7 Years Later
Hyunjin melangkah masuk ke dalam dewan hotel mewah itu. Dan senyuman terukir di bibirnya bila melihat Falix dan Jisung yang berada di meja VVIP sebelah kanan dewan tersebut.
"Aku lambat sangat ke?" Soalnya sebaik sahaja dia mengambil tempat di sisi Jisung.
"Chill lah. Majlis belum mula lagi," ujar Jisung.
Mereka bertiga berbual sementara menunggu majlis bermula.
"Aku rasa aku nampak Jihee Noona tadi,"
"Uhuk!"
Terus tersedak Hyunjin yang baru meneguk minumannya itu. Dia memandang Jisung untuk mendapatkan penjelasan lelaki itu.
"Kau bergurau ke? Tujuh tahun dia hilang takkan tiba-tiba dia muncul semula," ujarnya.
Tujuh tahun. Masa yang sangat panjang. Banyak perkara yang sudah berlaku dalam hidupnya. Salah satunya, peristiwa yang telah mengubah seorang Hwang Hyunjin.
Kerana perkara tersebut dia mula sedar kesalahan dirinya. Tetapi dia terlambat kerana Jihee sudahpun pergi meninggalkan dia. Tiada siapa yang tahu Jihee ke mana termasuklah Yuju. Atau mungkin Yuju memang sengaja merahsiakannya.
"Kau lupa, Seungmin tu dah macam adik dia. Takkan dia tak datang majlis Seungmin," kata Felix pula.
Majlis yang dihadiri mereka itu adalah majlis resepsi perkahwinan Seungmin dan isterinya. Siapa sangka antara mereka berempat, Seungmin yang paling pemalu dengan perempuan itulah yang berkahwin dulu.
"Tapi bukan ke Seungmin cakap dia memang dah lost contact dengan Jihee Noona?"
Felix ketawa perlahan mendengar soalan Jisung.
"Kau percaya? Yaa, dah terang-terang dia cakap macam tu sebab tak nak Hyunjin tahu,"
Hyunjin terdiam dengan kenyataan dari Felix. Dia nak terasa pun macam tidak perlu kerana ianya benar. Dia masih ingat saat kawan-kawannya tahu tentang apa yang terjadi antara dia dan Jihee. Teruk dia dibelasah Seungmin. Hampir lima bulan Seungmin dan Felix menjauhinya.
Seungmin dan Felix terlalu kecewa dengan dirinya. Lebih-lebih lagi bila mengetahui tentang hubungannya dengan Hyewon dan apa yang terjadi pada Chaewon itu ada kaitan dengan dirinya.
"Kalau betul dia ada, aku harap aku boleh jumpa dia," ujar Hyunjin perlahan.
"Tapi aku tak rasa kau boleh jumpa dia," bahunya disentuh Jisung.
Jisung menunjuk ke arah ruang VVIP di kiri dewan yang dipisahkan dengan laluan karpet merah. Hyunjin segera menoleh.
Dan apa yang dilihatnya memang orang yang dicarinya.
Lee Jihee.
Namun gadis itu tidak berseorangan. Ada seorang lelaki yang sedang berdiri di sebelahnya dan mereka nampak mesra sekali. Satu keluhan akhirnya terlepas dari bibirnya. Malam yang sepatutnya menjadi malam gembira buat dirinya kini bertukar suram.
***
"Awak okay?"
Jihee yang sedang memandang ke luar tingkap itu segera menoleh ke sisi.
"Okay," balasnya pendek.
"Walaupun lepas awak jumpa dia balik?"
"Jaehyun. Kita sendiri memang dah tahu yang dia akan ada dekat majlis tu. Buat apa saya nak terkejut?" balasnya.
"Bukan tu maksud saya? Awak tak rasa apa-apa ke bila tengok dia?" soal Jaehyun lagi.
"Awak nak saya rasa apa?"
"Rindu? Awak tak rindu dia?"
"Kenapa kena tanya soalan yang awak pun dah tahu jawapan dia? Aniya. Kenapa kena cakap tentang dia?"
"Okay fine, mianhei. Kita jangan cakap tentang dia,"
Jihee tidak mengendahkan Jaehyun. Dia kembali memandang ke luar tingkap. Matanya dipejamkan.
Dia mula terkenangkan apa yang terjadi di majlis Seumgmin tadi. Dia bertembung dengan Hyunjin sewaktu keluar dari tandas. Tuhan sahaja yang tahu betapa berdebarnya dia setelah tujuh tahun tidak bersua muka dengan lelaki itu.
Dia dapat lihat perubahan dalam diri Hyunjin. Lelaki itu nampak sangat matang berbanding dahulu. Dia perasan Hyunjin seperti ingin membuka mulutnya untuk bertanya sesuatu namun panggilan dari Jaehyun menyebabkan dia terus berjalan melepasi lelaki itu.
Tanpa sedar dia mengeluh.
'Kenapa kita kena berjumpa semula Hyunjin ah?'
Hmmm sorry sebab lambat update👉🏻👈🏻
Tak tahu korang tunggu lagi ke tak fic ni sebab lama sangat saya tak update😩 haritu dah tulis nee chapter lepas tu tak tahu lah macam mana boleh terdelete. Saya hanpir give up and nak unpublish tapi fikir maybe ada orang tunggu update so saya batalkan niat tu. so sekarang tengah dalam proses nak tulis balik semua chapter yang terdelete tu.
Tapi serius nak tanya, cerita ni best ke? Kalau tak best better tak payah sambung😌
YOU ARE READING
Mistake
Fanfiction"Falling in love with you is the biggest mistake I've ever done," Warning (15++) Start| 4/9/2021| End |30/10/2021|