Jihee memandang stik putih di genggamannya. Bibirnya diketap dan jarinya satu persatu melepaskan pegangan pada stik putih itu.
Tangan Jihee mula menggeletar sebelum dia jatuh terduduk di lantai kamar mandinya. Stik putih tadi diambil kembali.
Dua garis yang tertera di situ dipandang tidak percaya.
"Andwae," air matanya mengalir perlahan.
Dia teringat kejadian di sekolah tadi. Yuju mengajak dia ke bilik rawatan memandangkan dia diserang senggugut. Dan Yuju kemudiannya menyoal jika Jihew datang bulan atau tidak. Kerana selalunya mereka akan datang bulan pada tarikh yang hanya berbeza beberapa hari.
Saat itulah Jihee baru sedar sesuatu. Dia sudah hampir dua bulan tidak mengalami datang bulan. Disebabkan itulah dia meminta pemandunya singgah di farmasi dengan alasan ingin membeli ubat sakit kepala.
Jihee menggengam erat alat uji kehamilan itu. Dia mula berasa takut. Takut sekiranya hal itu diketahui Taeyong dan orang lain.
Ditambah lagi dirinya yang kini sedang dalam fasa tidak okay dengan Hyunjin. Hyunjin langsung tidak mencarinya.
"Ottoke?" air matanya makin laju mengalir.
Memikirkan dia masih punya baki dua bulan untuk bersekolah, kepalanya makin berserabut. Mampukah dia menyorokkan perutnya yang akan makin membesar.
Bagaimana jika dia mengalami alahan yang teruk nanti? Boleh kah dia mengambil peperiksaan pentingnya?
"Hyunjin," nama lelaki itu meniti juga di bibirnya.
Dia akhirnya bangun dan keluar dari situ. Telefon bimbitnya diambil dan dia mendial nombor lelaki itu.
Namun ianya tidak berjawab. Atau lebih tapat, Hyunjin menolak panggilannya.
"Ah jebal!"
Sekali lagi dia mendial dan ianya masih sama.
"Awak pergi mana Hyunjin ah?"
Dia duduk di katil dan mencampakkan telefon bimbitnya ke situ. Bantal diambil dan wajahnya ditekupkan di situ. Dia menangis semahunya.
Sehinggalah pintu biliknya diketuk dari luar. Jihee mengeluh perlahan. Pasti pembantu rumah yang ingin memanggilnya untuk makan.
"Jaehyun?"
Jaehyun berdiri di hadapan pintu biliknya.
"Yuju minta saya pulangkan buku awak sebab dia terlupa tadi. Ahjumma suruh saya pergi bilik awak," beritahu lelaki itu.
Jihee mengambil buku yang dihulue Jaehyun.
"Awak menangis?" soal Jaehyun.
"Jangan masuk campur hal saya lah. Awak dah pulangkan buku ni kan? Terima kasih,"
Jihee ingin menutup pintu, namun laju Jaehyun menahan.
"Awak pegang apa tu Jihee?" soal Jaehyun lagi.
Jihee tersentak dan memandang tangannya. Baru dia perasan dia masih lagi memegang stik putih tadi.
"Takde apa," cepat-cepat tangannya disorok ke belakang.
"Jangan menipu Jihee! Saya nampak!"
Jaehyun menolak pintu dan masuk ke dalam bilik gadis itu. Dengan kudrat lelakinya, dengan mudah dia dapat menarik tangan Jihee dan merampas alat itu.
"Lee Jihee, a–awak—,"
Jaehyun tidak sanggup menghabiskan ayatnya. Jihee kembali menangis bila disoal begitu.
Jaehyun dengan pantas menutup pintu bilik dan menarik Jihee ke katil.
"Hyunjin ke?" soalnya.
Jihee mengangguk perlahan.
"Dia dah tahu?"
Kali ini Jihee menggeleng.
"Saya tengah bergaduh dengan dia sekarang,"
Jaehyun mengetap bibirnya. Dia tidak tahu reaksi apa yang seharusnya diberi. Marah, sedih, kecewa. Semuanya ada.
"Awak mesti terkejut kan?" soal Jihee.
"Awak sanggup serahkan semuanya pada dia Jihee?"
"Saya sayangkan dia Jaehyun ah," air mata Jihee masih belum berhenti mengalir.
Jaehyun terkedu. Sampai begitu sekali Jihee sayangkan Hyunjin. Nampak gayanya dia memang perlu undurkan diri.
"Awak kena bagitahu dia Jihee. Dia patut tahu,"
"Saya akan bagitahu dia bila saya jumpa dia nanti. Awak boleh rahsiakan hal ni kan?"
Jaehyun mengangguk.
"Gomawo Jaehyun ah,"
***
"Malam ni lepak rumah aku nak? Kau dah lama tak datang," Jisung menepuk bahu Hyunjin.
"Tengoklah dulu. Aku ingat nak pergi jumpa Jihee Noona,"
Jisung tersenyum nipis.
"Dah puas merajuk ke?" usik Jisung.
Hyunjin hanya ketawa perlahan.
Mereka berdua mula berbual sehingga lah guru kelas mereka muncul.
"Ada budak baru,"
Seisi kelas mula bising bila melihat seorang gadis yang masuk bersama Miss Yura.
"Diam semua!" Miss Yura menepuk tangannya kuat.
"Macam yang kamu nampak, kita ada pelajar baru harini. Perkenalkan diri kamu,"
Gadis itu tersenyum sebelum memperkenalkan dirinya.
"Annyeong, Kang Hyewon imnida," gadis itu menundukkan sedikit badannya.
"Kenapa pindah waktu sekolah cuma berbaki dua bulan lagi?" Jongho si ketua kelas menyoal.
"Personal matter," balas gadis itu.
Hyunjin yang langsung tidak berminat dengan sesi berkenalan itu hanya memandang kosong pelajar baru itu.
"Okay Hyewon, kamu boleh duduk dekat meja kosong sana,"
"Terima kasih Miss,"
Hyewon berjalan ke arah meja yang ditetapkan. Dan bila dia sudah duduk, dia mengalihkan pandangannya ke arah Hyunjin.
Pandangan mereka bertemu dan dia tersenyum ke arah lelaki itu. Tetapi Hyunjin langsung tidak membalasnya.
Sepanjang kelas berlangsung, Hyunjin langsung tidak boleh fokus. Dia asyik teringatkan Jihee. Sampailah waktu rehat tiba, dia terus bangun dan bergegas keluar.
Panggilan rakannya langsung tidak dihiraukan. Dia cuma ingin bertemu dengan Jihee.
"Yuju sunbae!"
Yuju yang sedang berjalan bersama Younghoon itu berhenti.
"Jihee Noona mana?" soalnya terus.
"Jihee kat bilik rawatan. Dia tak sihat,"
"Okay. Gomawo,"
Dia berlari lagi untuk ke bilik rawatan pula. Pintu bilik rawatan dibuka dan dia meluru masuk.
Melihat hanya ada satu katil yang tirainya tertutup, dia yakin Jihee di situ.
"Noona!" tirai terus diselak.
"Hyunjin?"
Jihee menolak tangan Jaehyun yang berada di bahunya. Dan dia cuba untuk turun dari katil.
"Tch, penat saya berlari ke sini sebab risaukan Noona. Rupanya dah ada orang lain yang jaga Noona,"
"Yaa, Hyunjin. Aku—"
"Gwaenchanha. Sunbae boleh terus temankan Jihee Noona. Saya pergi dulu,"
YOU ARE READING
Mistake
Fanfiction"Falling in love with you is the biggest mistake I've ever done," Warning (15++) Start| 4/9/2021| End |30/10/2021|