01

460 35 9
                                    

"Siapa tu?"

Felix memandang ke arah Hyunjin sebelum dia kemudiannya ikut memandang ke arah yang dilihat Hyunjin.

Kelihatan Seungmin, rakan mereka sedang berbual bersama seorang pelajar perempuan.

"Entah, kawan dia mungkin," balas lelaki itu sebelum kembali membaca komik di tangannya.

Hari itu merupakan hari perlawanan bola sepak antara sekolah mereka iaitu Sekolah Tinggi Saebeom dan Sekolah Sukan Seungri. Semua pelajar diminta untuk berada di padang bagi memberi sokongan kepada pasukan sekolah.

Hyunjin dan tiga lagi rakannya mengambil tempat di bahagian kiri tangga padang yang mempunyai sebuah pokok besar di atasnya. Boleh lah buat berteduh.

"Siapa tu?" soal Hyunjin lagi sekali.

Kali ini kepada Seungmin yang sudah pun kembali menyertai mereka.

"Jiran aku," balas Seungmin.

"Cantik. Budak kelas mana? Budak baru ke?" soal Hyunjin lagi.

Jisung sudah menahan senyumannya. Kenal sangat dengan perangai Hyunjin itu. Pantang nampak perempuan cantik, mesti dia nak cuba.

"Yaa, dia senior kita lah. Lagipun dia dah ada boyfriend, memang tak lah dia nak layan kau," ujar Seungmin.

Felix dan Jisung ketawa perlahan manakala Hyunjin menarik wajah mencuka.

"Baru boyfriend, bukannya suami," ujarnya.

"Lupakan je lah niat kau. Tu kau patut terima peminat-peminat kau tu. Jangan kacau girlfriend orang,"

Hyunjin memandang ke bahagian kanan mereka. Beberapa pelajar perempuan sedang tersenyum-senyum memandangnya.

"Ah mengarut. Aku nak pergi toilet, korang nak ikut?" Hyunjin berdiri sambil memandang satu persatu kawan-kawannya.

Felix yang masih fokus dengan komiknya menggelengkan kepala. Jisung juga terus menatap skrin telefon bimbitnya dan Seungmin, lelaki itu sedang mendengar lagu sambil telinganya tersumbat earphone.

"Tch,"

Hyunjin berjalan pergi dari situ sendiri. Dia masuk ke bangunan kompleks sukan sekolah dan menuju ke bahagian bilik persalinan atlet sekolah untuk menggunakan tandas di situ. Dia malas mahu ke tandas pelajar di bangunan sekolah yang sedikit jauh.

"Jaehyun!"

Langkah kaki Hyunjin terhenti.

"Macam mana boleh ada perempuan kat bilik persalinan lelaki?" dia tersenyum sinis.

Kakinya kembali melangkah ke arah di mana loker berada. Dia menyorok di sebalik dinding dan cuba mengintai.

"Eh, dia?"

Perempuan tadi. Perempuan yang bersama Seungmin tadi sedang berdiri di sana dengan seorang pelajar lelaki. Mereka seperti sedang bergaduh.

"Drama free," dia tersenyum.

***

"Jaehyun!"

"Apa lagi Jihee?" soal Jaehyun kasar.

"Kenapa awak tipu? Awak cakap awak takde apa-apa dengan dia," soal gadis yang bernama Jihee itu.

"Kau percaya?" soal Jaehyun.

"Kau tengok diri kau lah Jihee. 24 hours kau sibuk belajar. Seminggu berapa kali je kita keluar berdua? Kau sibuk belajar nak jadi budak pandai. Baik kau tak payah bercinta,"

"Tapi Jaehyun, kita kan senior year. Takkan lah kita nak main-main lagi,"

Dang!

Bahu Jihee sedikit terhinjut bila Jaehyun memukul kuat locker di hadapannya.

"Main-main? Yaa, kau nak kata yang kita keluar selama ni, kita bercinta ni, benda yang sia-sia macam tu?" Jaehyun memandang Jihee tajam.

"Bukan. Maksud saya-"

"Dah lah Jihee. Kau memang membosankan. Kau teruskan lah jadi budak baik, budak cemerlang yang tahu belajar je setiap masa. Kita putus,"

"Jaehyun!"

Jihee menahan lengan lelaki itu.

"Saya minta maaf. Saya sayangkan awak. Saya janji, saya akan cuba luangkan lebih banyak masa dengan awak lepas ni. Jangan tinggalkan saya," Jihee bersuara seakan merayu.

Jaehyun mengeluh perlahan sebelum menarik tangannya.

"Dah terlambat Jihee. Kau dah nampak kan tadi aku dengan Yeri tadi?"

"Tapi kenapa dia? Dia kawan sekelas saya,"

"Sebab dia tak membosankan macam kau," usai menghabiskan ayatnya, Jaehyun berlalu pergi dari situ.

Jihee jatuh terduduk bersama air matanya. Dia tidak menyangka hubungannya dan Jaehyun akan berakhir seperti ini.

Kalaulah dia tidak menangkap lelaki itu berciuman bersama Yeri di situ tadi, pasti sampai bila-bila dia tidak tahu lelaki itu berlaku curang di belakangnya.

"Gwaenchanha?"

Jihee mendongak bila mendengar satu suara asing. Seorang pelajar lelaki sedang berdiri dan memandangnya bersama sebuah senyuman kecil.

Jihee dengan cepat berdiri dan membetulkan pakaiannya. Air matanya juga disapu.

"Chamkaman," lengannya ditahan saat dia melepasi lelaki itu.

Tangan lelaki itu dengan selamba mengusap kesan air mata di pipinya.

"Jangan bazirkan air mata untuk lelaki tak guna macam tu,"

Jihee terdiam dan hanya membiarkan lelaki asing itu mengusap pipinya. Sehinggalah dia menarik kembali tangannya.

"Saya harap kita akan berjumpa lagi lepas ni Noona cantik,"

Mistake Where stories live. Discover now