"Sekolah macam mana?"
"Okay je,"
Hyunjin menyuap lagi nasi ke dalam mulutnya setelah mejawab pertanyaan si ayah.
"Yunseong? Yeji?"
"Okay je Appa," balas Yeji.
"Semuanya okay," ujar Yunseong pula.
"Baguslah. Belajar rajin-rajin, terutama kamu Hyunjin. Tahun depan dah masuk senior year,"
Hyunjin hanya mengangguk.
"Appa,"
Tuan Hwang memandang Yunseong yang berada di kirinya.
"Tadi Omma datang sekolah," beritahu lelaki itu.
Automatik sudu di pegangan Tuan Hwang dilepaskan. Begitu juga dengan Hyunjin. Manakala Yeji, dia memandang kembarnya Yunseong dengan pandangan kosong.
"Perempuan tu nak apa?" soal Hyunjin sebelum sempat Tuan Hwang bersuara.
"Dia nak jumpa kitorang. Dia tunggu depan pagar sekolah,"
"Kamu ikut dia?" soal Tuan Hwang.
Yunseong menggeleng.
"Bagus lah. Jangan jumpa perempuan yang dah buang kita tu. Kau pun sama Yeji, jangan gedik nak ikut dia kalau dia muncul,"
"Tapi Oppa, dia kan Omma kita,"
"Omma apa yang tinggalkan anak dia untuk ikut lelaki kaya lain?"
"Hwang Hyunjin," Tuan Hwang memandang anak sulungnya itu.
"Salah ke apa yang Hyunjin cakap? Appa dah lupa apa dia buat pada kita tujuh tahun lepas?"
Wajah Tuan Hwang jelas kurang senang bila Hyunjin menyebut perkara tujuh tahun lepas. Perkara yang kalau boleh ingin dilupakannya sampai bila-bila.
"Oppa," Yeji menyentuh lengan abangnya.
Dia tahu Hyunjin paling tidak suka jika perihal ibu mereka dibicarakan.
"Entah-entah dia baru tahu yang perniagaan Appa dah makin maju sekarang. Sebab tu dia balik,"
"Hwang Hyunjin!" jeritan Tuan Hwang memenuhi ruangan makan rumah mewah itu.
Yunseong dan Yeji mulai takut melihat wajah bapa mereka saat itu. Hanya Hyunjin sahaja yang tidak menunjukkan sebarang riak.
"Hyunjin takkan lupa apa yang dia pernah buat. Kalau Appa rasa Appa dah maafkan dia, terserah. Tapi Hyunjin takkan pernah maafkan perempuan tu,"
dia bangun usai menghabiskan ayatnya."Hyung, makanan Hyung belum habis," Yunseong menegur perlahan.
"Hyung dah kenyang," dia terus menolak kerusi masuk ke dalam meja.
Dengan langkah yang pantas, dia berlalu meninggalkan ruang makan itu untuk ke biliknya. Sebaik sahaja masuk ke bilik, tubuhnya dihempaskan ke atas katil.
"Bodoh! Kau dah buang kitorang lepas tu sibuk nak datang balik," ujarnya kesal.
Dia masih ingat detik di mana dia sendiri menangkap ibunya di sebuah hotel bersama seorang lelaki. Rupanya lelaki itu merupakan bekas kekasih ibunya sewaktu zaman remajanya.
Perniagaan Tuan Hwang yang mengalami krisis saat itu menyebabkan si ibu sanggup meninggalkan mereka demi mengikut si bekas kekasih yang kaya raya. Dan sejak itu Hyunjin membenci ibunya.
"Haish,"
Dia bangun sambil meraup rambutnya kasar. Perutnya yang berbunyi itu diusap. Sejujurnya dia masih belum kenyang kerana dia hanya sempat menjamah beberapa suap nasi sahaja tadi. Tetapi kerana sakit hati, dia malas mahu berlama di meja makan.
"Makan kat luar lah,"
Telefon bimbitnya dicapai lalu nombor seseorang didial.
"Hello baby," suara seorang perempuan kedengaran di hujung sana.
"Hai, sayang. Keluar jom, I lapar,"
***
"You nak balik dah?"
Hyunjin yang baru menyarung baju ke tubuhnya menoleh ke arah katil. Gadis yang masih berbalut selimut tebal itu memintal rambut sambil memandangnya.
"Appa I bising lah kalau I balik lambat," ujarnya.
"Kita akan jumpa lagi lepas ni?" soal si dia.
"Jisu ah, You tahu kan apa peraturan kalau nak jadi girlfriend I?"
Dia menapak ke katil.
"Lepas You dah tidur dengan girlfriend You, then it's the end of the relationship," ujar gadis bernama Jisu itu.
"Tahu pun. So, perlu ke tanya lagi?" Hyunjin tersenyum sinis.
Beg dompetnya dibuka dan beberapa keping not kertas yang besar nilainya dikeluarkan lalu dicampak ke atas katil.
"Rasanya tu cukup untuk cover dua minggu hubungan kita. Walaupun rasanya I yang banyak habiskan duit untuk You sebelum ni,"
Gadis itu tersenyum lalu mengambil not-not kertas itu dan mengiranya.
"Okay, cukup. Thank you,"
Hyunjin hanya tersenyum sebelum dia berjalan untuk ke pintu.
"Oh ya, lagi satu. I pakai protection tau, so kalau You ada plan nak datang jumpa I lepas ni untuk mengaku You pregnant or what, lupakan je. Okay?"
"Yaa, You-,"
"I tak bodoh lagi nak biarkan orang sebarangan mengandungkan anak I," dia ketawa sinis.
Hyunjin kemudiannya terus keluar dari bilik hotel murah itu. Bukan dia tidak mampu menyewa hotel mahal, cuma prosedur di sana agak rumit kerana dia merupakan pelajar sekolah.
"Awal lagi," jam di tangan diperhatikan.
Dia kemudian keluar dari bangunan itu sebelum berlalu ke motosikalnya. Setelah menghidupkan enjin, dia terus memecut laju. Bukan ke rumahnya, tetapi ke apartment milik sahabatnya Han Jisung.
YOU ARE READING
Mistake
Fanfiction"Falling in love with you is the biggest mistake I've ever done," Warning (15++) Start| 4/9/2021| End |30/10/2021|