36

127 17 4
                                    

"Lepas Noona pergi, dia makin teruk. Noona tahu, dia dah berani pergi club? Tukar perempuan macam tukar baju. Appa dia pula selalu outstation. Makin teruk lah jadinya. Kitorang tak tahu nak nasihat dia macam mana lagi,"

"Sampailah satu hari tu, ada sesuatu terjadi. Adik perempuan dia, Yeji kena rogol. And dia pregnant. Waktu tu Hyunjin dah lain. Dengan Appa dia yang takde kat sini, dia lah yang kena uruskan semuanya,"

"Noona tahu apa yang lagi teruk? Orang yang rogol Yeji tu sebenarnya abang pada salah seorang perempuan yang pernah bunuh diri sebab Hyunjin mengandungkan dia. Hyunjin baru sedar dengan apa yang dia dah buat selama ni,"

"Appa dia meninggal sebab kena serangan jantung lepas tahu apa yang jadi pada Yeji tu berpunca dari Hyunjin. Sebulan lepas tu Yeji bunuh diri. Noona boleh bayangkan Hyunjin kena lalui semua tu waktu umur dia tak sampai 20 pun lagi?"

"Saya tahu apa yang Hyunjin buat pada Noona dulu memang jahat. Tak layak dimaafkan pun. Tapi, dia dah berubah Noona. Sepanjang tujuh tahun ni, dia buat macam-macam untuk cari Noona sebab nak minta maaf pada Noona. Saya tak pasti macam mana perasaan Noona pada dia sekarang, tapi yang saya tahu dia masih sayangkan Noona,"

"Saya tak boleh nak paksa perasaan Noona. Noona pun dah ada tunang. Tapi satu je saya minta, Noona jangan benci dia. Tolak dia baik-baik. Mungkin lepas ni dia boleh terima yang Noona bukan untuk dia,"

"Cik Jihee!"

Jihee tersentak dari lamunan panjangnya bila mejanya diketuk oleh setiausahanya.

"Seeun kenapa?" soalnya sambil membetulkan duduknya.

"Cik Jihee okay ke? Dari tadi termenung sampai saya masuk pun Cik tak perasan,"

"Ah, saya ada masalah sikit,"

"Hmm, Cik Jihee tahu kan lusa Cik Jihee kena ke Jeju untuk tengok progress renovation resort tu?" Soal Seeun.

"Siapa lagi yang akan pergi?"

"Wakil kita Cik Jihee, Puan Sooyoung dengan setiausaha dia. Wakil dari syarikat sana saya tak pasti pula,"

"Nanti tolong siapkan semua dokumen yang saya perlukan,"

"Baik. Saya keluar dulu, kalau nak apa-apa bagitahu ya?"

"Okay,"

Setelah Seeun keluar Jihee mengeluh perlahan. Apa yang diceritakan Jisung semalam benar-benar membuat dia tidak senang duduk.

Rupanya selama tujuh tahun ini macam-macam yang Hyunjin lalui. Sangkanya lelaki itu terus bergembira setelah mereka berpisah. Mungkin itu maksud Hyunjin bila dia cakap yang dia sudah menerima balasannya.

Sebut tentang Hyunjin, sudah seminggu lelaki itu seakan mengelak darinya. Tiada lagi pesanan atau kiriman bunga buat dia lagi setelah kejadian di rumahnya tempoh hari.

Jihee mengetap bibirnya sambil berfikir sesuatu. Dia harus membetulkan hubungan mereka kembali. Sekurang-kurangnya mereka boleh menjadi kawan.

***

"Dia akan ada sekali?"

Jihee mengangguk.

"Saya tak tahu apa patut saya rasa sekarang," ujar Jaehyun sambil memandang langit.

Malam itu dia ke rumah Jihee untuk menghantar makanan yang dikirim ibunya buat gadis itu.

"Apa maksud awak?"

"Tunang saya akan luangkan lebih banyak masa dengan bekas kekasih dia. Saya patut risaukan awak ke Jihee?"

"Lepas saya terima lamaran awak dan dah jadi tunang awak, awak boleh fikir macam tu?"

Jihee menyoal dengan nada kurang senang. Dia sendiri tidak pasti kenapa Jaehyun boleh berkata begitu.

"Mianhei. Saya cuma takut awak akan–,"

"Kalau awak nak cakap benda merepek baik awak balik Jaehyun. Saya ada banyak lagi kerja kat dalam,"

Jihee bangun dan berura mahu pergi. Namun Jaehyun lebih pantas bertindak dengan menahan lengannya.

"Sorry, saya takde niat nak buat awak sakit hati," tangan Jihee diusap lembut.

"Saya nak masuk, nak packing barang," Jihee cuba menarik tangannya.

"Awak marah?" makin kuat Jaehyun menggenggam tangan itu.

"Aniya,"

"Saya ada sesuatu untuk awak,"

Jaehyun menyeluk poket jean yang dipakainya. Dan kini tangannya memegang seutas rantai berloket hati.

"Untuk awak. Sepatutnya saya bagi waktu hari pertunangan kita tapi saya lupa,"

"Cantik," puji Jihee.

"Saya pakaikan,"

Jaehyun ke belakang Jihee lalu memasangkan rantai itu di leher tunangnya.

"Jangan tanggalkan," sempat dia berpesan.

"Gomawo,"

Jaehyun tersenyum sambil tangannya naik mengusap pipi gadis itu, Dari usapan biasa, Jaehyun kini makin mendekatkan wajah mereka. Bibir mereka hampir bertemu dan—

"Mianhei Jaehyun ah,"

Jihee menoleh ke tepi menyebabkan bibir Jaehyun hanya mengenai pipinya.

"Jaehyun,saya—,"

"Takpe, saya faham. Tak senang kita nak berubah dari kawan pada status kita sekarang," Jaehyun tersenyum nipis.

"Tapi saya–,"

"Dah, pergi masuk. Nanti tak sempat nak pack barang. Saya pun nak balik ni,"

"Hati-hati drive,"

Jaehyun mengangguk dan tersenyun nipis. Sempat dia melambai ke arah Jihee sebelum dia melangkah pergi dari situ.
























Kepada girlfriend Jaehyun, sorry sebab boyfriend korang asyik tersakiti je dalam fic aku🤧

Mistake Where stories live. Discover now