Hyunjin menolak tubuh Jihee rapat ke dinding bersebelahan dengan tandas itu.
"Yaa, awak ni kenapa?" soal Jihee.
"Bosan lah kat dalam tu. Saya tengok muka Noona macam ni lagi baik," tangannya mengusap pipi Jihee.
"Tak baik lah cakap macam tu. Kalau Younghoon dengar nanti," pinggang Hyunjin dicubit manja.
Lelaki itu hanya ketawa.
"Noona cantik malam ni," pujinya.
"Malam ni je?" soal Jihee kembali.
"Mestilah tak. Hari-hari cantik. Cuma malam ni extra cantik," dia merapatkan dahi mereka.
Saat bibir mereka hampir bersentuhan, suara batuk seseorang menghentikan mereka. Jihee dengan cepat menolak tubuh Hyunjin jauh darinya.
"Dah takde tempat lain ke? Kat tepi tandas ni juga korang nak bermesra,"
Jaehyun yang baru keluar dari tandas itu bersuara. Sudah semestinya dia juga menghadiri majlis itu memandangkan Younghoon itu rakan sekelasnya.
"Tch, sunbae jealous? Saya tak nampak girlfriend sunbae pun dari tadi. Sebab tu tak senang duduk tengok kami macam ni?" soal Hyunjin sinis.
"Yaa," Jihee menyentuh lengan Hyunjin.
Rasanya kata-kata Hyunjin itu sedikit berlebihan. Sedangkan memang mereka berdua yang salah.
"Aku jealous? Tch, mengarut. Aku cuma takut kalau ada orang lain yang nampak. Korang tak malu ke? Macam takde tempat lain je,"
Usai menghabiskan ayatnya, Jaehyun berjalan melepasi mereka. Malah dia dengan sengaja melanggar bahu Hyunjin.
"Apa masalah dia tu?" soal Hyunjin geram.
"Dah. Biarkan dia," Jihee memegang tangan Hyunjin.
"Waktu Noona dengan dia dulu, memang dia bermasalah macam tu ke?"
"Ish, tak payahlah cakap tentang dia. Hmm?"
Hyunjin sedikit terpujuk bila wajahnya disentuh Jihee. Rasa marahnya tadi hilang.
"Nasib baik Noona ada. Kalau tak memang saya dah bagi penumbuk saya ni kat muka dia. Berlagak sangat,"
"Sudahlah. Jom masuk,"
"Masuk?"
Jihee mengangguk.
"Yang tadi tu, tak nak sambung?"
"Lain kali. Jom masuk. Nanti Yuju pelik pula kalau saya lama sangat," tangan Hyunjin ditarik.
"Noona masuk dulu. Saya nak ke tandas," ujarnya sambil menarik tangannya kembali.
"Okay. Jumpa kat dalam,"
Setelah Jihee masuk ke dewan, Hyunjin berjalan ke arah tandas. Setelah menyelesaikan urusannya, dia mencuci tangan di sinki sambil bersiul kecil.
Sehinggalah salah satu pintu kubikel tandas terbuka dan seseorang keluar.
"Happy nampak?"
Siulan Hyunjin terhenti. Senyumannya yang tadi juga hilang. Dia mencuci tangan dengan cepat dan mengeringkannya. Baru sahaja dia ingin membuka pintu, lelaki itu bersuara lagi.
"Cantik girlfriend kau. Nak share tak?"
"Yaa!"
Dia meluru ke arah lelaki itu dan mencekak kolar bajunya.
"Wo, relaks. Aku tanya je kan?" lelaki itu ketawa perlahan dan mengalihkan tangan Hyunjin darinya.
"Sebelum ni kau tak kisah pun ambil bekas aku. Takkan yang ni kau tak nak share?"
"Song Mingi!"
Mingi ketawa melihat wajah Hyunjin saat itu. Dia kemudian menepuk pipi Hyunjin perlahan.
"Macam special je yang ni,"
"Jangan berani kacau dia tak guna. Kalau tak, tahulah nasib kau!" tangan Mingi ditepis kasar.
Setelah itu dia kembali melangkah untuk keluar dari situ dengan rasa marahnya. Mood gembiranya sudah hampir musnah hanya disebabkan oleh Mingi.
***
"Jihee, kenalkan. Ni Tuan Jung dan isteri dia. Diorang lah kawan Appa yang tinggal dekat US tu,"
Taeyong memperkenalkan Jihee kepada pasangan itu. Jihee tersenyum dan menunduk hormat pada pasangan itu.
"Cantik Jihee. Macam Omma dia," puji Puan Jung.
"Duduklah,"
Tuan Jung menjemput mereka dua beradik duduk. Malam itu mereka berdua dijemput ke rumah pasangan itu untuk makan malam.
"Mana anak kesayangan awak?" soal Tuan Jung.
"Sekejap lagi turun lah tu,"
Puan Jung kemudiannya mengarahkan pembantu rumah untuk menghidangkan makanan. Dan pada masa yang sama juga, anak lelaki mereka turun.
"Mianhei, saya lambat,"
Jihee tersentak mendengar suara yang tidak asing itu. Wajahnya diangkat dan pandangan matanya bertaut dengan Jaehyun.
"Ni lah anak kami. Jung Jaehyun,"
"Jaehyun, ni anak mendiang kawan Appa. Taeyong dan Jihee. Rasanya Jihee satu sekolah dengan kamu," ujar Tuan Jung.
"Hai," Jaehyun menunduk hormat sebelum mengambil tempat.
"Jae kenal Jihee. Dia sekelas dengan Yeri," ujarnya.
"Oh, baguslah. Lepas ni boleh lah korang berkawan," ujar Puan Jung suka.
Jihee sekadar tersenyum nipis. Dia dan Jaehyun berkawan. Mustahil. Takkan dia nak berbaik dengan lelaki yang pernah melukakan dia itu.
"Betul tu. Jihee nanti jangan buat-buat tak kenal pula dengan Jaehyun bila kat sekolah," Taeyong menyokong.
"Takkan lah. Kita boleh berkawan kan Jihee?" Jaehyun memamerkan senyuman manisnya.
"M-mestilah. Takkan tak boleh pula," Jihee tersenyum.
"Eh apa berbual lagi ni. Makan cepat, nanti dah sejuk tak sedap pula," pelawa Tuan Jung.
Mereka kemudian menikmati hidangan tersebut. Dan Jaehyun, dia sejak tadi tidak mampu menyembunyikan senyumannya setiap kali memandang Jihee.
YOU ARE READING
Mistake
Fanfiction"Falling in love with you is the biggest mistake I've ever done," Warning (15++) Start| 4/9/2021| End |30/10/2021|