19

127 18 0
                                    

Jihee meregangkan badannya setelah hampir tiga jam dia duduk di meja belajar. Peperiksaan akhir bakal berlangsung dua bulan lagi jadi dia harus belajar lebih lama dari biasa.

Memang hampir setiap hari begitu. Waktu lapang juga lebih banyan dihabiskan dengan belajar. Malah dia sendiri sudah tidak ingat bila kali terakhir dia keluar bersama Hyunjin.

Mujur sahaja teman lelakinya itu memahami dirinya. Jadi kurang sikit rasa serba salah pada lelali itu.

Drttt!!!

Jihee tersenyum bila ada mesej masuk. Pasti dari Hyunjin yang menghantar pesan supaya dia tidur awal.

Jung Jaehyun
Jihee, kita kena bercakap tentang
perkara haritu.

Jihee mengeluh. Sudah hampir seminggu Jaehyun cuba untuk bercakap dengannya, tetapi dia akan mengelak. Dia tidak mahu berurusan dengan lelaki itu lagi.

Jung Jaehyun
Please Jihee.

Baru sahaja dia ingin membalas, pintu biliknya diketuk. Jihee bangun dan membuka pintu.

"Eo Oppa baru balik?"

Taeyong berdiri di depan pintu biliknya dengan pakaian kerja. Abangnya itu juga sering pulang lewat sejak kebelakangan ini.

"Tadi lepak rumah Johnny. Eh tu ada Jaehyun kat luar. Nak jumpa Jihee. Oppa ajak masuk dia tak nak,"

"Jaehyun?"

Taeyong mengangguk.

"Pergilah jumpa dia. Macam dah lama je dia tunggu,"

Jihee mengangguk.

"Jangan berbual lama sangat, esok sekolah,"

Taeyong mengusap kepala adiknya sebelum dia berjalan ke biliknya.

"Jung Jaehyun, kenapa lah dengan dia tu?"

Sambil merungut, Jihee menyarung kardigan ke badannya. Rambutnya yang dibiar lepas tadi dirapikan dan diikat kemas. Lalu dia terus keluar dari bilik.

Sampai di luar rumah, dia nampak Jaehyun yang duduk sambil menyandar di kereta miliknya sambil merokok.

"Awak merokok?"

"Jihee!"

Cepat-cepat lelaki itu membuang puntung rokoknya dan memijaknya.

"Kenapa sampai datang sini? Awak tahu tak sekarang dah malam?" soal Jihee geram.

"Awak yang mengelak dari saya. Saya tahu awak ada terima nota dari junior kan untuk jumpa saya dekat rooftop?"

"Tch, saya tak nak jumpa awak lah. Jadi lepas ni, jangan nak upah mana-mana junior untuk hantar nota apa-apa lagi,"

Jaehyun tersenyum nipis. Jarang dia nampak Jihee yang garang begini.

"Awak nak cakap apa? Cepatlah,"

Jihee memeluk tubuh sambil memandang lelaki itu.

"Saya nak minta maaf tentang apa yang jadi minggu lepas. Saya tahu saya melampau dan terlalu ikutkan perasaan,"

"Ya, awak memang melampau Jaehyun! Awak buat saya makin bencikan awak. Saya tak sangka awak boleh cakap macam tu,"

"Minahei Jihee ah,"

Jaehyun tiba-tiba memeluk Jihee.

"Yaa, awak dah kenapa? Lepaslah!" Jihee cuba menolak tubuh lelaki itu.

"No! Selagi awak tak maafkan saya,"

Jihee mengeluh perlahan. Dia sebenarnya masih sakit hati dengan perbuatan lelaki itu. Tetapi kalau dia tidak memaafkan Jaehyun, lelaki itu tentu tidak akan melepaskannya.

"Jung Jaehyun!" Jihee menolak tangan Jaehyun kuat.

"Awak dah maafkan saya belum?"

"Lepaskan dulu!"

Jaehyun melepaskan pelukan tersebut namun tangannya masih di bahu Jihee.

"Saya maafkan awak. Tapi tolong, lepas ni jangan buat atau cakap macam tu lagi. Walaupun saya bencikan awak dan Yeri, tapi saya tetap tak suka bila awak ada niat nak tinggalkan dia sebab saya,"

Jaehyun mengangguk. Dia kemudian dengan selamba memeluk Jihee lagi.

"Eh, awak ni kenapa?" soal Jihee geram.

Jaehyun ketawa dan meleraikan pelukan.

"Saya happy sangat Jihee ah. Sebab awak dah maafkan saya," sisi kepala Jihee diusap lembut.

"Dah habis kan? Saya masuk dulu,"

"Jihee, saya-,"

Jihee tidak mengendahkan Jaehyun sebaliknya dia terus masuk ke dalan rumah.

***

"Tak nak balik ke?"

"Halau nampak,"

Seungmin ketawa perlahan.

"Bukan halau, tanya je. Esok kan sekolah. Kalau cuti lain lah,"

Hyunjin yang mendengar itu ikut ketawa. Namun dia dan Jisung masih belum ada tanda-tanda mahu berhenti bermain game.

"Satu round lagi," ujar Jisung.

Sejak dua minggu ini, port melepak mereka sudah berubah dari apartment Jisung ke rumah Seungmin. Hampir setiap malam Jisung dan Hyunjin ke situ. Felix pula hanya akan muncul bila hujung minggu.

"Aku dah kalah!"

Jisung melemparkan telefon bimbitnya ke atas katil. Seungmin hanya menggelengkan kepalanya sebelum dia masuk ke kamar mandi.

"Yaa, tunggu aku kalah. Lepas tu kita balik," Hyunjin bersuara dengan mata yang masih pada skrin telefon.

Jisung sekadar bersetuju dan bangun dari katil. Dia keluar ke balkoni bilik Seungmin.

"Eo, tu bukan ke Jaehyun sunbae?"

Jisung memandang kawasan hadapan rumah Jihee. Benar, ada Jaehyun yang sedang merokok sambil menyandar di keretanya.

"Dia buat apa datang rumah Jihee Noona malam-malam?" soalnya keliru.

Dia terus memerhati sehinggalah Jihee keluar. Walaupun dia tidak mendengar perbualan mereka, namun dia nampak dengan jelas apa yang berlaku.

"Heol!" Jisung menekup mulutnya bila melihat Jaehyun yang tiba-tiba memeluk Jihee.

"Yaa, Hwang Hyunjin! Ke sini cepat!" jerit Jisung.

"Kenapa? Aku tengah berperang lagi ni!"

"Kalau kau tak nak menyesal, baik ke sini!" jerit Jisung geram.

Dan Hyunjin pun muncul.

"Apa dia bodoh?"

"Tu! Tengok tu!"

Kepala Hyunjin dipegang dan dipalingkan ke arah yang sama dilihatnya. Dan jelas sekali sahabatnya itu terkejut.

Saat itu dia melihat Jaehyun mengusap kepala Jihee dengan mesranya.

"Tch, dia cakap yang dia tengah study,"

"Woi, relaks lah. Tengok pun dah tahu yang Jaehyun tu melebih," Jisung cuba menenangkan Hyunjin.

"Tapi dia tahu aku tak suka dia rapat dengan Jaehyun lagi,"

"Sabar bro. Esok kau tanya dia okay?" bahu Hyunjin dipeluk sambil mereka melangkah masuk ke bilik Seungmin semula.

Mistake Where stories live. Discover now