09

141 24 2
                                    

"Hujan,"

Jihee memandang setiap titisan hujan yang jatuh dari bumbung sekolah itu. Dan dia juga melihat pelajar-pelajar lain yang mula meninggalkan sekolah bersama payung masing-masing.

"Ahjusi lambat sikit Cik Jihee, kereta pancit. Kena ke bengkel dulu,"

Apa yang diberitahu pemandu keluarganya melalui telefon tadi membuatkan dia masih berada di situ. Satu keluhan terlepas dari mulutnya.

"Panjangnya mengeluh,"

Jihee segera menoleh ke sisinya. Automatik kakinya mengundur ke belakang bila wajah Hyunjin begitu dekat dengannya.

"Kenapa tak balik lagi?" soal Hyunjin bersama sebuah senyuman.

"Bukan urusan awak," balasnya.

"Dia tu Hwang Hyunjin. Playboy paling popular dekat batch junior kita. Bukan setakat junior je, budak batch kita pun ada je yang pernah jadi mangsa game dia,"

Kata-kata dari Yuju semalam membuatkan dia merasakan dia patut meletakkan jurang antara dia dan lelaki itu.

"Noona," lengannya dipegang Hyunjin saat dia ingin berlalu masuk ke dalam bangunan sekolah semula.

"Jangan peganglah," tangannya direntap dan dia mula berjalan.

Niatnya ingin menunggu di perpustakaan sekolah. Sambil itu boleh lah dia membaca buku di sana.

"Okay mianhei. Noona kenapa tiba-tiba sombong macam ni? Saya ingatkan kita dah jadi kawan?" soal Hyunjin sambil mengekori gadis itu.

"Jangan ikut saya,"

"Suka hati saya lah nak ikut Noona atau tak. Kaki saya," balasnya selamba.

Jihee makin melajukan kakinya sehingga lah mereka akhirnya sampai di perpustakaan sekolah. Tanpa menghiraukan Hyunjin, dia terus masuk ke dalam sana.

Merasakan Hyunjin masih berada di luar, Jihee cepat-cepat bergerak ke bahagian rak yang paling hujung di mana novel Inggeris berada. Matanya mula melilau mencari novel untuk dibacanya.

"Ah, jumpa pun," dia tersenyum melihat sebuah novel yang berada di bahagian paling atas rak.

Novel yang memang sejak dulu ingin dipinjamnya tetapi dia asyik terlepas kerana ada orang lain yang meminjam terlebih dahulu.

"Tingginya," kakinya dijengketkan untuk mencapai novel tersebut.

Tanpa dia sedari Hyunjin sedang memerhatikan tingkahnya. Lelaki itu tersenyum nakal bila melihat uniform sekolah Jihee yang sedikit terselak saat dia menjengket itu sehingga menampakkan badannya.

"Sexy,"

Hyunjin berjalan perlahan dan berdiri di belakang Jihee. Dia kemudian dengan selambanya merapatkan tubuh mereka. Sebelah tangannya memeluk erat pinggang Jihee manakala sebelah lagi mencapai novel yang ingin Jihee ambil sejak tadi.

"Yaa,"

Jihee automatik berhenti menjengket dan memusingkan badannya menghadap Hyunjin. Lelaki itu tersenyum dan menolak dirinya sehingga bersandar di rak.

"Awak buat apa? Kita kat library lah," ujar Jihee sambil menahan dada Hyunjin yang makin rapat itu.

Dia membetulkan uniformnya yang terselak tadi.

"Noona tak jawab lagi soalan saya tadi. Kenapa Noona macam jauhkan diri dari saya?" soal Hyunjin.

"Sebab awak tipu saya," ujar Jihee.

"Saya tipu apa?"

"Awak cakap awak takde kekasih. Tapi rupanya awak takde kekasih yang tetap. Awak tukar perempuan macam tukar baju,"

Hyunjin terdiam seketika. Nampak gayanya rahsianya yang satu itu sudah terbongkar.

"Jadi Noona cemburu?" soalnya sambil tersenyum.

"Mana ada. Saya cuma tak sangka, layanan baik awak pada saya selama ni rupanya sebab awak dah biasa bagi ayat manis pada perempuan,"

"Hmm, Noona nak saya buat semua tu untuk Noona sorang je ke?" Hyunjin mengusap pipi Jihee.

"Jangan nak merepek," Jihee menepis tangan Hyunjin.

"Noona buat saya makin jatuh suka pada Noona," Hyunjin menundukkan wajahnya lebih rapat dengan Jihee.

"Yaa-," Jihee makin tidak keruan.

Wajah lelaki itu makin hampir dengannya. Dia dengan perlahan memejamkan matanya dan tangannya menggenggam erat skirt uniformnya.

"Ni novel yang Noona nak tu,"

Jihee segera membuka matanya dan novel yang ingin dicapainya tadi berada betul-betul di hadapan mukanya. Automatik dia menjadi malu kerana berfikiran jauh tadi. Dengan kadar yang pantas, novel itu dirampasnya.

"Noona, saya takkan kiss Noona kat sini lah. Tu librarian tu dari tadi pandang kita,"

Jihee menoleh ke tepi. Dan dia sempat melihat seorang pustakawan dengan segera berlalu pergi dari situ.

"Dah lah, ke tepi," dia menolak Hyunjin jauh darinya sebelum dia berlalu pergi dari kawasan rak tersebut dengan wajah yang membahang merah.

Mistake Where stories live. Discover now