"Kau dah kenapa tersenyum-senyum?"
Hyunjin yang mendengar soalan Jisung itu automatik bangun dari pembaringannya. Dia duduk memandang sahabatnya yang juga merupakan pemilik apartment tempat mereka melepak sekarang.
"Aku rasa aku dah jatuh cinta," ujar Hyunjin.
Jisung memandang sahabat baiknya itu tidak percaya sebelum dia mula ketawa kuat. Suaranya memenuhi ruang tamu rumahnya saat itu.
"Kelakar ke?" soal Hyunjin tidak puas hati.
"Kelakarlah bila ayat tu keluar dari mulut buaya macam kau,"
Seungmin yang baru tiba dari dapur itu meletakkan piring yang berisi hirisan epal yang baru dipotongnya.
"Haish, tak guna," Hyunjin mendengus bila sedar dia kini sedang diperli oleh Seungmin.
"Tapi kan aku perasan yang kau sekarang macam tak berapa mengganas je. Dah pencen ke encik buaya?" soal Jisung.
"Pencen apa? Dia tengah aim seseorang lah tu," ujar Felix yang dari tadi hanya diam.
"Siapa?" soal Seungmin.
"Jiran kau tu lah Seungmin ah," balas Felix.
"Jihee Noona?"
Felix mengangguk.
"Jihee Noona? Siapa? Kenapa aku tak kenal pun?" soal Jisung.
Felix mengeluh perlahan sebelum memberitahu sesuatu kepada Jisung.
"Ah, yang bercakap dengan Seungmin haritu? Wah, sebulan lepas punya cerita tu. Lama juga eh kau menunggu,"
"Aku sanggup tunggu selama mana pun. Asalkan aku boleh dapat," ujar Hyunjin dengan senyuman.
Dan senyumannya itu membuatkan Seungmin mula rasa tidak senang hati.
"Yaa, kalau kau ada niat nak mainkan Jihee Noona, lupakan. Aku takkan izinkan kau sakitkan hati dia," Seungmin memberi amaran.
Jisung dan Felix sudah memandangnya pelik. Pertama kali Seungmin ambil kisah bila Hyunjin bercerita tentang perempuan.
"Tak kawan. Kali ni aku serius, aku betul-betul jatuh cinta. Aku takkan sakitkan sesiapa," bahu Seungmin ditepuk.
"Boleh percaya ke?"
"Yaa, kau pernah ke tengok aku bertahan lebih dari seminggu takde perempuan? Ni, dah dekat sebulan tau aku single," Hyunjin cuba meyakinkan sahabat-sahabatnya.
"Baguslah kalau kau serius. Kalau kau main-main, siap kau aku kerjakan," ujar Seungmin.
"Yaa, yang kau lebih-lebih ni. Kau suka Jihee Noona juga ke?" soal Jisung.
Seungmin menggeleng.
"Dia tu dah macam kakak aku lah. Aku tak nak lah dia terluka sebab kawan aku sendiri,"
Jisung mengangguk faham.
"Okay, memandangkan kita tengah bercakap tentang ni. Apa kata korang bagi idea macam mana nak pikat Jihee Noona,"
***
"Kau kenapa?"
Jihee mengangkat wajahnya dan memandang Yuju.
"Kenapa?" soalnya kembali.
Yuju menggelengkan kepalanya.
"Tu. Makanan kau tu dari tadi tak terusik. Kau ada masalah ke?"
Jihee memandang tray makanannya. Memang benar nasinya masih banyak sedangkan sudah lama mereka berada di situ.
"Takde lah. Aku macam takde selera lah," ujar Jihee.
"Sebab?"
Dia mengangkat kedua bahunya.
"Waktu kau break dengan Jaehyun haritu pun kau tak macam ni tau," ujar Yuju lagi.
"Yaa, tak payahlah sebut nama dia," Jihee menjeling Yuju geram.
"Mianhei," Yuju tersengih.
"Yuju ah, aku nak pergi tandas lah. Takpe kan aku tinggal kau kat sini?"
Yuju mengangguk.
"Aku pun nak pergi jumpa Younghoon sekejap lagi," balasnya.
"Okay, jumpa kat kelas nanti,"
Jihee bangun dan terus ke tempat meletak tray makanan. Setelah itu dia mencuci tangannya dan terus berjalan pergi dari kafeteria.
"Noona!"
Di hadapannya kini ada Seungmin dan kawan-kawannya yang sepertinya baru ingin menikmati makanan tengahari mereka.
"Eo, Seungmin annyeong," dia tersenyum nipis.
Matanya memandang ke arah Hyunjin yang berdiri di belakang Seungmin. Lelaki itu hanya beriak biasa sahaja.
"Dah siap makan?"
Jihee mengangguk.
"Noona nak ke tandas. Jumpa lagi nanti,"
dia terus pergi dari situ."Kenapa dengan kau ni Jihee? Takkan sebab dia tak tegur kau, kau nak sakit hati pula," dia mengetuk kepalanya perlahan.
Masuk hari itu, sudah hampir dua minggu Hyunjin tidak mengganggunya seperti selalu. Kali terakhir mereka bercakap adalah di perpustakaan tempoh hari.
"Takkan sebab aku tahu dia playboy, dia terus jauhkan diri dari aku?"
"Aniya,"
"Omo!"
Dia berpaling dah Hyunjin sudah berdiri di belakangnya.
"Awak buat apa kat sini?" soalnya.
"Noona tu buat apa? Tadi kata nak ke tandas,"
Jihee memandang sekeliling. Dia kini sedang berada di hujung blok di mana stor berada. Dan dia sudahpun melepasi kawasan tandas pelajar.
"Saya-,"
"Noona fikir apa sampai berjalan pun dah tak tengok kiri kanan?" Hyunjin mengusap kepala Jihee.
"Fikirkan saya kan?" dia menunduk menyebabkan wajah mereka makin hampir.
"Kenapa saya jarang nampak awak dua minggu ni?" soal Jihee jujur.
"Noona rindukan saya?"
"Aniya. Saya cuma-,"
"Cuma?"
"Pelik. Sebab awak tak ganggu saya macam selalu,"
"Argh, saya sibuk sebab Miss Yura nak buat ujian bulanan. Appa saya ugut nak sekat kad kredit saya kalau saya gagal,"
Jihee hanya mengangguk.
"Tapi ujian tu baru je tamat dua hari lepas. Dan sekarang saya dah tak sibuk,"
Hyunjin memaut pinggang Jihee menyebabkan kedudukan mereka makin dekat.
"Yaa, nanti orang nampak lah," Jihee cuba mengalihkan tangan Hyunjin.
"Kalau macam tu, kita pergi kat tempat orang takkan nampak,"
"Yaa!"
Jihee menjerit bila Hyunjin menariknya ke bahagian bawah tangga. Kedudukan mereka memang sangat rapat saat itu sehingga dia dapat merasakan hembusan nafas Hyunjin.
"Hyunjin ah," Jihee mendongak memandang lelaki yang lebih tinggi itu.
"Noona, saya tak tipu. Dua minggu ni saya memang asyik teringatkan Noona je," kata Hyunjin sambil mengusap pipi Jihee.
"I miss you Noona,"
Hyunjin merapatkan wajah mereka dan bibir mereka hampir bertemu-
"Waktu rehat dah nak habis. Awak patut pergi makan makanan tengahari awak,"
Hyunjin tersentak dengan tolakan kuat Jihee. Gadis itu juga sudah keluar dari bawah tangga dengan pipi yang memerah.
"Haish,"
YOU ARE READING
Mistake
Fanfiction"Falling in love with you is the biggest mistake I've ever done," Warning (15++) Start| 4/9/2021| End |30/10/2021|