja. Dia membuka dan mengeluarkam isinya.

Sekeping kad undangan.

Kad undangan yang tertulis nama Jihee dan Jaehyun.

Jaehyun sendiri yang datang ke pejabatnya tengahari tadi dan menyerahkannya.

"Aku harap kau datang. Supaya kau boleh tengok sendiri yang gadis pujaan kau jadi milik aku. So, kau akan sedar diri dan takkan ganggu dia lagi,"

"Arghhh!"

Botol-botol soju di hadapannya ditolak sehingga jatuh ke lantai. Habis bersepah kaca di lantai.

"Saya kena lepaskan Noona betul-betul ke kali ni?" Soalnya perlahan.

"Noona,"

Hyunjin menekup kedua tangan ke wajahnya dan dia menangis.

"Macam mana saya nak tengok Noona kahwin dengan lelaki lain?"

"Aniya Hyunjin ah. Kau boleh. Kau kena datang juga," dia ketawa pula.

Dengan tubuh yang sedikit tidak stabil, dia bangun dari kerusi. Matanya memandang kaca-kaca di lantai.

"Argh, aku kena bersihkan,"

Dia melutut di lantai dan memngutip kaca tadi.

"Ugh,"

Jarinya berdarah bila memegang serpihan kaca itu. Darah menitik ke lantai.

"Sakit. Sakit sangat," rintihnya.

Fikirannya mula membayangkan Jihee dan Jaehyun berpakaian pengantin sedang berdiri di altar sambil tersenyum lebar.

"Noona, sakit sangat. Sakit," air matanya mengalir lagi.

Mistake Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang