"Kau okay?"
Jihee menoleh ke arah Yuju di sebelahnya. Pasti gadis itu pelik kerana dia terlalu lama ke tandas.
"Okay," balasnya.
"Ya ke? Aku nampak muka kau macam baru lepas menan-,"
"Yuju ah, balik nanti aku ceritakan semuanya. Kau jangan tanya aku apa-apa sekarang," Jihee memotong percakapan gadis itu.
Yuju mengangguk.
"By the way, aku nampak Jaehyun dengan Yeri duduk sekali tadi. Sejak bila diorang rapat?"
"Itu. Itu yang aku nak cerita pada kau nanti. Jadi sekarang kau jangan tanya apa-apa," Jihee meletakkan tangan di mulut Yuju.
"Arraseo," tangan Jihee ditolak perlahan.
Dia kemudiannya kembali fokus pada telefon bimbitnya sementara menunggu perlawanan bermula.
Jihee pula, matanya memandang sekeliling sehingga lah dia melihat sekumpulan pelajar lelaki yang sedang duduk di tangga yang berada dekat dengan pokok besar di padang itu.
"Dia,"
Matanya tertumpu pada seorang dari mereka yang sedang ketawa sambil menampar bahu rakan di sebelahnya.
"Jihee, kau tengok apa?"
Bahunya ditepuk Yuju.
"Huh?"
Yuju mengerutkan dahinya.
"Apa yang kau pandang?"
"Takde apa," Jihee tersenyum nipis.
"Tu, game dah nak mula," ujar Yuju.
Mereka berdua kemudiannya memandang ke arah padang. Bunyi sorakan kedengaran saat pasukan sekolah mereka memasuki padang. Hampir separuh dari penonton berdiri buat memberi sokongan.
Yuju menarik Jihee berdiri. Dan pada masa yang sama, Younghoon iaitu salah seorang pemain pada hari itu sedang memandang ke arah mereka. Automatik Jihee dan Yuju melambai ke arahnya.
"Suka lah tu," Jihee menolak bahu Yuju.
"Gila tak suka. Boyfriend aku paling kacak bila tengah main bola," puji Yuju.
Jihee tersenyum nipis sebelum mereka berdua kembali duduk setelah pasukan sekolah lain mulai masuk. Jihee mencuri pandang ke arah kiri mereka lagi.
Namun hampa, kawasan pokok itu sudah kosong tanpa seorang pelajar.
***
"Blah jom,"
Seungmin memandang Jisung yang tiba-tiba bersuara itu.
"Sekarang? Game belum habis,"
"Sekaranglah. Takkan esok pula. Ala kita ada atau takde, sama je. Korang bukan bagi sokongan pun," ujar Jisung.
Dia sudah siap menyangkut beg ke bahu. Nampak memang bersedia untuk pergi.
"Takpe ke? Tak kena tahan?" soal Felix pula.
"Kita lepak kelas dulu. Dah habis waktu nanti balik lah,"
"Okay lah," Seungmin akhirnya bersetuju.
"Woi, kau tak nak blah ke?" bahu Hyunjin yang asyik menatap telefon ditolak sedikit.
"Nak lah. Panas lah kat sini," dia menyimpan telefon ke poket seluar sebelum berdiri.
"Cepat sebelum ada yang perasan," Jisung berlari perlahan diikuti yang lain.
Masuk sahaja ke dalam bangunan sekolah, mereka mula melepaskan nafas kelegaan.
"Jom lah,"
Jisung berlalu ke tangga bila mendengar suara orang berbual dari arah bertentangan.
"Sekejap, korang pergi dulu,"
Hyunjin berjalan ke arah suara tadi.
"Woi!"
Seungmin dan Felix menjenguk. Dan sebuah senyuman terukir di bibir Seungmin.
"Kenapa?" soal Jisung.
"Budak cheerleaders. Kawan kau pergi masuk jarum lah tu," dia ketawa sebelum menaiki tangga.
Felix menggelengkan kepalanya.
"Hyunjin, Hyunjin. Pandai je kau cari peluang,"
YOU ARE READING
Mistake
Fanfiction"Falling in love with you is the biggest mistake I've ever done," Warning (15++) Start| 4/9/2021| End |30/10/2021|