Jihee membuka matanya sedikit dan tangannya terus diangkat sedikit untuk memeluk Hyunjin di sebelah.
"Hyunjin?" terus besar matanya dibuka.
Ruangan di sebelahnya kosong. Dia terus bangkit duduk dan melihat jam digital di sisi katil.
"Lima pagi? Dia pergi mana?"
Jihee turun dari katil dan terus berjalan keluar dari bilik. Sebuah senyuman terukir di bibirnya saat melihat Hyunjin yang berdiri di balkoni ruang tamu dengan hanya berseluar jeans tanpa baju. Dia terus ke sana dan memeluk tubuh itu dari belakang.
"Awalnya awak bangun," kepalanya didaratkan di belakang badan Hyunjin.
"Noona,"
Hyunjin menolak tangan Jihee dan memusingkan badannya menghadap gadis itu.
"Kenapa?" Soal Jihee.
Hyunjin tidak menjawab sebaliknya dia pula yang memeluk tubuh itu dengan sangat erat. Jihee segera membalas.
"Awak okay?" Soalnya bila pelukan dileraikan.
"Noona, saya dah tahu semuanya," ujar Hyunjin.
"Tahu apa?"
"Noona pernah cuba bunuh diri lepas keguguran tu,"
Jihee terkedu.
"Siapa yang bagitahu awak?"
"Tak penting siapa yang bagitahu semua tu. Yang penting sekarang, saya penyebabnya. Kalau lah saya tak tinggalkan Noona–tak. Kalau lah saya tak kacau Noona, tak dekati Noona, kita takkan kenal pun. Noona takkan serahkan semuanya pada saya and baby tu takkan wujud. Noona takkan kena tinggal dengan lelaki macam saya, Noona takkan keguguran and terfikir untuk bunuh diri pun. Semuanya salah saya. Betul cakap Noona. Dari awal kita kenal, sampailah kita jatuh cinta. Semuanya kesilapan,"
"Hyunjin,"
Jihee yang ingin menyentuh wajah Hyunjin sedikit tersentak bila lelaki itu mengundur setapak.
"Noona, saya nak Noona happy sampai bila-bila cause you deserve it," ujar Hyunjin lagi.
"Hwang Hyunjin, awak–,"
"Let's end this," ujar Hyunjin.
"Yaa!"
"Ini yang terbaik. Untuk saya, untuk Noona,untuk semua orang,"
"Hyunjin ah,"
Hyunjin terus berlalu pergi dari situ. Kemudian dia muncul dengan baju dan jaket yang sudah tersarung di badannya.
"Kalau Noona tak berani nak drive sekarang, Noona boleh pergi bila hari dah terang nanti. Kunci ada atas almari kat dalam bilik. Noona boleh tinggalkan dekat guard house kat bawah nanti,"
Hyunjin melangkah ke pintu utama.
"Hwang Hyunjin!" Jihee segera mendapatkannya.
"Awak nak tinggalkan saya lagi?" soal Jihee.
Hyunjin mengalihkan tangan Jihee dari lengannya.
"Noona dah dengar. Saya takkan ulang,"
Dan selepas itu Hyunjin terus keluar dari apartmentnya.
***
Jisoo menutup pintu bilik Jihee. Saat dia berpaling, Taeyong sedang berdiri di belakangnya.
"Dia tak nak turun makan lagi?" Soal Taeyong.
Jisoo mengangguk sambil berjalan ke bilik mereka. Masuk sahaja dia terus duduk di kerusi meja solek.
"Haish, susahlah macam ni. Kat office tadi pun Seeun kata dia tak keluar lunch," ujar Taeyong risau.
Jisoo tiba-tiba tertawa perlahan.
"Awak risau sayang?" soalnya.
"Awak tanya apa ni? Dia adik saya, mestilah saya risau," ujar Taeyong sambil memandang Jisoo pelik.
"Tapi awak yang buat dia macam tu. Awak paksa dia tinggal dengan kita. Tak bagi dia keluar tanpa bodyguard. Awak ingat dia budak kecil ke?"
"Saya buat ni untuk kepentingan dia sayang,"
"Kepentingan dia? Saya tak nampak pun semua tu untuk kepentingan dia. Sayang, Jihee tu dah besar. Sampai bila awak nak layan dia macam budak kecil?" Jisoo bangun dan menghampiri Taeyong.
"Saya tahu awak buat semua ni sebab awak masih teringatkan apa yang jadi dulu kan? Sayang, semua orang pernah buat silap. Macam tu juga dengan Jihee dan Hyunjin,"
"Tapi dia rosakkan adik saya sayang. Saya hampir hilang satu-satunya ahli keluarga saya sebab dia. Saya tak boleh lupa lagi bila Jaehyun beritahu saya yang Jihee hampir bunuh diri dulu,"
"Saya faham.Tapi—,"
"Saya tak nak cakap tentang ni sayang. Awak jangan cuba nak ubah fikiran saya. Jihee akan tetap kahwin dengan Jaehyun dua minggu lagi,"
Setelah menghabiskan ayatnya, Taeyong terus berlalu ke kamar mandi meninggalkan isterinya. Jisoo mengeluh perlahan. Suaminya memang keras kepala.
***
Jihee memandang skrin telefon bimbitnya yang memaparkan semua pesanan yang dihantar kepada Hyunjin dari minggu lepas.
Satu pun tidak berbalas. Panggilannya juga langsung tidak dijawab oleh lelaki itu. Selepas memutuskannya minggu lepas, Hyunjin betul-betul mengabaikannya. Ingin pergi ke rumah lelaki itu, dia sentiasa dikawal oleh orang suruhan Taeyong.
"Sampai hati awak Hyunjin," ujarnya.
"Awak cakap awak sanggup tunggu. Awak tipu, awak tinggalkan saya lagi,"
Lututnya dipeluk dan kepalanya di daratkan di situ. Air matanya laju mengalir.
"Saya sayangkan awak Hyunjin. Baliklah pada saya,"
Dan tanpa dia sedari, Taeyong sedang memerhatikannya melalui pintu yang sedikit dibuka.
YOU ARE READING
Mistake
Fanfiction"Falling in love with you is the biggest mistake I've ever done," Warning (15++) Start| 4/9/2021| End |30/10/2021|