"Appa pergi lama ke?" soal Hyunjin.
"Sebulan. Tu pun kalau semua boleh settle cepat,"
Hyunjin mengangguk. Malam itu bapanya memberitahu yang dia perlu ke Jepun untuk urusan pembukaan cawangan syarikat kerjasamanya dengan rakannya di sana.
"Hyunjin, tengok kan adik-adik kamu. Yunseong, Yeji dengar cakap abang kamu,"
"Nae Appa,"
"Jangan buat hal pula bila Appa takde. Spy Appa ramai kat sini," sempat Tuan Hwang berpesan.
Setelah mereka selesai makan malam, Hyunjin naik ke biliknya. Telefon bimbit yang sudah dicas penuh dicapai.
Noona Cantik
Saya keluar dengan Yuju.You
Okay.Dia mengeluh setelah membalas pesan ringkas itu. Setelah kejadian dia dan Jaehyun hampir bertumbuk tempoh hari, hubungannya dan Jihee sedikit hambar.
Dia tahu bukan salah Jihee sepenuhnya, cuma dia tidak suka kerana melihat Jihee yang masih tetap bercakap dengan Jaehyun. Padahal gadis itu boleh sahaja terus melarikan diri dari bekas kekasihnya itu.
"Ah, serabutnya kepala aku," rambutnya dikusutkan.
Drrttt!
Telefon bimbitnya dicapai kembali. Kali ini pesanan dari Yeri.
"Perempuan ni nak apa lagi?" soalnya geram.
Yeri Sunbae
Cuba teka saya kat mana?You
Sorry, takde masa nak main
teka-teka dengan sunbae.Yeri Sunbae
So boring.You
Jangan sampai saya block sunbae.Setelah menghantar pesanan itu telefonnya berdering. Panggilan video dari Yeri. Dengan rasa menyampah, dia terus menyambut panggilan itu.
"Yaa, sunbaenim! Saya dah cakap jangan kacau saya kalau takde benda penting!"
"Shhh!" Yeri di sana sedang meletakkan jari telunjuk di bibirnya.
Dan Hyunjin baru perasan. Gadis itu sedang berada di sebuah majlis yang sepertinya di sebuah hotel mewah. Dan Yeri sedang berdiri di kawasan yang sedikit tertutup.
"Sunbae kat mana?" soalnya.
"Anniversary party parents Jaehyun,"
"Tch, ingatkan tak dijemput. Tengah bergaduh kan dengan dia,"
Yeri ketawa perlahan.
"Saya orang penting. Bakal menantu kan. Kena lah datang,"
Hyunjin berdecit perlahan.
"Ni dah kenapa video call saya ni?" soal Hyunjin.
"Oops, lupa pula tujuan asal. Awak tahu saya jumpa siapa kat sini?" soal Yeri sambil tersenyum lebar.
"Siapa?"
"Sekejap eh,"
Kamera telefon Yeri bertukar ke kamera belakang dan menampakkan kawasan meja yang diduduki orang ramai. Yeri kemudiam membesarkan lagi skala kameranya sehingga Hyunjin dapat menangkap sesuatu.
"Tu bukan ke—,"
"Bingo! Your girlfriend Lee Jihee. Bukan main mesra lagi Jaehyun dengan Omma dia berbual dengan Jihee. Sampai saya ni macam dah tak wujud,"
Kamera kembali pada wajah Yeri.
"Awak tahu dia datang sini?" soal Yeri lagi.
Hyunjin menggeleng. Baru tadi Jihee menghantar pesanan itu padanya.
"Dia tipu awak? Motif?"
"Mwolla. Sunbae, tolong ambilkan gambar diorang boleh?" pinta Hyunjin.
"Nak buat bahan bukti eh? Okay, untuk awak saya akan snap,"
"Gomawo, saya letak dulu,"
Panggilan ditamatkan dan telefon bimbitnya terus dicampak ke katil.
"Tch, keluar dengan Yuju? Bulls**t!"
***
"Hyunjin,"
Jihee mengundur ke belakang bila Hyunjin makin dekat. Sehinggalah badannya bersentuhan dengan dinding bilik lelaki itu.
Petang itu dia mengikut Hyunjin ke rumahnya setelah tamat waktu sekolah. Kebetulan kelas tambahannya dibatalkan.
"Wae? Takut lagi dengan saya?" soal Hyunjin.
Jihee menggeleng lalu menyentuh lengan lelaki itu.
"Awak okay? Nampak macam ada masalah je?" soal Jihee lembut.
"Masalah saya satu je. Noona," balas Hyunjin.
"Apa maksud awak?"
"Noona pergi mana semalam?"
Jihee diam seketika sebelum dia mengelus pipi Hyunjin.
"Kan saya dah bagitahu saya keluar dengan Yuju? Dah lupa?"
"Yuju?"
Hyunjin mengeluarkan telefon bimbitnya. Gambar yang dihantar Yeri padanya semalam di tayangkan di hadapan teman wanitanya itu.
"Saya tak nampak Yuju pun dalam gambar ni," ujar Hyunjin lagi.
"Saya boleh explain. Saya—,"
"Kenapa Noona kena tipu saya? Kenapa?" Hyunjin menaikkan sedikit suaranya.
"Hyunjin, saya tak berniat pun nak tipu awak. Saya tak nak pun pergi situ tapi Taeyong Oppa—,"
"Abang Noona lagi? Kenapa mesti selalu gunakan dia sebagai alasan? Noona boleh je tolak ajakan dia kan?"
"Hyunjin!"
Kali ini dia sedikit terkejut bila Jihee menjerit padanya.
"Awak tahu kan dia je ahli keluarga yang saya ada? Kalau bukan saya yang dengar cakap dia, yang temankan dia ke majlis macam tu, siapa lagi nak buat? Hah?"
Jelas sekali nada kecewa dalam ayatnya.
"Noona,"
"Dah lah, saya nak balik!" tubuh Hyunjin ditolak dan Jihee mencapai beg sekolahnya dari meja belajar Hyunjin.
Gadis itu kemudiannya berlari keluar dari situ.
"Hwang Hyunjin bodoh!"
Dia segera berlari keluar untuk mengejar Jihee. Namun bila sudah sampai ke luar, dilihatnya Jihee sudah masuk ke dalam sebuah teksi yang mungkin baru menghantar pelanggan di rumah sebelah.
"Haish,"
YOU ARE READING
Mistake
Fanfiction"Falling in love with you is the biggest mistake I've ever done," Warning (15++) Start| 4/9/2021| End |30/10/2021|