"Awak okay?" soal Jihee.
"Hmm,"
Hyunjin masih fokus dengan telefon bimbitnya. Sudah hampir setengah jam mereka berdua di taman itu namun lelaki itu langsung tidak mengendahkannya.
Jihee mengeluh perlahan. Sudahlah dia baru sahaja pulang dari ulang kaji bersama Yuju dan Younghoon, penat pun belum hilang. Tapi disebabkan semalam sudah berjanji untuk berjumpa dengan Hyunjin, dia tetap ke situ.
Dan sekarang lelaki itu mengabaikannya. Entah apa yang ditonton di telefon bimbit itu, dia sendiri tidak tahu.
"Awak memang nak diam je ke?" soal Jihee lagi.
"Noona nak saya cakap apa?"
Dia masih fokus pada telefon bimbinya.
"Hyunjin, awak tak tahu kan saya baru balik dari rumah Yuju? Penat saya belum hilang tau. Sekarang ni awak pula layan saya macam ni,"
Hyunjin masih diam. Dan itu membuatkan Jihee makin sakit hati. Dia terus bangun dan berjalan pergi dari situ.
"Haish,"
Hyunjin mengusutkan rambutnya sebelum dia bangun dan mengejar langkah gadis itu.
"Noona!" lengan Jihee disambarnya.
"Lepaslah," Jihee cuba menarik tangannya kembali.
"Noona mianhei,"
Hyunjin sudah berdiri di hadapan gadis itu.
"Saya minta maaf okay?" wajah Jihee dipegang.
"Saya nak balik," Jihee menolak tangan Hyunjin.
Baru beberapa tapak dia melangkah, tubuhnya dipeluk dari belakang. Dia dapat merasakan hembusan nafas Hyunjin di belakang lehernya.
"Mianhei. Jeongmal mianhei. Hmm?"
Jihee memejamkan matanya. Rasa penatnya tadi bagaikan hilang di dalam kehangatan pelukan Hyunjin.
"Saya buat Noona sedih ke?" bisik lelaki itu di telinganya.
Jihee pantas membuka mata dan memusingkan badannya. Tangannya dengan pantas menampar bahu Hyunjin.
"Perlu ke tanya lagi?"
Hyunjin tertawa perlahan. Wajah Jihee dipegang dan mereka mula berciuman di bawah lampu jalan. Hyunjin menolak tubuh Jihee sehingga gadis itu tersandar di tembok yang berada di sepanjang jalan itu.
"Awak ada masalah ke?" soal Jihee bila tautan bibir mereka terlerai.
Hyunjin diam. Kata-kata Jisung di sekolah tadi bermain di fikirannya.
"Kau tahu kan Jaehyun sunbae tu macam mana. Aku yakin Jihee Noona tak salah. Kau jangan ikutkan kepala kau sangat. Jangan tambahkan masalah korang pula. Jihee Noona tu dah lah tengah busy dengan preparation exam dia,"
"Hyunjin, saya tanya ni," lengannya disentuh.
"Takde lah. Saya okay je. Mianhei sebab tak layan Noona tadi," kepala Jihee diusap lembut.
Jihee tersenyum sebelum dia memeluk Hyunjin dan merehatkan kepalanya di dada lelaki itu.
"Saya penatlah Hyunjin. Pagi petang siang malam kena hadap buku," adunya.
"Sabarlah Noona. Sikit je lagi. Nanti dah habis exam, Noona boleh enjoy puas-puas okay?" rambut Jihee diusap.
"Saya dah jarang luangkan masa dengan awak. Mianhei,"
Jihee mendongak memandang Hyunjib yang lebih tinggi darinya itu.
"Takpe saya faham. Nanti dah habis exam, kita date puas-puas," pipi Jihee dicubit manja.
"Betul?"
Hyunjin mengangguk.
"Kalau Noona stress belajar dan perlukan seseorang untuk luahkan apa-apa. Bagitahu je saya. Okay?"
"Okay,"
Tubuh Hyunjin kembali dipeluk. Dia ingin mendapatkan sedikit tenaga positif sebelum dia perlu mengulang kaji lagi malam nanti.
***
"Jaehyun?"
Jaehyun menunduk hormat ke arah Taeyong yang sepertinya baru pulang dari berjogging itu.
"Hyung,"
"Kenapa duduk kat luar?"
Taeyong membuka pagar rumahnya.
"Nak jumpa Jihee ke?" soalnya sambil mempelawa Jaehyun masuk.
"Ya. Tapi Hyung, saya nak minta tolong sikit boleh?"
"Minta tolong apa?"
Taeyong duduk di kerusi yang berada di laman rumah. Dan Jaehyun mengambil tempat di hadapannya.
"Saya nak ajak Jihee keluar. Temankan saya cari hadiah untuk birthday Omma minggu depan. Tapi, saya text Jihee dia langsung tak balas,"
"Jihee memang jarang tengok phone bila kat rumah. Takpe lah, kita masuk dulu. Nanti Hyung cakap dengan dia,"
Jaehyun sekadar mengangguk dan mengikut Taeyong masuk ke rumah. Dan kebetulan saat itu Jihee baru turun untuk bersarapan.
"Jihee!" panggil Taeyong.
"Eo Jaehyun pun ada?" soal gadis itu pelik.
"Jaehyun nak ajak kamu keluar. Lepas breakfast ni pergilah bersiap,"
"Eh, kenapa pula? Jihee nak study lah,"
Jihee terus ke meja makan.
"Temankan lah Jaehyun. Dia nak beli hadiah untuk Omma dia. Jihee kan perempuan, mesti Jihee tahu nak beli apa," Taeyong masih memujuk.
"Tch, kenapa tak ajak Yer-,"
"Takpe lah Hyung kalau Jihee tak nak," Jaehyun memotong sebelum sempat Jihee menghabiskan ayatnya.
"Eh, apa pula macam tu. Penat kamu datang sini,"
"Jihee, pergi teman Jaehyun lepas ni. Lagipun tak elok juga kalau asyik study je setiap masa. Jihee dah lama kan tak keluar release stress?"
"Oppa, Jihee-,"
"No excuses Lee Jihee," putus Taeyong.
"Okay fine, Jihee pergi!"
"Gomawo Jihee ah," Jaehyun sudah tersenyum.
Sementara Jihee dia sudah menyumpah Jaehyun di dalam hatinya. Kenapa lah lelaki itu akhir-akhir ini selalu mengganggu dia?
YOU ARE READING
Mistake
Fiksi Penggemar"Falling in love with you is the biggest mistake I've ever done," Warning (15++) Start| 4/9/2021| End |30/10/2021|