"Dia reject kau?"
Jisung menjeling Felix geram. Dia tahu lelaki itu sengaja bertanya walhal sudah tahu jawapannya.
"Kau saje kan?" soalnya.
Felix ketawa suka bila melihat wajah Jisung saat itu.
"Relaks lah bukan Yiren seorang je perempuan kat sekolah ni," Seungmin cuba menenangkan Jisung.
"Memanglah. Tapi dia sorang je yang memenuhi cita rasa aku. Cantik, bijak dan paling penting seksi," ujar Jisung dalam nada kecewanya.
"Tinggi sangat cita rasa kau tu. Tak sesuai dengan kau," Hyunjin sudah ketawa.
"Betul. Kau kena lah cermin diri kau,"
Felix menyertai Hyunjin untuk mentertawakan Jisung. Seungmin hanya menggelengkan kepalanya.
"Yaa, lupakan je lah Yiren tu. Dia dengan Mingi sekarang, sebab tu dia tolak kau,"
"Mingi?" mereka semua memandang Seungmin.
"Aku nampak diorang keluar berdua semalam. Bukan main mesra lagi,"
"Mingi bukan dengan Yena ke?"
"Yaa, Mingi tu sama buaya je dengan Hyunjin. Mana pernah cukup satu," kata Felix selamba.
Dan selepas itu sebiji kacang dibaling ke arahnya.
"Cakap elok sikit. Aku dah berubah okay?"
"Ya, maksud aku Hyunjin yang dulu," Felix membetulkan ayatnya.
"Macam tak percaya je Hyunjin dah berubah. Awal buaya sorang ni pencen,"
Hyunjin hanya mengendahkan Jisung. Dia tahu lelaki itu hanya mahu bergurau.
"Kau tu Jisung, bila nak berubah? Buaya tak laku," soal Felix.
"Yaa, kau ni lebih-lebih pula kan kutuk aku?" bahu Felix ditampar.
"Nanti dia dah jumpa Mrs. Right dia, dia berubah lah," ujar Seungmin.
"Kalau ada orang nak," Felix ketawa lagi.
Suka betul dapat kenakan Jisung.
"Eh, dah lah. Aku nak pergi toilet. Nanti korang balik kelas tanpa aku," Hyunjin bangun.
"Pergi toilet ke cari buah hati?" soal Jisung mengusik.
"Toilet lah. Kau nak suruh aku kencing kat tepi padang ni?" soal Hyunjin geram.
"Gurau bro, gurau!"
Hyunjin menggelengkan kepalanya sebelum dia berjalan masuk ke bangunan sekolah dan ke tandas.
Setelah selesai urusannya, dia berjalan keluar dan ke arah tangga untuk naik ke tingkat atas. Namun tangannya tiba-tiba ditarik.
"Yeri sunbae?"
Yeri melepaskan tangan Hyunjin bila mereka sampai di kawasan yang sedikit jauh dari laluan orang ramai.
"Awak tahu tentang ni?"
Telefon bimbit miliknya disuakan di hadapan Hyunjin. Dan Hyunjin sedikit terkejut melihat apa yang dipaparkan.
Ianya gambar Jihee dan Jaehyun di sebuah kedai aksesori berjenama. Lelaki itu sedang memandang Jihee yang sedang sibuk memilih aksesori.
"Gambar bila ni?" soal Hyunjin.
"Weekend haritu. Kawan saya nampak diorang keluar berdua. Bukan main mesra lagi," ujar Yeri sambil menyimpan kembali telefon bimbitnya.

YOU ARE READING
Mistake
Fanfiction"Falling in love with you is the biggest mistake I've ever done," Warning (15++) Start| 4/9/2021| End |30/10/2021|