15

148 21 4
                                    

Five Months Later

"Noona!"

Jihee tersenyum melihat Hyunjin yang berada di taman permainan itu. Dengan pantas dia berlari dan mendapatkan lelaki itu.

"Hyunjin ah," Jihee memeluk tubuh lelaki itu.

Memang kebiasaannya mereka akan bertemu di taman permainan itu sekiranya mereka tidak berjumpa selepas tamat waktu sekolah.

"Taeyong Hyung tahu tak Noona datang sini?" soal Hyunjin bila Jihee meleraikan pelukan.

Gadis itu masih lagi dalam uniform sekolahnya. Maklum lah, baru balik dari sesi ulang kaji malam.

"Taeyong Oppa belum balik. Ada event dengan client," ujar Jihee.

"Kalau saya tahu baik kita jumpa dekat depan rumah Noona je. Tak payah Noona penat-penat datang sini," kepala Jihee diusap.

"Gwaenchanha. Lagipun kalau jumpa kat depan rumah tak boleh peluk. Nanti Ahjuma nampak,"

Hyunjin ketawa kecil sebelum menarik tangan Jihee untuk duduk di bangku yang tersedia di situ.

"Tengok saya beli apa. Tadaa!"

"Yaa, Hwang Hyunjin,"

Jihee menekup mulutnya.

"Kan Noona ada cakap teringin nak makan macaroons. Jadi saya beli lah,"

Dia meletakkan bekas berisi manisan itu di atas pehanya lalu membukanya.

"Saya baru ingat nak pergi beli dengan Yuju esok,"

"Buat apa? Biar Yuju sunbae pergi makan dengan boyfriend dia. Noona dengan saya,"

Hyunjin mencapai sebiji macaroon dan menyuapnya ke mulut Jihee.

"Sedap?"

Jihee mengangguk.

"Makan manisan lepas penat belajar adalah idea yang baik," ujarnya.

Hyunjin tersenyum dan menyuap gadis itu lagi.

"Awak makan lah juga,"

Jihee menahan tangan Hyunjin yang mahu menyuapnya buat kali ketiga.

"Saya beli untuk Noona kan? Noona lah makan,"

Jihee menggeleng.

"Awak pun kena makan,"

Hyunjin akur dan memasukkan macaroon tadi ke mulutnya. Habis sahaja manisan tersebut, mereka menikmati pula susu pisang yang turut dibawa Hyunjin.

Jihee duduk melentokkan kepalanya ke bahu Hyunjin. Sebelah tangan lelaki itu memeluk pinggangnya manakala sebelah lagi memegang minuman.

"Noona makin busy sekarang,"

Jihee yang mendengar itu memandang sekilas wajah Hyunjin.

"Awak tahu kan ni tahun terakhir saya. Mianhei sebab dah jarang dapat luangkan masa dengan awak,"

"Tahun akhir? Ruginya saya kan sebab tak kenal Noona lebih awal,"

Jihee tergelak kecil.

"Pelik kan? Awak selalu datang rumah Seungmin dari dulu lagi. Tapi baru sekarang kita jumpa,"

"Tapi at least kita berjumpa. Kalau tak rugilah Noona sebab tak kenal lelaki sekacak saya,"

"Ish, tak habis-habis," lengan Hyunjin dicubit.

Lelaki itu hanya ketawa.

"Lepas Noona tamat sekolah, kita tetap akan jumpa kan?"

Jihee mengangguk.

"Mestilah. Melainkan awak tiba-tiba jadi buaya balik dan lupakan saya,"

"Tch, takkan lah. Kan saya dah janji," Hyunjin memandang Jihee di sisinya.

"Saya harap janji awak tu boleh pakai lah,"

"Noona masih ragu-ragu dengan saya? Walaupun dah hampir lima bulan kita bercinta? Hmm?"

Jihee mengetap bibirnya. Rasa serba salah pula bila mendengar nada suara lelaki itu. Dia pantas melepaskan pelukan Hyunjin pada pinggangnya. Kini dia duduk menghadap lelaki itu.

"Mianhei. Saya takde niat nak buat awak terasa atau sakit hati,"

"Saya terasa tahu tak?" Hyunjin memuncungkan bibirnya.

"Ala, sorry lah. Saya minta maaf okay?" tangan Hyunjin dipegang.

"Minta maaf je?" soal Hyunjin.

"Ni," Hyunjin menunjuk ke arah bibirnya.

"Yaa, awak sengaja kan?" soal Jihee geram.

Hyunjin hanya tersenyum.

"Palli,"

Jihee tergelak kecil sebelum dia mendekat dan mencium bibir lelaki itu sekilas.

"Tu je?"

"Ya lah. Esok sekolah tau Hwang Hyunjin. Awak patut balik," Jihee sudah bangun.

"Saya hantarkan Noona jom,"

Jihee menggeleng.

"Ahjusi tunggu saya kat 7E sana," ujar Jihee.

Hyunjin mencebikkan bibirnya.

"Okay lah kalau macam tu. Jumpa esok," kepala Jihee diusap.

"Okay. Jumpa esok Hyunjin ah,"

***

"Apa ni?" Jihee menyambut sampul surat pemberian Younghoon.

"Tengok lah," ujar Yuju yang duduk di sisi kekasihnya itu.

Hari itu mereka bertiga rehat di taman sains sekolah dengan menikmati bekal makanan yang dibawa Yuju.

"Birthday kau Younghoon? Ah, aku hampir lupa,"

Jihee meneliti kad undangan majlis hari jadi di tangannya itu. Lagi tiga hari majlis itu bakal berlangsung.

"Datang tau. Bawa boyfriend kau sekali," kata Younghoon.

"Boleh ke?" soal Jihee.

Younghoon tersenyum dan mengangguk.

"Bawa je lah. Orang lain pun mesti datang bawa pasangan masing-masing,"

Jihee mengangguk.

"Kau dengan dia okay je kan? Dia betul-betul dah berubah kan?" soal Yuju.

"Ya Yuju. Seungmin pun kata yang Hyunjin dah jarang layan perempuan kat dalam kelas,"

Yuju dari dulu sentiasa mengambil tahu perkembangan hubungan Jihee dan Hyunjin. Bukan apa, dia risaukan sahabat baiknya itu. Ya lah, Hyunjin itu playboy. Takut jika dia melakukan hal yang sama seperti apa yang pernah Jaehyun lakukan dulu.

"Baguslah kalau macam tu. Aku harap dia tak balik ke perangai lama dia lah,"

Jihee hanya tersenyum. Dia juga mengharapkan yang sama. Dia sudah terlalu sayangkan Hyunjin dan tidak mahu berpisah dengan lelaki itu.

"Rehat dah nak habis. Jom balik kelas,"

Younghoon yang bangun terlebih dahulu menghulurkan tangan pada Yuju. Jihee hanya tersenyum melihat pasangan itu yang mula berjalan di hadapannya.

Dia kemudian mengambil bekas makanan mereka tadi dan mengikut langkah pasangan itu untuk ke kelas.

Mistake Where stories live. Discover now