"Nah,"
"Thank you,"
Hyunjin menyambut huluran mug berisi coklat panas dari Hyewon. Gadis itu kemudiannya duduk di sebelah Hyunjin dan menyandarkan kepalanya ke bahu lelaki itu.
Seperti biasa, jika mereka tidak ke kelab mereka akan berada di rumah Hyewon.
"Appa You tak balik lagi?" soal Hyewon.
"Tak. Dia baru telefon rumah semalam. Dia kena stay few weeks lagi kat sana,"
Hyunjin tersenyum. Entah kenapa dia gembira mendengar khabar itu. Kerana dia akan mendapat lebih kebebasan bila bapanya tiada.
"Wow, lepas ni boleh lah kita pergi tempat You pula? I teringin nak kita berdua kat atas katil You," Hyewon tersenyum nakal.
Hyunjin diam seketika. Dia bawa Hyewon ke rumahnya? Memang tempah maut lah namanya. Adik-adiknya masih ada di rumah itu.
"I rasa yang tu tak mungkin jadi,"
Hyewon mencebik.
"Kat mana-mana pun sama je Hyewon. I juga kan?"
"Tapi I teringin nak pergi rumah You,"
"Nak buat apa? Rumah I bukan ada apa-apa pun,"
"Tch,"
"Janganlah buat muka macam tu. I balik nanti,"
Hyewon terus memeluk lengan Hyunjin.
"Yaa, kalau I pregnant macam mana?"
Hampir tersembur air yang diminumnya mendengar soalan itu.
"You cakap You ambil pil tu. You jangan nak bergurau lah!"
Hyewon sedikit terkejut dengan suara kuat Hyunjin itu.
"Yaa, I bergurau je lah. I memang ambil pil tu. Jangan risau okay?" pipi Hyunjin diusap.
"Lagipun I tak bodoh lagi lah nak pregnant waktu sekolah,"
Hyunjin melepaskan keluhan lega. Pipi Hyewon diciumnya sekilas.
"You tahu, kalau lah I pregnant, dah sah-sah Appa I belasah I. Mungkin I akan dibuang keluarga,"
"Really?"
Hyewon mengangguk.
"Sepupu I, dia pernah mengandungkan girlfriend dia waktu sekolah. And dia terus kena halau dengan Uncle I. I pernah jumpa dia kerja part time kat restoran. Can You imagine? Appa dia punyalah kaya raya tapi dia kena kerja macam tu sebab kena buang keluarga. Kalau I tak sanggup,"
Hyunjin terdiam mendengar cerita itu. Apa agaknya reaksi bapanya kalau dia tahu apa yang anaknya itu lakukan.
"You kenapa? Ada mengandungkan sesiapa ke?" soal Hyewon bernada usikan.
Dia tidak tahu yang soalannya itu sudah ibarat pedang tajam yang menusuk ke jantung Hyunjin.
"Ani," nafi Hyunjin.
Di fikirannya sekarang cuma terbayangkan Jihee. Perut Jihee lama kelamaan akan kelihatan juga. Dan sudah tentu itu anaknya.
Bagaimana jika Appanya tahu dan membuangnya dari keluarga? Dia tidak sanggup hidup susah lagi seperti sewaktu perniagaan bapanya tidak stabil dulu.
Jihee. Dia perlu berbincang dengan Jihee soal anak itu sebelum terlambat.
***
"Awak gila ke?" soal Jihee sambil berdiri.
"Noona, kita masih sekolah kan? Noona nak simpan ke budak tu? Kita ni muda lagi lah!" Hyunjin ikut bangun.
Kali ini mereka berada di laman rumah Jihee. Jihee sedang berseorangan memandangkan Taeyong ke luar negeri dan pembantu rumah semuanya diberi cuti.
"Hyunjin dengar sini. Saya dah fikir tentang ni. Saya akan tamat sekolah lagi sebulan, dan saya boleh jaga kandungan ni. Kita kahwin? Oppa saya dan Appa awak mesti faham? Eo?"
"Kahwin? Noona! Yang tamat sekolah tu Noona. Saya still student lagi. Takkan kita nak kahwin? Nonsense!"
"Habis tu? Awak nak kita buat apa lagi? Nak besarkan dia tanpa ikatan perkahwinan?"
"Sebab tu saya kata tadi. Kita gugurkan dia. Hmm? Saya akan tanggung semua kos,"
"Hwang Hyunjin! Awak tak sayangkan anak ni ke? Dia anak kita. Awak tak sayangkan saya ke?" soal Jihee dengan mata basahnya.
"Sebab saya sayanglah saya nak kita gugurkan anak ni. Noona, kalau kita bertahan, kita boleh ada anak lain lagi in the future. Okay?" air mata Jihee diseka.
"Hyunjin," Jihee menggeleng.
"Noona, kita kena berkorban. Lagipun bukan ke Noona perlu sambung belajar lagi lepas ni? Kalau kita ada anak, macam mana? Semuanya akan jadi berserabut dan susah,"
"Tapi-,"
"Noona, pandang saya,"
Jihee memandang tepat ke mata Hyunjin.
"Please. Kali ni je. Boleh kan Noona? Kita masih muda untuk semua ni,"
"Hyunjin," Jihee mengetap bibirnya.
"Trust me. Saya akan sentiasa ada dengan Noona sepanjang proses tu. Noona bukan sorang-sorang,"
Jihee akhirnya mengangguk. Dia terus memeluk tubuh Hyunjin.
YOU ARE READING
Mistake
Fanfiction"Falling in love with you is the biggest mistake I've ever done," Warning (15++) Start| 4/9/2021| End |30/10/2021|