45 (Finale)

226 22 29
                                    

Jihee memandang wajahnya yang sudah selesai disolek itu di pantulan cermin. Solekan itu nampak cantik di wajahnya dan mungkin akan lebih cantik jika dia nampak gembira.

Bunyi pintu dibuka menyebabkan dia menoleh.

"Yuju,"

Sahabatnya itu berjalan masuk dan menghampirinya. Mereka segera berpelukan.

"Yaa, kau kenapa?"

Yuju menyoal cemas bila mendengar esakan kecil Jihee.

"Yuju, dia memang tak sayangkan aku," ujar Jihee.

"Siapa?"

"Hyunjin," ujar Jihee.

Yuju mengeluh. Dia sudah tahu semuanya dari Jihee sendiri. Tentang hubungan sahabatnya itu yang disorok dari semua orang.

"Jihee, dah lah tu. Lupakan dia okay? Kalau dia sayangkan kau, dia akan usaha untuk dapatkan kau dengan cara macam mana sekali pun. Tengok sekarang, dia langsung tak cari kau. Maksudnya dia pun dah mengalah," bahu Jihee diusap.

"Kau rasa dia tak sayangkan aku?" Soal Jihee.

"Bukan tak sayang. Maybe dia pun dah sedar yang jodoh korang memang tak panjang,"

Jihee mengetap bibirnya. Sungguh berat hatinya untuk bersetuju dengan pendapat Yuju itu.

"Jihee, aku kawan kau. Aku harap sangat kau boleh bahagia macam orang lain," tangan Jihee digenggam erat.

Jihee mengangguk dan cuba untuk tersenyum.

"Gomawo,"

"Jihee dah siap?" Jisoo muncul dari luar.

"Dah,"

Jisoo menghampiri mereka. Kesan air mata Jihee disapunya.

"Unnie harap sangat Jihee boleh bahagia dengan perkahwinan ni. Maybe ini memang yang terbaik untuk Jihee," ujar Jisoo.

Jihee mengangguk dan tersenyum nipis.

"Jom, dah nak mula dah,"

Jihee bangun. Dengan diiringi Jisoo dan Yuju dia mula keluar dan berjalan ke dewan utama. Taeyong sudah menunggunya.

"Jihee," Taeyong menghulurkan tangannya.

Jihee menyambut dan menggeggam erat tangan abangnya kemudian mereka mula berjalan ke arah altar diiringi dengan alunan muzik. Sampai sahaja di hadapan Jaehyun dan seorang paderi, Taeyong melepaskan tangan Jihee.

Seiisi dewan kini mulai fokus dengan acara penting yang bakal bermula.

"Sebelum saya mula, ada sebarang bantahan dengan perkahwinan ni?" soal paderi tersebut.

Tiada jawapan.

"Nampak gayanya tiada bantahan. Jadi kita boleh mula,"

"Saya. Saya nak bantah perkahwinan ni,"

"What?"

"Yaa!"

Orang ramai mula bising dengan bantahan tersebut.

"Jaehyun. Awak cakap apa ni?" Jihee memandang Jaehyun seakan tidak percaya.

"Saya nak batalkan perkahwinan ni. Omma, Appa mianhei. Tapi Jae tak boleh nak teruskan semua ni," Jaehyun memandang ke arah orang tuanya.

"Jae tak boleh nak kahwin dengan orang yang tak cintakan Jae," sambungnya lagi.

"Jaehyun-," Jihee menahan air matanya.

Mistake Where stories live. Discover now