37

118 16 7
                                    

Jihee memandang pintu bilik hotel di hadapannya itu. Sepatutnya dia sekarang menyertai rakan kerjanya yang lain untuk makan malam dan bersiar-siar di Pulau Jeju itu namun dia menolak dengan alasan dia ingin berehat. Sedangkan sebenarnya dia ingin menemui Hyunjin yang juga tidak menyertai aktiviti mereka malam itu.

Sejak dari awal pagi di lapangan terbang tadi sehinggalah sudah tiba di situ, Hyunjin melayannya dingin sekali. Tidak seperti selalunya.

"Cik Jihee?"

Jihee tersentak dan menoleh. Dilihatnya Hyunjin dengan seluar pendek dan hoodie sedang berdiri di hadapannya. Di tangan lelaki itu ada plastik berisi beberapa botol soju.

"Cik Jihee buat apa kat depan bilik saya?"

Jihee mengetap bibirnya. Entah kenapa hatinya sedikit terasa dengan perubahan panggilan namanya dari Hyunjin itu.

"Saya–,"

"Ada hal penting ke?" soal Hyunjin lagi.

"Saya nak join awak minum boleh?"

Jihee mula mengutuk diri sendiri setelah mengeluarkan soalan itu.

"Mianhei. Lupakan apa yang saya cakap. Saya pergi dulu,"

Jihee berpaling dan saat itu juga lengannya ditahan.

"Masuklah,"

Pintu bilik Hyunjin sudah dibuka oleh lelaki itu sendiri.

Dan sekarang mereka sedang duduk di koridor bilik yang menghadap laut sambil menikmati minuman yang dibeli Hyunjin itu. Namun keduanya masih diam tanpa sebarang suara.

"Saya–,"

"Kenapa–,"

Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Cik Jihee cakap dulu,"

"Cik Jihee?"

"Wae? Cik Jihee baru bertunang kan, belum kahwin lagi? Takkan nak panggil Puan pula?"

"Bukan tu maksud saya. Selama ni awak panggil saya Noona je bila kita kat luar waktu kerja,"

"Itu dulu. Cik Jihee kan yang minta kita sebagai rakan kerja je, tak lebih dari tu,"

"Hyunjin, saya—,"

Dia melihat Hyunjin yang menuang minuman ke dalam gelas dan meneguknya. Perbuatan itu diulang sehinggalah hampir dua botol kini kosong.

"Yaa! Perlahan-lahan lah!"

Jihee menahan tangan Hyunjin yang ingin meneguk lagi minuman itu.

"Saya beli ni memang untuk saya semuanya. Jadi tak jadi masalah pun kalau saya habiskan semuanya," tangan Jihee ditolak perlahan sebelum dia meneguk minuman itu.

Jihee mengeluh perlahan. Hyunjin nampak sangat lain malam itu.

"Hyunjin dah! Banyak sangat awak minum ni!"

Kali ini dia merampas gelas di tangan lelaki itu lalu diletakkan di atas meja. Dia duduk melutut dan memegang kedua pipi Hyunjin.

"Yaa, awak dah mabuk ni," pipi Hyunjin ditepuk perlahan.

"Ani, saya tak mabuk. Saya sedar lagi,"

"Saya bawa awak masuk dalam,"

Jihee ingin berdiri bagi membantu Hyunjin bangun namun lengannya direntap sehingga dia terjatuh di pangku lelaki itu.

"Saya cakap saya tak mabuk maksudnya saya tak mabuk,"

Jihee mengeluh.

"Okay fine! Tapi awak patut berhenti minum. Dah banyak sangat awak minum tadi. Dan lagi satu, lepaskan saya," tangan Hyunjin cuba dialihkan dari pinggangnya.

Hyunjin menggeleng. Kepalanya diletakkan di atas bahu Jihee. Dan tidak lama selepas itu esakannya kedengaran.

"Awak menangis ke Hyunjin?" soal Jihee risau.

"Wae? Wae Cik Jihee datang bilik saya malam ni? Saya nak abaikan Cik, saya nak letakkan batas dalam hubungan kita macam yang Cik nak. Tapi kalau Cik Jihee datang pada saya macam ni, macam mana saya nak buat semua tu?" soal Hyunjin tanpa mengangkat wajahnya.

Jihee diam. Tanpa sedar matanya juga mulai berkaca.

"Hyunjin ah, pandanglah saya," dia menolak sedikit bahu lelaki itu.

Kini mereka saling bertatapan. Jihee memegang pipi lelaki itu.

"Saya minta maaf sebab cakap macam tu pada awak. Saya cuma takut yang saya akan jatuh pada awak semula. Saya–,"

Hyunjin menempelkan bibirnya pada bibir Jihee menyebabkan gadis itu tidak dapat menghabiskan ayatnya. Pelukan pada pinggang Jihee dikemaskan lagi dan Jihee juga mula memeluk lehernya erat.

Lama mereka begitu sehinggalah Jihee menolak dadanya perlahan.

"Mianhei Cik Jihee,"

Dia menurunkan Jihee dari pangkunya dan bangun sambil meraup wajahnya.

"Yaa, lepas apa yang awak buat tadi awak masih panggil saya macam tu?" Jihee berdiri di hadapan Hyunjin dengan wajah berangnya.

"Saya rasa Cik Jihee patut pergi sebelum saya tak boleh kawal diri saya," ujar Hyunjin.

"Saya takkan keluar selagi awak panggil saya macam tu,"Jihee bertegas.

"Saya cakap keluar Cik Jihee. Saya betul-betul warning Cik sekarang,"

Jihee tidak mengendahkan amaran lelaki itu. Hyunjin tertawa perlahan sambil berjalan rapat ke Jihee.

"I already warned you Miss Jihee. So whatever happen after this, it's all your fault,"

Tanpa sebarang amaran Hyunjin terus mencempung tubuh Jihee masuk ke dalam dan ke katil. Tubuh Jihee dibaringkan lalu dia terus menutup pintu gelangsar yang memisahkan ruangan bilik dan koridor.

Kemudian di ke katil semula dan menindih tubuh Jihee. Bibirnya terus disatukan dengan bibir Jihee dan mereka mulai hanyut dalam dunia mereka.


























Any words for Jihee and Hyunjin???

Mistake Where stories live. Discover now